Senarai Koleksi 17 Resepi Air Sedap Untuk Berbuka Puasa | Salam semua, setiap kali masuk saja bulan ramadan bukan saja nak fikir untuk menu buka puasa.
Lepas tu, kalau jenis orang yang masak ketika nak sahur tu, nak fikir untuk menu sahur lagi.
Air untuk berbuka puasa pun pening juga nak fikir. Ya lah, seharian berpuasa, mesti air yang dicari dulu.
Dahaga sangat. Kalau sis sendiri yang paling mudah buat air untuk berbuka puasa mesti kena air sirap tapi tak lah air sirap kosong hari - hari. Buat lah air sirap yang sedap - sedap sikit.
Tak pun setiap kali bulan puasa mesti akan ada air minuman viral yang mesti dicuba. Sis pasti, kalian semua pun ada air paling sedap kegemaran masing - masing untuk berbuka puasa kan.
Kali ini, sis nak kongsikan koleksi resepi minuman sejuk yang sedap untuk berbuka puasa.
Bulan puasa setakat ini, asyik dalam musim panas. Mesti nak pekena air yang sejuk - sejuk. Pening sebulan nak minum air apa.
Kalau tak pun ulang semula resepi air untuk berbuka puasa.
Kalau rasa malas, boleh beli kat bazar ramadan kan. Ada macam - macam jenis air yang dijual. tapi takkan hari - hari nak beli bazar. Buat sendiri lagi jimat banyak kan.
Kalau rasa malas, boleh beli kat bazar ramadan kan. Ada macam - macam jenis air yang dijual. tapi takkan hari - hari nak beli bazar. Buat sendiri lagi jimat banyak kan.
Musim ekonomi tak berapa cantik ni, baik buat sendiri. Ramai yang sudi berkongsi resepi air yang mudah dan sedap untuk berbuka puasa.
Terima kasih buat yang sudi berkongsi.
Senarai 17 Resepi Air Berbuka Puasa
Di bawah adalah menu air yang boleh korang cuba untuk berbuka puasa nanti. Yang
1. Resepi Air Aroikah | Cha Bang Ang ( Air Viral )
Bahan - bahan300 gram cincau manis (potong kiub kasar)
200 gram gula perang
250 gram air tapis (untuk dimasak dan dijadikan air gula perang)
10 gram @ 1 sudu biji selasih
250 gram air panas
400 ml susu segar full cream
400 ml @ 1 tin susu cair
5 sudu susu pekat manis
Secubit garam halus
1 sudu teh esen vanilla
500 gram ais kiub (secukupnya)
Cara - cara
1. Satukan gula perang, air dan esen vanilla. Masak hingga gula larut seluruhnya. Matikan api. Ketepikan dan biarkan air gula sejuk.
2. Sementara itu, rendam biji selasih di dalam air panas supaya ia kembang.
3. Di dalam satu bekas/jug, satukan semua bahan kecuali ais.
4. Kacau rata semuanya dan sedia dihidangkan.
5. Jika suka ais, masukkan ais ke dalam gelas berasingan sewaktu mahu menikmatinya bagi mendapatkan rasa yang lazat, tulen dan tidak cair/tawar.
Nota : 1 Jug = 1 liter
2. Resepi Air Dragon Mix Fruit Viral
Bahan - BahanBuah naga merah
Buah mangga masak
Anggur manis
Laici tin (sekali air)
