Ketahui 12 Tips Ini Untuk Menghasilkan Biskut Yang Rangup Dan Sedap

Ketahui 12 Tips Ini Untuk Menghasilkan Biskut Yang Rangup Dan Sedap | Salam semua, sebut sahaja tentang biskut. Ada penyediaan nak buat biskut ni mudah dan ada yang susah. Ada setengah biskut bila makan gebu cair dan ada setengah biskut bila makan rangup. Ke semuanya bergantung kepada bahan yang digunakan. Lagi sekali nak tekankan, nak sedap ke tak ?. Kalau nak sedap gunalah bahan yang berkualiti untuk menghasilkan biskut pun yang sedap bila kita makan kan.

Tips Ini Untuk Menghasilkan Biskut Yang Rangup Dan Sedap

Tapi, tahu tak semua nak hasilkan biskut yang sedap ada petua dan tips tertentu yang boleh kita ikut.

Kepada sesiapa yang berjinak - jinak nak  buat biskut, jom sis kongsikan tips untuk membuat biskut yang sedap. Sis sendiri akui mengalami masalah yang sama terutamanya dari segi doh terlebih lembik.

Kalau tengok mak sis buat biskut masa zaman kanak - kanak dulu mak tambah tepung tapi tambah tepung seperti tepung jagung. Itulah yang sis buat sampai sekarang. Semoga tips ini dapat membantu. Info ini diambil dari dapur Kak Wan. Sis banyak belajar tentang tips nak buat biskut dan kek di blog Kak Wan. Seorang yang tak kedekut ilmu.


Tips Penting Untuk Menghasilkan Biskut Yang Rangup Dan Sedap 

Membuat biskut tidaklah begitu rumit, ikutlah  sukatan dan cara yang betul jika tersalah adunan pun masih lagi boleh di perbaiki jika terlebih tepung tambahkan mentega dan jika terlebih mentega pula tambahkan saja tepung mengikut keperluan.Sebenarnya banyak petua - petua dan tips untuk biskut rangup dan sedap. Di bawah ini adalah antara tips yang perlu diambil tahu dalam penyediaan biskut. 

1. Pemilihan Mentega

Bahan asas utama dalam membuat biskut mestilah mentega. Sebaiknya gunalah mentega asli seperti Tatura Butter, SCS, Anchor dan jenama yang tertulis "Pure Butter" atau lepa susu seperti Buttercup.  Menggunakan majerin memberi rasa yang masin dan kurang enak, selain itu biskut cepat berbau hamis.

2. Penggunaan Kekacang 


Tips Ini Untuk Menghasilkan Biskut Yang Rangup Dan Sedap

Sekiranya adunan biskut yang ingin dimasukkan dengan kekacang seperti almond, hazelnut, kacang tanah mestilah di bakar terlebih dahulu atau di goreng tanpa minyak. Dengan cara ini biskut lebih rangup dan tahan lebih lama. 

Bagi kekacang seperti walnut, pecan, pistachio,macadamia tak perlu di bakar kerana kekacang jenis ini agak berminyak apabila di bakar.  Boleh terus di campurkan ke dalam adunan biskut. 

3. Menggaul dan menguli adunan

Untuk mendapat hasil yang baik, biarkan mentega dan telur pada suhu bilik. Jangan pukul mentega dan gula berlebihan, cukup hingga berkrim sahaja (apabila mentega bertukar warna lebih cerah).  Terlebih pukul menyebabkan adunan menjadi lembut dan biskut mengembang apabila di bakar.

Seeloknya, tepung dan bahan-bahan kering di letakkan dalam satu mangkuk besar berasingan.  Apabila siap memukul mentega, masukkan ke dalam bahan-bahan kering tadi dan gaul  ringan menggunakan tangan hingga menjadi doh.

Betul tu, sepanjang sis try dan error dalam buat biskut, belajar dari kesilapan kan. Nak terlebih pukul untuk adunan biskut ni tak boleh nanti, biskut kembang selepas bakar tak cantik. 


Tips Ini Untuk Menghasilkan Biskut Yang Rangup Dan Sedap

4. Merehatkan adunan

Apabila adunan biskut telah siap, simpan dulu di dalam peti sejuk sekurang-kurang 3-4 jam atau semalaman. Dengan cara ini menjadikan biskut lebih rangup. Setelah dikeluarkan dari peti sejuk adunan mungkin agak kering sedikit tetapi jangan risau, tambahkan sedikit mentega dan uli semula hingga lembut.

