5 Perbezaan Mentega, Marjerin, Mentega Lepa Susu, Shortening Dan Krimwell

5 Perbezaan Mentega, Marjerin, Mentega Lepa Susu, Shortening Dan Krimwell | Salam semua, bagi yang berjinak - jinak dalam dunia baking ini, mesti ambil tahu tentang kegunaan setiap bahan yang digunakan terutamanya dalam membuat kek dan biskut. 

Bahan yang utama dalam membuat kek dan biskut mestilah penggunaan mentega. 

Tapi ada juga yang menggunakan marjerin dan juga mentega lepa susu. Ketiga - tiga bahan ini adalah berbeza dari segi rasa, tekstur dan bau.

Manakala shortening dan krimwell juga walaupun tidak digunakan dalam kek dan biskut secara menyeluruh, kedua - dua bahan ini juga ada fungsi tertentu.

Kalau korang tanya sis guna apa kalau buat kek dan biskut. Pilihan sis Buttercup, pilih yang ekonomi sikit. 

Buttercup dikategorikan di bawah mentega lepa susu. Nanti sis cerita lanjut di bawah, apa beza mentega lepa susu dengan mentega asli. 

Biasa sis guna Buttercup paling ekonomi untuk baking, nak guna yang mahal - mahal pun tengok bajet juga.

Ada orang tanya sis kat video untuk kek marble tu kan boleh tak nak guna butter SCS, itu mentega asli.

Sis balas guna mentega asli lagi sedap, dari segi bau dan rasa tu. Mungkin sebab dia tengok sis guna Buttercup kan, takut tak boleh kot. 

Tak kisah korang nak guna mentega jenis mana, kalau mentega asli tu lagi sedap.

Patut la kalau kita baca resepi ada sebutkan guna mentega siap ada brand kan macam contoh SCS, Tatura, Anchor, yang itu antara jenama pure butter. 

Nak menghasilkan lagi sedap macam contoh kek buah kukus.

Tapi guna Buttercup pun dah boleh dah, banding guna marjerin tu lagi tak sedap, siapa - siapa nak guna paling ekonomi guna lah Buttercup.

Sis memang pengguna setia buttercup, buat brownies pun dah jadi dah kedut - kedut, sebab orang cakap nak buat brownies ni kena guna bahan berkualiti baru jadi kedut - kedut. 

Tak apalah orang kata kalau nak lagi sedap guna lah mentega asli atau pun pure butter.

Yang penting kita masak atau baking ikhlas dari hati, insyaAllah yang tak jenama sangat pun hasil nya pun sedap la juga. 

Buat biskut pun dah sedap dah guna Buttercup.

Oklah jom, baca sedikit info secara ringkas dan mudah difahami. 

Ramai yang masih tidak tahu membezakan mentega dan marjerin. 

Sebenarnya, info ini semua sis ada terbaca di facebook dari Puan Khaty Kay. Terima kasih nak panjangkan kat sini untuk rujukan. 

Buat korang yang berjinak - jinak dalam dunia baking, perlulah ambil tahu ya. 

Apapun semuanya adalah asas lemak dan minyak. Jadi semua boleh digunakan. 

Perbezaan Di Antara Mentega, Marjerin, Mentega Lepa Susu, Shortening Dan Krimwell


1. Marjerin 

Marjerin adalah mentega buatan yang diperbuat dari minyak sayur, minyak kelapa sawit, atau minyak haiwan. 

Marjerin juga mengandungi susu saringan, garam dan pengemulsi.

Jenis butter premium


Marjerin mengandungi lebih banyak lemak berbanding mentega, sehinggakan marjerin lebih banyak digunakan sebagai pengganti mentega. 

Ada juga marjerin "rendah kalori", yang mengandungi lemak lebih sedikit. Juga mempunyai warna yang lebih kuning.

Contohnya seperti jenama Planta, marjerin cap Pelangi dan juga Daisy. 

Pilihan korang guna yang mana satu kalau untuk marjerin. 

Harga marjerin lebih murah nak banding dengan mentega dan rasa nya pun tak lah sesedap mentega.  

2. Mentega ( Butter )

Mentega atau orang kita panggil butter adalah makanan produk susu, dibuat dengan campuran krim yang didapat dari susu. 

Biasanya digunakan sebagai sapuan pada roti dan biskut, sebagai kandungan lemak dalam beberapa resepi roti dan masakan.

Mentega "pure butter" kebanyakannya menjadi pilihan ramai untuk baking seperti kek dan biskut. Sudah tentu, rasa kek dan biskut sangat sedap. 

Sebab tu, kalau nak buat kek dan biskut kena tanya diri sendiri dulu nak sedap ke tak, kalau nak sedap guna mentega pure butter. 

Mentega asli ada yang salted dan unsalted. Kena guna ikut kesesuaian resepi.

Untuk rasa yang lebih lemak dan mewah dan kadang-kadang bahan untuk menggoreng. 

Pengganti mentega ialah marjerin, yang biasanya lebih murah. 

Mentega akan tetap padat walaupun pada suhu bilik.

Jenis Butter Di Malaysia 

Kalau kita tengok jenama mentega di pasaran memang banyak. Setakat yang sis tengok di bawah ini adalah jenis butter premium untuk mentega asli "pure butter". Ada lagi tak jenama lain. 

