Cara Mudah Tempah Tiket Penerbangan MAS ( Malaysia Airlines ) Secara Online Dengan Traveloka

Cara Mudah Tempah Tiket Penerbangan MAS ( Malaysia Airlines ) Secara Online Dengan Traveloka | Salam semua,  tahu tak yang MAS (Malaysia Airlines) membuat penambahbaikkan terhadap perkhidmatan Malaysia Airlines, Syarikat penerbangan itu sedang melaksanakan langkah penstrukturan semula dengan suntikan dana RM6 bilion yang dijangka selesai dalam tempoh lima tahun. Antara lain, syarikat mengambil langkah mengurangkan kos, menyusun semula pesawat dan memperluas laluan perkhidmatan.

Tempah Tiket Penerbangan Mas Secara Online Dengan Traveloka

Jadi, dengan Malaysia Airlines korang boleh enjoy penerbangan korang dengan kualiti servis yang sangat baik dan layanan pramugara dan pramugari yang sentiasa ikhlas berikan senyuman dalam membantu setiap penumpang yang memerlukan bantuan.

Kalau soal keselesaan di dalam pesawat ya sama saja dengan pesawat ke luar negeri lainnya, pesawatnya baru dan moden. Tersedia hiburan di dalam pesawat dengan filem yang bervariasi. Namun, jika dinilai dari sisi keramahan, maka pramugari dan pramugara Malaysia Airlines juga antara yang terbaik melayan penumpang .Keramahan dan senyuman dapat membuat penumpang merasa nyaman dan senang.

Tempah Tiket Penerbangan Mas Secara Online Dengan Traveloka


Baju Kebaya Malaysia Airlines Tersenarai Sebagai Salah Satu Uniform Pramugari Tercantik Di Dunia

Pakaian seragam pramugari Malaysia Airlines merupakan baju kebaya bercorak batik kelarai. Motif kelarai tersebut menggabungkan bentuk flora di Malaysia seperti bunga cempaka, bunga melati dan daun bunga raya. Malaysia Airlines mempersembahkan corak batik yang direka oleh Fakulti Fesyen dari Institusi Teknologi Mara pada tahun 1986.

Sejak itu, pakaian seragam pramugari Malaysia Airlines telah mengalami kemodenan dengan penambahan warna yang lebih menonjol seperti merah, hijau, biru dan ungu sementara mengekalkan corak aslinya.

Mereka sangat bagus dalam mengendalikan pelanggan, ramah mesra , serta nampak keikhlasan dalam melakukan kerja mereka. Senyuman sentiasa tak lekang dari mulut mereka dan sering ringan mulut tanya jika ternampak pelanggan ada masalah. Jadi, memang tabiklah perkhidmatan pramugari dan pramugara kat sini.

Syarikat ini merupakan salah satu daripada 8 syarikat penerbangan lain di seluruh dunia yang mendapat pengiktirafan 5 bintang oleh Skytrax. Selain All Nippon Airways, Asiana Airlines, Cathay Pacific, Garuda Indonesia,Hainan Airlines , Qatar Airways dan Singapore Airlines. Malaysia Airlines telah diberi kredit oleh IATA melalui IATA Operational Audit kerana perlaksanaan keselamatan operasinya.

Tempah Tiket Penerbangan Mas Secara Online Dengan Traveloka

Percutian Kini Lebih Mudah Dengan MAS ( Malaysia Airlines ) 

Oleh kerana melancong sudah jadi trend di kalangan rakyat Malaysia tak kira samada destinasi dalam dan luar negara. Bila ke luar negara, aspek pertama yang dikaji ialah harga tiket kapal terbang. Semua pelancong cuba mendapatkan tiket yang murah tapi ramai yang tidak tahu bagaimana.

Untuk pengetahuan semua, korang kena tempah tiket sekurang-kurangnya 21 hari lebih awal dari tarikh korang nak terbang. Kebanyakan syarikat penerbangan sudah tetapkan dalam sistem untuk mencapai seberapa banyak jualan tiket yang boleh. Jadi, di dalam sistem tersebut sudah ditetapkan kuota tertentu tiket-tiket penerbangan yang dijual pada harga yang sangat murah.

