Bacaan Ayat Ruqyah Lengkap Penawar Sihir Dan Gangguan Jin | Salam semua, banyak cerita yang kita dengar melibatkan sihir dan gangguan jin. Tapi, kalian tahu tak yang sihir dan gangguan jin adalah saling berkait rapat sebenarnya. Sis sendiri pun banyak dengar cerita - cerita yang boleh dikatakan seram kalau melibatkan sihir dan gangguan jin. Kadang - kadang termenung fikirkan yang adanya manusia atas muka bumi penuh dengan hasad dengki yang suka merosakkan kehidupan orang lain.
Tetapi pada zaman sekarang, ramai di kalangan masyarakat kita kurang peka dengan adanya tanda -tanda sihir dan gangguan jin.
Apakah maksud sihir dan gangguan jin ?
Sihir
Merupakan satu perbuatan yang menyakiti badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu. Di antaranya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa depan. Penggunaan istilah sihir dalam alam melayu merujuk kepada ilmu hitam.
Gangguan Jin
Dalam masyarakat melayu, jin ini lebih dikenali dengan makhluk halus iaitu makhluk yang tidak dapat dilihat. Perkataan jin berasal daripada perkataan arab iaitu jiniey atau Geniedalam bahasa inggeris yang membawa maksud yang tersembunyi atau yang tertutup.
Dalam islam, ada beberapa ciri - ciri jin yang perlu kita kenali iaitu :
1. Berakal
2. Berkehendak
3. Sedar
4. Mempunyai kewajipan
5. Berjasad halus
6. Hidup di bumi
Menurut apa yang sis baca, dalam sebuah hadis dari Abu Tha'labah, jin terdiri dari 3 jenis iaitu
1. Jenis yang mempunyai sayap dan terbang di udara
2. Jenis ular dan jengking
3. Jenis yang menetap dan berpindah randah
Sihir sebenarnya banyak juga disebut dalam Al - Quran. Jadi tidak hairanlah wujudnya sihir di dunia ini adalah sebagai ujian walaupun sihir ini tidak diredai oleh Allah dan dilarang untuk melakukannya. Buat sesiapa yang melakukan sihir ini adalah tergolong dalam orang yang syirik kepada Allah.
Apa Maksud Ayat Ruqyah ?
Kita selalu pernah dengar yang ada ustaz suruh baca ayat ruqyah atau pasang ayat ruqyah di rumah kan. Terutamanya buat yang baru berpindah rumah.
Ayat Ruqyah juga sangat berkait rapat dengan rawatan islam. Biasanya perawat akan membacakan beberapa potong ayat Al- Quran supaya pesakit dapat mendengarnya dengan khusyuk.
Bagi mereka yang terkena gangguan jin, biasanya apabila dibacakan Al- Quran pada telinganya, jin atau iblis yang berada di dalam tubuh pesakit akan berasa "panas"dan makin lama makhluk tersebut tidak akan berdiam diri.
Tapi tahu tak kalian apa maksud ayat ruqyah sebenarnya.
Ruqyah bermaksud "al-udzah" iaitu sebuah perlindungan yang digunakan untuk melindungi orang yang terkena penyakit dan juga untuk rawatan makhluk halus.
Ayat Ruqyah adalah gabungan dari ayat - ayat Al- Quran yang boleh digunakan untuk mengesan jin dalam badan atau di rumah kita. Selepas mendengar ayat ini, insyaAllah dapat menghalau jin yang ada dalam tubuh kita.
Apakah Senarai Urutan Surah Yang Di Baca Dalam Ayat Ruqyah ?
Ayat Ruqyah dibaca mengikut urutan yang betul dan di sini adalah bacaan ayat Ruqyah yang lengkap.