1. Butter SCS
2. Tatura
3. Anchor
4. Lurpak
5. Emborg

Jenis butter premium

Ada satu lagi mentega tapi sis tak pasti halal ke tidak, jadi sis tak sebut kat sini, ramai orang pakai mentega tu dulu. 

Rasa korang tahu kan mentega mana yang sis maksudkan.

Untuk butter yang paling sedap, ada yang kata Lurpak, ada yang kata Anchor, terpulang ikut tekak korang masing - masing sebab semua mentega ada keistimewaan sendiri kan.

Kadang- kadang mentega asli ni kena guna ikut kesesuaian resepi.

Contohnya nak buat tart nenas kan, ada yang suka gebu, cair di mulut ataupun ada yang suka rangup. 

Kalau ikut tekak sis nak guna mentega asli 100 % ni memang sedap tetapi terlalu gebu sangat. 

Untuk buat tart nenas sis suka guna mentega dari Buttercup. 

3. Mentega Lepa Susu 

Lepa Susu pula adalah gabungan marjerin dan butter yang diperkayakan dengan rasa seperti buttercup, vitalite dan banyak lagi. 

Selalunya digunakan untuk sapuan roti atau makanan selerti skon dan sebagainya. Contohnya jenama dari Buttercup. 

Jenis butter premium

Oleh kerana jenama buttercup mempunyai perkataan butter ramai ingat ianya adalah butter. 

Yang mana tidak juga salah kerana kandungannya campuran butter. Tetapi bukan pure butter.

Menggunakan pure butter menghasilkan biskut dan pastry yang lebih rapuh dan kek yang lebih sedap dari segi rasa dan tidak dapat disangkal menghasilkan aroma yang sangat lemak dan sedap.

Membuat kek menggunakan butter keseluruhan ada kalanya menghasilkan kek yang agak kering dan ada kala tekstur sedikit berderai. 

Sebab itu ada resepi memerlukan penambahan beberapa sudu susu untuk kelembapannya.

Untuk kek mentega yang moist. Memang sis suka guna Buttercup. 

Walaupun tak semahal dengan mentega asli.

Perbezaan Lemak Sayuran Dan Juga Krimwell 

Lagi satu untuk bahan seperti lemak sayuran dan juga krimwell kena ambil tahu juga. Kedua - dua bahan ini walaupun nampak warna sama tetapi mempunyai  fungsi yang berbeza juga.

4. Lemak Sayuran ( Shortening ) 


Jenis butter premium


Apa itu lemak sayuran ? Lemak sayuran atau dalam bahasa english shortening adalah minyak atau lemak dari tumbuhan terutama pokok minyak. 

Sama seperti marjerin cuma ianya tidak berwarna. 

Kegunaan lemak sayuran atau fungsi shortening adalah digunakan dalam membuat pastry dan sebahagian roti. 

Selain berfungsi untuk melembap, ianya juga menghasilkan pastry yang lebih rangup dan rapuh. 

Juga dikenali sebagai "white butter" walaupun sebenarnya adalah marjerin. 

Boleh juga dicampurkan dalam pembikinan membuat "butter cream". 

Untuk hasil lebih pejal dan stabil. Jadi, ketika proses paip ke atas kek ia tidak mudah cair dan lembik.

5. Krimwell 


Jenis butter premium

Apa itu krimwell ? Krimwell ini dikenali juga sebagai cream mixture. 

Tekstur dan warna yang sama macam lemak sayuran. 

Walaupun, adik beradik shortening tetapi krimwell lebih ringan dan kurang berminyak serta tidak tepu.

Rasa seperti marjerin masin tetapi berwarna putih krim. 

Kalau tak letak nama kat bekas tu, sis boleh cakap itu lemak sayuran. 

Jangan tertukar ya. Cara penyimpanannya tak perlu disimpan dalam peti sejuk, sebab pada suhu bilik pun ia dah membeku. 

Krimwell hanya mengandungi minyak tumbuhan tidak lemak seperti dari kelapa sawit dan bunga matahari. 

Krimwell ini sesuai sebagai penggunaan untuk buttercream atau frosting.

Di antara jenama krimwell yang ada adalah di Malaysia adalah Mariana, Creamax dan Super Creamlite.  Sis pun banyak baca kat sini.

Kesimpulannya 

Begitulah sedikit sebanyak perbezaan di antara mentega, marjerin, mentega lepa susu, lemak sayuran dan juga krimwell. 

Nak belajar baking pun kena ada asas dulu, nanti kalau kek tak jadi, biskut tak jadi, nak salahkan siapa.

Harap faham lah kalau tempah biskut dan kek, tengok ke harga tu kenapa mahal sangat. 

Kena tanya dulu takut - takut guna mentega asli. Memang mahal lah sikit harga kek dan biskut.

Terima kasih sudi baca dan jangan lupa untuk share sekiranya bermanfaat. 


Baca Juga : 















2 تعليقات

  1. buat kek mmg kne tahu beza jenis2 marjerin.heheh.. kalau pakar kek mesti lagi pandai mane yg sesuai buat toping sekian2...

    ردحذف

إرسال تعليق

أحدث أقدم