21 Resepi Aneka Bebola Daging Mudah Disediakan Di Rumah | Salam semua, sebut sahaja menu yang ada bebola daging memang sudah terbayang resepi bebola daging tidak kira lah dalam spageti ke, bebola daging berkeju ke, bebola daging blackpepper ke. Ke semuanya menjadi kesukaan ramai. Bebola daging boleh dipelbagaikan dengan pelbagai menu resepi jika kena cara dan selera tekak masing - masing.
Tak susah kalau nak menyediakan menu bebola daging yang mudah. Ini disebabkan sudah banyak pelbagai jenama bebola daging sejuk beku di pasaran. Cuma kalian perlu pilih jenama yang mana satu yang sedap dan boleh masak untuk pelbagai resepi dengan menggunakan bebola daging. Bila ada yang dah siap sejuk beku, memudahkan kerja - kerja memasak di rumah.
Tak payah nak ambil masa yang lama untuk siapkan bebola daging homemade. Tapi, kalau kalian nak buat sendiri bebola daging, tak ada masalah pun jika ada masa.
Bebola daging sesuai digunakan untuk masakan seperti di bawah :
1. Masakan barat samada dalam masakan pasta dan juga berkeju
2. Masakan bersup seperti mee bakso ataupun sup bebola daging yang mudah
3. Masakan bertumis seperti bebola daging masak berlada
Kali ini, sis nak senaraikan resepi aneka bebola daging yang mudah disediakan di rumah. Anak - anak pun mesti suka dengan menu yang mudah. Resepi ini semua banyak dikongsikan oleh cookpadders. Sebenarnya sis pun ada juga berkongsi menu resepi kat sana. Berbakat sungguh cookpadders dengan gambarnya yang cukup wow. Pandai memasak dan pandai ambil gambar masakan. Terima kasih buat semua yang berkongsi. Ada gudang pahala buat mereka yang berkongsi ilmu walaupun hanya masak - masak.
Kebanyakan resepi ada yang buat sendiri untuk bebola daging. Cara buat bebola daging pun tak susah. Tak kisah kalau nak beli yang dah siap. Cuma abaikan yang kaedah untuk buat sendiri bebola daging.
21 Resepi Aneka Bebola Daging Mudah Disediakan Di Rumah
1. Resepi Wantan Bebola Daging Yang Ringkas
Bahan - Bahan
10 biji bebola daging
1 batang lobak
1 batang cili
1 sduu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil garam
1 paket wantan pastry
Cara - Cara
1. Kisar bebola, lobak dan lada merah, kerana kisaran ini agak basah, saya gorengkan ia terlebih dahulu.
2. Sediakan kulit wantan dan masukkan isi daging, dan lipatkan ianya bentuk segitiga.
3. Wantan digoreng sehingga kekuningan, gunakan api yang kecil.
4. Sediakan untuk dimakan bersama sos.
2. Resepi Wanpaku Sandwich ( Bayam Brazil Dengan Bebola Daging Berkeju )
Bahan - Bahan
4 keping roti wholemeal
4 biji bebola daging
1 mangkuk kecil parutan keju mozarella
2 biji telur rebus
5 batang/pohon bayam brazil
1/4 batang timun (dihiris halus atau jejari)
2 keping kubis ungu dipotong atau mayang halus
2 keping kubis putih dipotong atau mayang halus
4 keping daun salad (romaine)
1/4 batang lobak merah dipotong halus atau jejari
1/4 lada benggala atau capsicum atau kapsikum kuning dipotong halus
1/4 lada benggala hijau dipotong halus
1/4 lada benggala merah dipotong halus
Secubit lada hitam
Secubit lada putih
6 sudu mayonis (atau secukupnya)
2 sudu sos roasted sesame kewpie
Cara - Cara
1. Taburkan mozarella ke atas bebola daging berkeju (homemade). Panaskan dalam microwave selama 2-3 minit pada suhu sederhana untuk mencairkan mozarella.
2. Sediakan bahan-bahan yang siap dipotong halus seperti dalam gambar.
3. Lapisan pertama ialah roti.
4. Susun daun brazil,kemudian oleskan mayonis dalam anggaran 1 sudu. Boleh dilebihkan mengikut citarasa. Kemudian susun lada benggala setiap warna.