Susu pekat manis
Air masak
Ais batu
Cara - Cara
1. Buah dipotong dadu sederhana.
2. Letak dalam satu bekas. Masukkan ais batu, susu pekat manis dan laici tin sekali dengan air.
3. Kacau rata dah siap. Sedia untuk diminum.
3. Resepi Air Sunquick Ala Vitagen
Bahan - BahanPati sunquick
Susu pekat
Air suam
Ais
Cara - Cara
1. Sediakan air suam -suam. Tak panas dan sejuk sangat untuk elakkan susu pecah.
2. Kemudian letak ais, baru letak pati sunquick.
3. Nak tahap manis takat mana boleh rasa.
4. Resepi Air Sunquick Campur Sirap Rose
Bahan - BahanOren sunquick
Sirap ros
Gula
Cara - Cara
1. Campur semua sekali.
2. Sukatan agak-agak tapi sirap tak boleh banyak dari oren nanti bau sirap.
3. Kena pandai agak bagi ada rasa sirap dan rasa oren , masam-masam sikit.
5. Resepi Air Sirap Bandung Tembikai
Bahan - Bahan1/2 buah tembikai tanpa biji
Susu cair
Sirap
Air secukupnya
Cara - Cara
1. Dalam satu bekas campurkan ke semua bahan.
2. Sedia untuk dinikmati.
Kredit : Khoriff by Bonda
6. Resepi Sirap Bandung 3 Layer
Bahan - BahanGula melaka
Air
* Gula melaka dimasak dengan air sehingga cair dan sejukkan
Cara - Cara
1. Dalam gelas, masukkan ais.
2. Kemudian gula melaka.
3. Kemudian masukkan susu Lazz Asli / Kurma bancuh pekat.
4. Masukkan cincau.
5. Dan yang terakhir masukkan sirap merah. Siap untuk dihidangkan.
7. Resepi Sirap Bandung Soda Float
Bahan - Bahan1/4 cawan ibu sirap
Gula dilarutkan dalam air panas. Kadar gula mengikut citarasa masing - masing
3/4 tin susu cair
3/4 jug kiub ais
1/2 tin ice cream soda
Cara - Cara
1. Satukan ibu sirap, air gula, susu cair dan ice cream soda, kacau rata dan masukkan ais kiub.
2. Biarkan kiub ais cair. Air tak payah tambah sebab ini akan mengurangkan rasa lemak sirap bandung.
Resepi di atas menghasilkan 1 jug air sirap bandung soda. Kalau nak masak dulu gula sirap ros pun ok, letak daun pandan dalam sirap ros untuk lagi wangi.
8. Resepi Sirap Bandung Soda Ais Cincau
Bahan - BahanCincau
Aiskrim soda ( air gas )
Susu cair
Sirap
Ais
Cara - Cara
1. Cincau dipotong ikut suka.
2. Masukkan aiskrim soda.
3. Masukkan susu cair sambil kacau sebab tak nak bagi berketul - ketul.
4. Masukkan ais dan sirap boleh agak ya. Kacau sebati.
5. Siap untuk dihidangkan
9. Resepi Sirap Bandung Laici Ais
Bahan - BahanSirap ros
Susu cair
Susu pekat
Buah laici
Air masak
Ais
Cara - Cara
1. Satukan ke semuanya dalam satu juga dan kacau sebati. Siap untuk dihidangkan
10. Resepi Sirap Bandung Strawberry
Bahan - BahanAir strawberry tak kisah jenama mana ( sangat rekomen guna f & N )
Susu pekat
Ais
Cara - Cara
Campurkan ke semua bahan - bahan tadi. Kacau dan kemanisan ikut tahap manis yang nak. Dah siap untuk dihidangkan.
11. Resepi Air Punch Buah - Buahan ( Hidangan Untuk 10 Orang )
Bahan-bahan200ml kordial oren Sunquick
200ml sirap
3 liter Sprite atau 7-up
3 liter ais krim soda
2 lemon besar
2 oren besar
Ais
Cara - Cara
1. Potong nipis oren dan lemon.
2. Dalam jag atau dispenser minuman besar, campur Sunquick dan sirap. Kacau sehingga sebati.
Tambah Sprite atau 7-up dan ais krim soda. Kacau dengan baik.
3. Masukkan oren, lemon dan ais.
Tips
1. Tidak perlu masukkan buah-buahan dihiris ke dalam gelas semasa menghidang, tetapi ia akan buat gambar anda nampak lebih cantik.
2. Kalau ada mangkuk punch lagi menarik.
Baca Juga : Senarai 10 Resepi Air Balang Paling Sedap
12. Resepi Air Mata Kucing ( Hidangan Untuk 10 Orang )
Bahan-bahan775gm longan kering
375ml + 375ml air panas
300g gula Melaka
10 sudu besar molases atau gula merah
2 ½ sudu besar gula putih
8 daun pandan, diikat
1.125 liter air
Ais
Cara - Cara
1. Dalam mangkuk, rendam longan kering dengan 375ml air panas. Biar tutup.
2. Dalam kuali atau periuk, campur 375ml air panas dengan gula Melaka, molases, gula putih dan daun pandan. Letakkan suhu api pada sederhana rendah dan kacau sehingga gula telah cair.
3. Keluarkan daun pandan.
4. Bila longan kering sudah dihidratkan semula, buang air yang berlebihan dan gabungkan longan dengan campuran gula dalam jag yang besar.
