The Best 5 Eateries For Halal Char Kuey Teow In Kuala Lumpur

The Best 5 Eateries For Halal Char Kuey Teow In Kuala Lumpur | Salam semua, Malaysia terkenal dengan pelbagai menu masakan yang unik. Salah satunya adalah Char Kuey Teow. Kalau ikutkan char kuey teow adalah menu masakan cina. 

Tetapi, sekarang menu ini adalah simbolik perpaduan rakyat Malaysia. Dah menjadi kegemaran tidak kira orang cina, orang india dan juga orang melayu. 

Peniaga berbangsa melayu pun dah ramai yang berniaga char kuey teow ni. Sis pun memang peminat char kuey teow.

char keuy teow

Tapi itulah , banyak cara yang berbeza orang masak char kuey teow ni. Ada yang goreng basah dan ada juga yang goreng kering. 

Walaupun ada gaya masak yang berbeza, yang penting itu atas selera masing - masing.

Apa yang sis faham "Char" adalah bermaksud goreng, kalau sebut char kuey teow maksudnya kuey teow goreng. Walaupun pelbagai gaya ejaan yang dieja. 

Yang penting semua sebutan memberi maksud yang sama. Char kuey teow berasal dari loghat Hokkien iaitu kaum cina di sana. Char kuey teow sangat popular di Pulau Pinang. 

Keunikan char kuey teow yang asli adalah ketika digoreng api akan menjulang tinggi. 

Siapa yang pernah tengok kat warung - warung ada orang goreng style macam tu main angkat - angkat kuali, kita sendiri pun asyik tengok kan.

Kekuatan rasa char kuey teow adalah terletak pada kuah kicap. 

Kelainannya pula adalah kuah yang banyak sehingga banjir di seluruh pinggan ditambah udang dan kerang segar. 

Tapi, itu lah bukan senang nak jumpa yang halal lagi sedap char kuey teow ni. Paling selamat boleh nak masak sendiri. 

Kalau nak cari tempat yang halal jual char kuey teow yang sedap ini, nanti sis nak kongsikan 5 tempat makan best untuk dapatkan char kuey teow yang halal.

Kali ini, sis nak kongsikan "The Best 5 Eateries For Halal Char Kuey Teow In Kuala Lumpur".

char kuey teow

The Best 5 Eateries For Halal Char Kuey Teow In Kuala Lumpur 

1. Aunty Gemuk Char Kuey Teow

Panggilan untuk Aunty gemuk ini dah lama sebab orang dah biasa terpanggil Aunty gemuk bukan untuk mengejek atau pun rasa tidak hormat. 

Ia adalah simbolik untuk char kuey teow versi Aunty gemuk.

Aunty Gemuk Char Kuey Teow ni dah lama beroperasi lebih 20 tahun lamanya. Kuey teow Aunty gemuk di dalam Restoran Jamal Mohamed boleh dikatakan sebagai antara kuey teow pilihan ramai di sekitar Petaling Jaya.

Kuey teow yang dimasak oleh Aunty gemuk ini menggunakan bahan halal selain disediakan sambil duduk sahaja. 

Walaupun Aunty gemuk telah meninggal dunia dan warung nya diambil alih oleh anak saudaranya tetapi resepi dan rasa masih tetap sama.

Char kuey teow versi Aunty gemuk adalah lebih pedas dan biasanya lebih merah sikit berbanding char kuey teow yang lain. Harga sekarang untuk sepinggan adalah RM 6 mungkin akan berbeza nanti. 

Siapa suka versi char kuey teow yang lebih pedas, boleh cuba char kuey teow Aunty Gemuk ni. 

Sesiapa yang kerap datang di Wisma FAM di Kelana Jaya, pasti ramai yang mengetahui kewujudan sebuah gerai kuey toew yang cukup popular di hadapan bangunan tersebut.

char keuy teow

2. Tudia Char Kuey Teow

Buat sesiapa yang tinggal berdekatan kawasan Kota Damansara, pasti tidak lupa dengan kesedapan dan kelazatan char kuey teow dari Tudia Char kuey teow. 

Rata- rata ramai pemburu makanan char kuey teow bagi tahu kat sini memang wajib singgah. 

Bagi sesiapa yang ingin menikmati char kuey teow versi kuah banjir, memang wajib singgah sini.

Keistimewaan char kuey teow di sini adalah ketam yang sangat besar, itupun pilihan kalau kalian rasa nak makan ketam boleh tambah atas char kuey teow. 

Ketam bunga pulak besar - besar. Yang versi biasa ada udang sahaja. Keunikan char kuey teow di sini untuk ketam tu dibakar terlebih dahulu. 