5. Lapisan berikutnya adalah daun salad romaine diikuti 1 sudu mayonis dan jugak lobak merah.
6. Susun bebola daging dan juga telur. Padatkan dengan timun dan juga kubis.
7. Oleskan lagi dengan 1 sudu mayonis dan 1 sudu sos roasted sesame.
8. Sekiranya inginkan lebihan sayuran, boleh tambahkan lagi sayur bayam brazil dan kemudian secubit lada hitan dan putih.
9. Akhir sekali tutup dengan kepingan roti kedua. Ulang langkah yang sama untuk 2 keping lagi roti.
10. Balut kemas dengan plastik wrap, kemudian potong bahagian tengah roti.sedia dihidang. Selamat mencuba.
3. Resepi Fettuccini Carbonara Dengan Bebola daging
Bahan - Bahan
Sedikit minyak masak
Bahan-bahan A
1 pek Fettuccine (400gm). (Kimball)
Bahan-bahan B
7 keping keju cheddar
Garam
Sedikit minyak masak
3 ulas bawang putih yang dihiris
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu keju parmesan
1 mangkuk ayam yang sudah dipotong kiub
1 kotak susu full cream (1 liter) (Dutch Lady)
Sedikit daun sup untuk hiasan
1 mangkuk bebola daging yang telah direbus
Serbuk lada hitam (sedikit kasar)
Sedikit garam
Cara - Cara
Bahan A
1. Rendam sekejap Fettuccine. Masak air sehingga mendidih.2. Masukkan sedikit garam, sedikit minyak dan 1 pek Fettuccine.3. Masak sehingga pasta kenyal. Tidak terlalu lembut kerana kita akan panaskan semula nanti.
Bahan B
1. Guna sedikit minyak masak untuk menumis. Jangan guna minyak zaitun supaya rasanya tak muak.
2. Tumis bawang putih sehingga harum baunya. Jangan sampai hangus ya.
3. Kemudian, masukkan tepung gandum dan goreng.
4. Masukkan ayam dan kacau. Tunggu hingga ayam masak.
5. Masukkan susu. Kena sentiasa kacau. Jangan tinggalkan masakan.
6. Kemudian, masukkan garam dan serbuk lada hitam.
7. Padamkan api. Baru masukkan Fettuccine dan gaul rata.
8. Letakkan keju cheddar dan keju parmesan dan kacau sebentar. Jangan letak banyak sangat keju untuk elak rasa muak. Pasta dah siap.
9. Biasanya, kalau pasta ini, letak pepperoni. Tapi, kita cipta kelainan, dengan menghidangkannya dengan bebola daging.
10. Hiaskan dengan daun sup. Kalau suka boleh juga ganti dengan daun parsley. Banyak mana? Suka hati ya. Selamat mencuba.
4. Resepi Cheese Baked Meatball Mudah
Bahan - Bahan
15 biji Meatball (Cikna guna jenama Tesco)
1 mangkuk Cendawan Butang (Cikna guna cendawan bunashimeji)
1/2 biji Bawang Holland (potong dadu)
5 sudu besar Sos Pasta Asli
5 sudu besar Sos Speghetti Ayam Cendawan
1 sudu besar Italian Herbs
Cheddar Cheese
Mozarella Cheese
Minyak Zaitun utk menumis
Cara - cara
1. Panaskan sedikit minyak & tumis bawang holland hingga sedikit layu.
2. Masukkan meatball & goreng sebentar. Kemudian masukkan cendawan. Gaul rata.
3. Masukkan sos pasta asli, sos speghetti ayam cendawan & italian herbs. Kacau rata & biar mendidih sebentar. Boleh perasakan dengan garam & gula secukupnya jika suka.
4. Masukkan meatbal yg telah siap masak ke dalam bekas tahan panas (utk bakar dalam oven). Tabur cheddar & mozarella cheese di atas.
5. Panaskan oven 150°. Kemudian bakar meatball selama 10 minit atau hingga cheese cair. Setelah itu keluarkan dari oven dan sedia untuk dihidangkan.