1. Al Fatihah
2. Al Baqarah Ayat 1 - 5
3. Al Baqarah Ayat 102
4. Al Baqarah Ayat 163-164
5. Al Baqarah Ayat 255
6. Al Baqarah Ayat 285-286
7. Ali Imran Ayat 18-19
8. Al A’raf Ayat 54-56
9. Al A’raf Ayat 117-122
10. Yunus Ayat 81-82
11. Thoha Ayat 69
12. Al Mukminun Ayat 115-118
13. As Soffat Ayat 1-10
14. Al Ahqaf Ayat 29-32
15. Ar Rahman Ayat 33-36
16. Al Hasyr Ayat 21-24
17. Al Jin Ayat 1-9
18. Al Ikhlas
19. Al Falaq
20. An Nas
Apakah Tanda Selepas Mendengar Bacaan Ayat Ruqyah ?
Jin yang ada dalam tubuh kita akan bergerak melalui saluran darah kita. Selepas mendengar ayat ayat ruqyah, ini di antara tanda - tanda yang akan muncul selalunya pada tubuh badan.
1. Berasa panas di tengkuk
2. Rasa gelisah
3. Batuk
4. Mengantuk ataupun menguap
5. Ada benda - benda bergerak bawah kulit
6. Badan bergegar
7. Denyutan jantung makin kencang
Apakah Kelebihan Ayat Ruqyah ?
Apa yang sis baca, selepas mendengar ayat ini, InsyaAllah mampu untuk menyembuhkan penyakit misteri di antaranya :
Apakah Maksud Bacaan Ruqyah Dalam Bahasa Rumi ?
Sejauh mana kita memahami tentang terjemahan dalam setiap Ayat Ruqyah yang dibaca. Ada kah kita ambil tahu atau tak. Bacaan Ruqyah dibaca ikut urutan sebagaimana surah yang terdapat dalam Al Quran.
Kalau kita faham maksud setiap surah yang dibaca lagi bagus dan bukan sekadar mendengar ataupun membaca sahaja. Teramat rugi lah kalau kita tidak memahami terjemahan ayat Ruqyah yang dibaca. Di antaranya ada kisah Nabi Musa yang mematahkan sihir - shir Firaun atas izin Allah.
1. Surah Al Fatihah
1. Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
3 Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
4. Yang menguasai di Hari Pembalasan.
5. Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7. (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
2. Surah Al Baqarah Ayat 1 - 5
1. Alif Lam Mim
2. Kitab (Al-Qur’an) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertakwa
3. Iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang melaksanakan shalat, dan menginfakkan sebagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
4. Dan mereka yang beriman kepada (Al-Qur’an) yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dan (kitab-kitab) yang telah diturunkan sebelum engkau, dan mereka yakin akan adanya akhirat
5. Merekalah yang mendapat petunjuk dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.
3. Surah Al Baqarah Ayat 102
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata:
"Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.
4. Surah Al Baqarah Ayat 163 - 164
Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia.
Demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.
5. Surah Al Baqarah Ayat 255
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).
Yang tidak mengantuk usahkan tidur.
Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.
Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.
Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

- Fikiran runsing / jiwa gelisah
- Menyembuhkan penyakit histeria, sihir dan saka
- Menyahkan energi negatif dari badan dan membersihkan aura diri
- Membuatkan minda lebih positif dan fokus terhadap kerja dan pembelajaran
- Anak - anak mudah mendengar kata orang tua
- Pengikat kasih sayang antara anak dan ibu bapa
- Dapat menyembuhkan anak - anak yang menangis malam
- Meredakan ketegangan dalam rumah tangga
- Menghalau jin di dalam badan, rumah dan premis perniagaan
Sejauh mana kita memahami tentang terjemahan dalam setiap Ayat Ruqyah yang dibaca. Ada kah kita ambil tahu atau tak. Bacaan Ruqyah dibaca ikut urutan sebagaimana surah yang terdapat dalam Al Quran.
Kalau kita faham maksud setiap surah yang dibaca lagi bagus dan bukan sekadar mendengar ataupun membaca sahaja. Teramat rugi lah kalau kita tidak memahami terjemahan ayat Ruqyah yang dibaca. Di antaranya ada kisah Nabi Musa yang mematahkan sihir - shir Firaun atas izin Allah.