5. Masukkan air dan kacau hingga sebati.
6. Tambah ais.
7. Jangan lupa mengaut beberapa biji longan ke dalam gelas bila menghidang minuman ini kepada tetamu anda.
Tips
1. Minuman ini bagus dibuat lebih awal kerana campuran gula dan longan boleh disimpan peti sejuk dalam bekas kedap udara untuk satu atau dua minggu.
2. Tambah air hanya bila anda ingin menghidang minuman ini.
13. Resepi Air Soya Cincau ( Hidangan Untuk 10 Orang )
Bahan-bahan4 liter air soya sejuk tanpa gula
1kg cincau
250 gm gula Melaka
250 gm air panas
Cara - Cara
1. Parut gula Melaka.
2. Dalam periuk kecil, campur air mendidih dan gula Melaka parut dan kacau sehingga cair.
3. Hiris nipis atau potong cincau dengan potongan dadu kecil.
4. Tuang air soya ke dalam jag yang besar.
5. Tambah cecair gula Melaka dan kacau sehingga sebati.
6. Masukkan cincau.
7. Jangan lupa mengaut keluar cincau dan masukkan ke dalam gelas bila dihidang.
Tips
1. Elakkan menambah ais kepada minuman ini kerana air soya yang berair tidak sedap sangat.
2. Jangan guna susu soya berkotak. Pergi ke pasar atau trak makanan air soya berdekatan anda untuk mendapatkan bekalan segar air soya tanpa gula.
14. Resepi Air Fair Lady
Bahan - BahanAir oren secukupnya (Nak guna sunquick pun boleh )
1 tin laici dalam tin
Nata de coco secukupnya
1 sudu teh biji selasih di rendam dalam air panas hingga kembang
Ais batu secukupnya
Cara - Cara
1. Mula-mula sediakan air oren dahulu.
2. Rasa kan manis air oren secukup rasa.
3. Masukkan nata dalam jug, diikuti buah laici dan airnya serta biji selasih.
4. Tuangkan air oren tadi dan ketulan ais. Sedia dinikmati.
15. Resepi Jus Tembikai Ber Nata
Bahan - BahanTembikai merah/kuning
Gula secukup rasa manis
Nata sebarang perisa
Ais kiub secukupnya
Cara - Cara
1. Blend atau kisar tembikai yang dipotong hingga hancur bersama gula.
2. Masukkan nata ke dalam gelas dan diikuti dgn ais kiub.
3. Tuangkan tembikai tadi ke dalam gelas.
4. Sedia untuk dinikmati. Boleh juga jika nak blend tembikai bersama ais kiub.
16. Resepi Air Milky Rambutan
Bahan - Bahan1 tin buah rambutan dalam tin
1 tin susu cair atau susu segar
Gula secukup rasa jadikan air gula
Ketulan ais
Air jika perlu
Biji selasih yang di rendam
Cara - Cara
1. Masukkan buah rambutan dan airnya serta susu ke dalam jug.
2. Masukkan air gula dan rasakan secukup rasa.
3. Tambah air jika perlu.
4. Letakkan ketulan ais dan biji selasih.
5. Sedia di hidangkan dingin.
17. Resepi Air Blue Ocean
Bahan - Bahan1 botol kecil minuman soda warna biru guna air Mountendew
1 sudu besar oren Sunquick
Nata de coco secukupnya anggaran 2 sudu besar untuk satu gelas
1 sudu teh biji selasih rendam dengan air panas hingga kembang
Air secukupnya
Cara - Cara
1. Masukkan oren Sunquick ke dalam gelas.
2. Kemudian masukkan nata de coco.
3. Tuangkan air soda biru mountendew.
4. Masukkan juga biji selasih dan ketulan air.
5. Sedia di hidangkan.
6. Jangan lupa sediakan sudu semasa menghidang, kerana air ini perlu di kacau bila ingin di nikmati.
Tak buntu dah nak buat air untuk berbuka puasa nanti. Dah ada menu air macam kat atas tu boleh lah cuba nanti.
Jangan lupa untuk follow channel di telegram untuk info -info menarik
Info Resepi
Info Motivasi
Malaysia Blogger Influencer & Content Writer
Baca Juga :
Kredit :
1. Keluarga.my
2. Cookpad - Murni's Little Kitchen
3. SirapLimau
4. Butterkicap
5. theVocket
tak lama lagi nak puasa dah ni.. resepi2 macam ni penting.
ReplyDeletesunquick sirap rose selalu buat. rasa rasa punch gituu..
Tengah puasa ni bia tengok semua air terliur dibuatnya..
ReplyDeleteOk leh try setiap hari semua leh cuba.. sedapnya..hehe
Post a Comment