5.  Lain- lain bahan untuk merangupkan biskut 

Mesti ramai yang tertanya kenapa biskut tak rangup ? Tahu tak yang tepung jagung, tepung kastard, tepung ubi, tepung kentang juga memainkan peranan dalam merangupkan biskut, jika ingin menambahkan tepung-tepung ini kurangkan sukatan pada tepung gandum. Serbuk Emplex dan Crisco (lemak sayuran,shortening) juga berfungsi merangupkan biskut tetapi jangan guna terlalu banyak, ikut sukatan pada resipi. Biasanya pernah dengar resepi ada sebut emplex, sukatan emplex untuk biskut ini mestilah ikut resepi. 

6. Adunan yang menggunakan bijirin 

Bagi adunan yang menggunakan bijirin seperti oats, nestum, cornflakes, wheat,  adunannya  mestilah lembut kerana bijirin ini akan menyerap lelemak dan akan mengeras setelah di rehatkan, menambahkan tepung boleh menjadikan adunan bijirin menjadi keras. Terlebih tepung, boleh jadi punca biskut menjadi keras

Tips Ini Untuk Menghasilkan Biskut Yang Rangup Dan Sedap

7.   Adunan yang menggunakan nozzle 

Adunan yang menggunakan nozzle mestilah lembut dan senang di picit.  Gunakan piping bag yang tebal dan muncung nozzle yang sesuai untuk menekan adunan keluar.  Hanya adunan yang lembut dan kosong, tidak bercampur kekacang, kismis dan bahan lain yang mudah di picit keluar.

8. Dulang pembakar 

Tips bakar biskut pula, guna dulang pembakar dengan tepinya yang rendah untuk memudahkan aliran haba dari oven ke atas biskut.

Tips Ini Untuk Menghasilkan Biskut Yang Rangup Dan Sedap

9. Menguji biskut

Untuk menguji biskut sama ada telah masak atau tidak, tolak biskut dengan garpu dan jika boleh bergerak, tidak melekat di dulang pembakar dan tidak pecah bolehlah di angkat, biskut agak lembik apabila baru di keluarkan dari oven tetapi akan mengeras dan ranggup apabila telah sejuk.

10. Cara menyimpan biskut

Biarkan biskut betul-betul telah sejuk, baru di masukkan ke dalam bekas kedap udara, biskut juga boleh di bekukan di tempat freezer dengan membalutnya dengan aluminium foil dan menyimpannya dalam bekas kedap udara. Apabila hendak di gunakan lembutkan dahulu pada suhu bilik dan bakar semula selama 5-8 minit.

Jangan menyimpan biskut yang berlainan dalam satu bekas kerana biskut akan menyerap antara satu dengan yang lain.  Guna satu jenis untuk satu bekas. Jika biskut menjadi lembut, bakar semula pada suhu 150C selama 5-8 minit.

11.  Jangka hayat biskut 

Biskut tanpa pengawet boleh bertahan selama 3 bulan. Biskut yang menggunakan pengawet seperti Potasium Sorbate dan Sodium Benzoil boleh tahan sehingga setahun.

Tips Ini Untuk Menghasilkan Biskut Yang Rangup Dan Sedap

12. Penggunaan pengawet dalam resepi 

Sukatan pengawet bergantung kepada berat bahan dalam resipi.  Setiap Kg bahan guna hanya 10 miligram pengawet atau secubit saja. Penggunaan yang tidak betul dan berlebihan boleh memudaratkan kesihatan. Bagi peniaga atau pengilang, biasanya mereka meletakkan pengawet untuk memastikan produk lebih tahan lama. 

Sekiranya produk tersebut di jual dalam tempoh kurang dari jangka hayat biskut atau untuk kegunaan sendiri, tidak perlulah di masukkan bahan pengawet.  Pengawet di masukkan sekirannya kuantiti produk yang dihasilkan banyak dan di jual melebihi tempoh jangka hayat.

Sebagai alternatif, boleh menggunakan oxygen absorber dan anti mold sticker (anti kulat) yang boleh di dapati di kedai bekalan bakery. Oxygen absorber biasa di jual dalam bentuk pack kecil dan anti kulat  dalam bentuk sticker atau kepingan. Ia akan di letak dalam bungkusan atau bekas yang mengandungi bahan mentah atau produk yang telah siap.

Itu lah saja 12 tips untuk menghasilkan biskut yang rangup dan sedap. InsyaAllah ikut tips ini, biskut akan sedap. Nak hasilkan biskut yang sedap, kena ambil kira dari bahan asas sehinggalah penyediaannya macam mana. Salah pilih atau penyediaan tak betul, rasa dan tekstur biskut pun akan lari. 

Terima kasih sudi baca. 

Baca Juga : 





2 تعليقات

إرسال تعليق

أحدث أقدم