1. Surah Al Fatihah
1. Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
3 Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
4. Yang menguasai di Hari Pembalasan.
5. Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7. (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
2. Surah Al Baqarah Ayat 1 - 5
1. Alif Lam Mim
2. Kitab (Al-Qur’an) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertakwa
3. Iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang melaksanakan shalat, dan menginfakkan sebagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
4. Dan mereka yang beriman kepada (Al-Qur’an) yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dan (kitab-kitab) yang telah diturunkan sebelum engkau, dan mereka yakin akan adanya akhirat
5. Merekalah yang mendapat petunjuk dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.
3. Surah Al Baqarah Ayat 102
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata:
"Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.
4. Surah Al Baqarah Ayat 163 - 164
Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia.
Demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.
5. Surah Al Baqarah Ayat 255
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).
Yang tidak mengantuk usahkan tidur.
Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.
Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.
Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
6. Surah Al Baqarah Ayat 285 - 286
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali".
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
7. Surah Ali Imran Ayat 18 - 19
Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.
Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.
8. Surah Al A'raf Ayat 54 - 56
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam. Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan.
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.
Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.
9. Surah Al A'raf Ayat 117 - 122
Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Campakkanlah tongkatmu!" Maka tiba-tiba tongkat itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka). Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batalah (sihir) yang mereka telah lakukan.
Oleh itu, kalahlah Firaun dan Ketua-ketua kaumnya di situ dan kembalilah mereka dengan keadaan yang hina. Dan (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu dengan sendirinya merebahkan diri mereka sujud, Sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam. "(Iaitu) Tuhan bagi Nabi Musa dan Nabi Harun".
10. Surah Yunus Ayat 81 - 82
Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata:" Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan.
"Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa".
11. Surah Thoha Ayat 69
"Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada".
12. Surah Al Mukminun Ayat 115 - 118
"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia. Dan sesiapa yang menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya.
Sesungguhnya orang-orang yang kafir tidak akan berjaya. Dan berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata): "Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!"
13. Surah As Soffat Ayat 1 - 10
Demi (hamba-hambaKu) yang berbaris dengan berderet-deret.
(Hamba-hambaKu) yang melarang (dari kejahatan) dengan sesungguh-sungguhnya.
(Hamba-hambaKu) yang membaca kandungan Kitab Suci.
(Sumpah demi sumpah) sesungguhnya Tuhan kamu hanyalah Satu.
Tuhan (yang mencipta serta mentadbirkan) langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya, dan Tuhan (yang mengatur) tempat-tempat terbit matahari.
Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan hiasan bintang-bintang.
Dan (Kami pelihara urusan langit itu) dengan serapi-rapi kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang derhaka.
(Dengan itu) mereka tidak dapat memasang telinga mendengar (percakapan malaikat) penduduk langit, dan mereka pula direjam (dengan api) dari segala arah dan penjuru.
Untuk mengusir mereka; dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak putus-putus.
Kecuali sesiapa di antara Syaitan-syaitan itu yang curi mendengar mana-mana percakapan (malaikat), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menjulang lagi menembusi.
14. Surah Al Ahqaf Ayat 29 - 32
Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): "Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya!" Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran.
Mereka berkata: "Wahai kaum kami! Sesungguhnya kami telah mendengar Kitab (Al-Quran) yang diturunkan (oleh Allah) sesudah Nabi Musa, yang menegaskan kebenaran Kitab-kitab Suci yang terdahulu daripadanya, lagi, memandu kepada kebenaran (tauhid) dan ke jalan yang lurus (ugama Islam)
"Wahai kaum kami! Sahutlah (seruan) Rasul (Nabi Muhammad) yang mengajak ke jalan Allah, serta berimanlah kamu kepadanya, supaya Allah mengampunkan sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
"Dan sesiapa tidak menyahut (seruan) Rasul yang mengajaknya ke jalan Allah, maka ia tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan azab walau ke mana sahaja ia melarikan diri) di bumi, dan ia tidak akan beroleh sesiapapun - yang lain dari Allah - sebagai pelindung-pelindung yang membelanya; mereka (yang demikian sifatnya) adalah dalam kesesatan yang nyata".