Contohnya, dalam sistem ditetapkan penerbangan dari KuaLa Lumpur ke London, hanya 20 penumpang terawal akan dapat menempah tiket pada harga terendah. Sementara 200 penumpang seterusnya akan mendapat harga medium dan selebihnya lagi mungkin lebih mahal.

Pendek kata, sistem syarikat penerbangan memang akan tetapkan harga tiket berdasarkan margin yang syarikat itu mahukan semasa mereka hendak terbang dari Kuala Lumpur ke London.

Kebanyakan syarikat penerbangan akan tawarkan 'Best Deal' kira-kira 11 hingga 12 minggu lebih awal untuk penerbangan antarabangsa. Jadi, korang kena rajin periksa harga tiket dalam tempoh ini.


Cara Untuk Menempah Tiket Penerbangan MAS Secara Online Dengan Traveloka 

Tempah Tiket Penerbangan Mas Secara Online Dengan Traveloka

Mungkin ramai masih tertanya tanya cara menempah secara online ? Mudah sahaja dengan Traveloka.

Berikut ialah cara menempah tiket Malaysia Airlines secara online : 

1. Pergi ke laman web Traveloka atau buka Traveloka App anda dan Isi butiran penerbangan dalam kotak carian,Pilih dan tempah penerbangan anda.

2. Seterusnya Isi maklumat penempah dan butiran penumpang dan jelaskan bayaran melalui kaedah pilihan anda serta yang terakhir.

3. Dapatkan e-tiket Malaysia Airlines di Tempahan Saya atau dalam emel anda. E-tiket Malaysia Airlines ialah bukti tempahan penerbangan Malaysia Airlines.

4. Tunjukkan e-tiket anda semasa daftar masuk di kaunter Malaysia Airlines di lapangan terbang, atau gunakannya untuk daftar masuk sendiri (di lapangan terbang atau secara dalam talian), untuk mendapatkan pas masuk anda.

5. Jika anda belum menerima e-tiket dalam masa 60 minit selepas bayaran dijelaskan, sila hubungi Khidmat Pelanggan Traveloka. So, jom cepat pilih MAS ataupun Malaysia Airlines sebagai syarikat penerbangan yang membawa anda ke destinasi percutian anda.

Apa pun, boleh ke laman web traveloka ya. Kalau nak tahu lanjut, boleh tanya kat ruangan                  "Traveloka Chat"

Baca sini : 10 Tempat Menarik Untuk Bercuti Di Singapura
Baca sini : 25 Hotel Di Cameron Highland Untuk Percutian Bajet
Baca sini : Pengalaman Menginap Di Hayfa Homestay, Taman Golden Hills, Cameron Highland

Jangan lupa, jemput follow blog ini ya. Terima Kasih 

8 Comments

  1. wahh.. akak selalu travel dengan MAS lah ni ye. hee :D

    ReplyDelete
  2. guna traveloka senang kan. memudahkan urusan.

    ReplyDelete
  3. busyra penah naik mas. so far layanan dia baik tp belum penah book dengan traveloka. nice sharing akak. :)

    ReplyDelete
  4. Servis mas yg terbaik makanan pun sodap

    ReplyDelete
  5. suka naik MAS tapi kena belanja extra sikitlah. AA best tapi lepas tambah itu ini kekadang tu hahaha.. exceed budget jugak. adala pro n cons. mana2 pun insyallah okay.

    ReplyDelete
  6. Makanan memang sedap mas dan staf pun mesra

    tapi ketirisan menyebabkan mas terus hidup segan mati tak mahu

    ReplyDelete
  7. Oh rupanya kena 21 hari awal. Saya ni jenis setiap bulan check tak kiralah bila nak fly, kadang2 tu last minute baru nak beli haha :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post