Harga pun agak berbaloi pandan lah dengan seekor ketam yang besar atas pinggan. 

Dah tak nampak dah mana kuey teow menghilang.

Bahan utama untuk char kuey teow selain daripada udang, kerang ada juga ketam yang besar yang segar. 

Untuk mengekalkan rasa manis char kuey teow mestilah menggunakan udang dan ketam yang segar.

Apa yang sis tahu, Tudia Char Kuey Teow ni banyak cawangan.

char kuey teow

3. Sister's Place @ Pacific Place 

Ini satu lagi tempat makan halal untuk char kuey teow iaitu di Sister's Place. Sister's Place ni lokasi nya berdekatan di Pacific Place. 

Suasana di Sister's Place lebih kepada suasana kopitiam yang lebih moden. 

Bagi sesiapa yang biasa area situ memang mudah lah kot. Bagi yang tak biasa, jawabnya jenuh nak kena google dulu kat mana. 

Kat sini biasanya, char kuey teow digoreng dengan pelbagai makanan laut seperti udang, sotong dan juga kerang. Besar dan berjus lagi.

Walaupun harga untuk satu pinggan boleh dikatakan agak mahal dalam RM 12.90 tapi rasanya ianya berbaloi dengan penuh segala makanan laut dalam char kuey teow. 

Dan sudah tentu, ramai yang review kat sini tempat makan best untuk char kuey teow yang halal. 

Jadi, korang patut cuba makan di sini.

char kuey teow

4. Big Bro Char Kuey Teow 

Salah satu sebab kenapa Big Bro Char kuey teow ini sangat popular. Nampak tak harganya. Permulaan untuk harga char kuey teow yang biasa ni untuk satu pinggan dalam RM 5.50. Murahnya. 

Macam mana, boleh jual murah ya. Versi untuk char kuey teow ni pun ada dua sama ada basah dan kering.

Bisnes bermula pada pukul 5 petang sampai pukul 1 pagi. Siapa nak tambah untuk udang ataupun kerang dikenakan dalam RM 1.50 sahaja. Berbaloi dah tu.


char keuy teow

5. Mamu Penang Char Kuey Teow

Sis pernah dengar Mamu Penang Char Kuey Teow ini sudah beroperasi sejak tahun 2000 lagi, lama tu kan. Lokasi di Ampang, Mamu Penang Char Kuey Teow konsep restoran nya adalah terbuka "open-air". 

Tempat makan hanya di bawah khemah besar dan meja dan kerusi berwarna kuning. Kalau orang kata mesti panas sebab makan bawah khemah. 

Jangan risau ya, bisnes Mamu beroperasi pada pukul 5 petang hingga 1 pagi. 

Jadi petang tu dah teduh tak ada berpanas - panas dah. Kalau malam lagi ramai orang.

Keistimewaan char kuey teow dekat sini, pelanggan boleh memilih sendiri pilihan makanan laut masing - masing. 

Sama ada nak dengan sotong, udang besar, ketam termasuk juga ada baby lobster ya. Banyak sungguh pilihan siap ada dengan baby lobster.

Ataupun, jika kalian nak kuey teow goreng yang simple pun boleh dengan telur goreng pun boleh. Orang kata hidangan simple adalah kepuasan.

Itulah di antara 5 tempat makan best untuk char kuey teow halal di Kuala Lumpur. Kalau sis ada kat Kuala Lumpur, ini lah tempat pertama nak pergi terjah nak cari kuey teow yang sedap dan halal. 

Tapi sis jauh. Yang mana ada di Kuala Lumpur tu, rasanya tak payah susah - susah dah kot bersesak di jalan raya. Apa kata kalian guna servis dari Food Panda Delivery Malaysia

Lagi senang kalau kalian download aplikasi Food Panda untuk memudahkan nak tempah makanan dari Food Panda.

Semuanya di hujung jari kan. Sudah tentu jimatkan masa.

6 Comments

  1. Sedapnya tengok menu-menu Char Kuey Teow tu.. Terliur sekejap..

    ReplyDelete
  2. nyum nyum. terus rasa nak cari petang ni. haha

    ReplyDelete
  3. Macam macam je is char kuey teow yang ada kan. Favourite Mimi memang char kuey teow tau. Kalau pergi mana mana ada yang jual char kuey teow mesti nak try.

    ReplyDelete
  4. menarik tgk seafoood dekat atas tu.macam2 jenis jugak

    ReplyDelete
  5. kepelbagaian yang menarik dan mengancam untuk dimakan..
    Sha suka yang dekat Penang..

    ReplyDelete
  6. yang no. 3 selalu makan. No. 1 tu, hari2 lalu tapi tak pernah singgah pun. nanti boleh cuba

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post