15. Surah Ar Rahman Ayat 33 - 36
Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu); Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
16. Surah Al Hasyr Ayat 21 - 24
Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.
Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.
17. Surah Al Jin Ayat 1 - 9
Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!
Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan.
Dan (ketahuilah wahai kaum kami!) Bahawa sesungguhnya: tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada beristeri atau beranak.
Dan (dengan ajaran Al-Quran nyatalah) bahawa sesungguhnya: (ketua) yang kurang akal pertimbangannya dari kalangan kita telah mengatakan terhadap Allah kata-kata yang melampaui kebenaran.
Dan bahawa sesungguhnya (nyatalah kesalahan) kita menyangka bahawa manusia dan jin tidak sekali-kali akan berani mengatakan sesuatu yang dusta terhadap Allah.
Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.
Dan bahawa sesungguhnya (tidaklah benar) manusia menyangka sebagaimana yang kamu sangka, bahawa Allah tidak sekali-kali mengutuskan sebarang Rasul (atau tidak akan membangkitkan manusia pada hari kiamat).
Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala.
Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya.
18. Surah Al Ikhlas
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan.
“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.
19. Surah Al Falaq
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku minta berlindung kepada Allah, Tuhan Yang Menciptakan Waktu Subuh,
Dari kejahatan makhluk-makhluk yang Ia ciptakan,
Dan dari bahaya gelap bila ia meliputi (suasana),
Dan dari kejahatan orang-orang yang mengamalkan ilmu-ilmu (sihir) yang berupa rahsia; menghembus-hembuskan,
Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia laksanakan perasaan dengkinya itu.
20. Surah An Nas
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada Pemelihara sekalian Manusia,
Raja (atau Penguasa) sekalian Manusia,
Tuhan Yang Berhak Disembah (atau Hakim) manusia,
Dari Kejahatan Pembisik Penghasut yang berundur (selepas bisikannya),
Yang melemparkan bisikan dan hasutan ke dalam hati manusia,
(iaitu Pembisik dan Penghasut) dari kalangan Jin dan Manusia.
Adakah Ayat Ruqyah hanya digunakan untuk rawatan sihir dan gangguan jin sahaja ?
Sebenarnya, kita yang sihat walafiat pun memang patut amalkan ayat ruqyah dalam kehidupan seharian. Ayat Ruqyah bukan hanya untuk yang terkena gangguan sihir dan jin saja. Perkataan Ruqyah itu sendiri pun bermaksud perlindungan. Tujuannya adalah untuk memohon perlindungan. Bukan untuk yang terkena gangguan saja.
Sis dulu ingat ayat Ruqyah ini hanya untuk yang terkena gangguan saja. Rupanya salah ya.
Tetapi, kita kena ingat yang Ayat Ruqyah ini adalah salah satu bentuk ikhtiar. Yang menyembuhkan itu hanya lah Allah SWT.
Diharap, kita semua dapat memahami maksud dalam setiap surah yang digunakan untuk bacaan ayat Ruqyah. Semoga, dengan ayat ruqyah ini, dapat membantu dan merawat orang - orang yang terkena gangguan sihir dan jin.
Boleh tonton youtube sini untuk bacaan Ayat Ruqyah lengkap. Ataupun boleh ke channel ini untuk mendengar Ayat Ruqyah yang dibaca.
Sumber
1. Almukhlisin.my
2. Wikipedia
Baca sini : Pertanyaan Di Alam Kubur Oleh Malaikat Munkar Dan Nakir
waalaikumussalam. terima kasih atas perkongsian. sangat bermanfaat ^_^
ردحذفthank you so much akak for sharing this.
ردحذفterima kasih perkongsian.sgt bermanfaat
ردحذفperkonsian rukyah yang baik, dan boleh di amalkan
ردحذفAssalammualaikum wbth. terima kasih atas perkongsian. Mohon izin untuk mengambil guna untuk kegunaan sendiri dan keluarga. Terima kasih. Semoga Allah swt mengurniakan dan memakbulkan segala yang baik baik didunia dan akhirat.
ردحذفإرسال تعليق