5. Resepi Cheese Bite Pizza Pepperoni Dan Meatball
Bahan - Bahan
400 gm Tepung gandum
2 sudu teh Yis segera
1 sudu teh Garam halus
2 sudu teh Gula pasir
3 sudu besar Minyak Zaitun/Minyak sayur
225 ml Air panas
Untuk Topping
Secukup rasa Sos pizza
Secukup rasa Keju Mozarella diparut
Secukup rasa Keju Cheddar diparut
Secukup rasa Keju Parmesan diparut
Secukup rasa Pepperoni Ayam/Daging
Secukup rasa Bebola daging
Secukup rasa Keju Cheddar dipotong panjang 2-3 Cm
Secukup rasa Oregano
Secukup rasa Parsli
Secukup rasa Minyak zaitun
Cara - Cara
1. Masukkan tepung yang sudah diayak ke dalam bekas/mangkuk adunan, masukkan yis, gula pasir dan garam, gaul rata. Masukkan air dan minyak gaul rata.
2. Uli adunan selama 10 minit, sehingga elastik dan tidak melekat.
3. Bulatkan adunan, sapukan permukaannya dengan sedikit minyak.
4. Tutupkan dengan pembalut plastik.
5. Rehatkan adunan selama 45-60 minit, sehingga mengembang 2 kali ganda. Selepas mengembang, tumbukkan adunan, uli lagi selama 2 minit.
6. Bulatkan adunan dan timbang. Potong adunan menjadi 2, dan gelek adunan dengan pin rolling/botol (ikutkan saiz loyang masing-masing).
7. Loyang disapu dengan sedikit minyak. ( guna loyang pizza bersaiz 34 cm ) letakkan adunan pizza dan ratakan, gunting bahagian sisinya agak-agak 2 cm, letakkan sepotong Keju Cheddar, tutup dan lipat dengan rapi.
8. Cucuk-cucuk dengan menggunakan garpu pada bahagian tengan adunan, sapukan dengan minyak zaitun letakkan dan ratakan sos pizza di bahagian tengahnya.
9. Taburkan parutan keju Mozzarella, Cheddar, dan Parmesan. Susunkan pepperoni dan bebola daging. Taburkan oregano dan pasli.
10. Panaskan ketuhar selama 10 minit pada suhu 170 darjah Celsius, bakar pizza selama 20-30 minit (bergantung kepada ketuhar masing-masing).
11. Cheese bite PIZZA Pepperoni & Meatball sedia untuk dihidangkan. Abaikan bentuk lipatan yang tidak begitu sempurna ya. Selamat Mencuba.
6. Resepi Sup Sayuran Bersama Bebola Daging
Bahan - Bahan
1 labu bawang holand
2 ulas bawang putih
10 biji bebola daging
1 batang sedari
1/2 biji tomato
1/2 batang carrot
1 biji kentang
1 sudu sos tomato
1 sudu kecil chilli flakes
Sedikit taugeh hijau
Garam
Daun basil kering
1 batang jagung
1/2 kiub daging
Cara - Cara
1. Bawang holand dan sayuran dipotong dadu.
2. Bawang ditumis hingga naik wangi dan masukkan bebola daging. Agak - agak daging dah layu tambah air dalam kuali. Masukkan sos tomato, kiub daging dan chilli flake.
3. Selepas tu, masukkan semua sayuran yang dipotong dadu dan biarkan dia mendidih. Bolehlah dihidang untuk santapan. Taburkan basil sedikit untuk penambah rasa.
7. Resepi Aglio Olio Dengan Bebola Daging Blackpepper
Bahan - Bahan
1 bungkus spageti
2 ulas bawang putih
Cili benggala
Tomato
Udang
Cendawan dalam tin
2 kiub pati ayam
Lada hitam
Cili flakes
Parsley flakes
Resepi meatball blackpepper
40 gm cili kisar
2 biji bawang besar*
5 ulas bawang putih*
2 batang serai*
Sos blackpaper
Rosemary flakes
Paprika
Sos tiram
Gula
Kicap manis
Whipping atau fresh milk
1 cawan minyak untuk menumis
Meatball secukupnya
Cara - Cara
1. Sediakan sos dahulu. Kisar bahan bertanda * dengan minyak gaul semua bahan resepi black paper. Ambil sedikit dan perap bersama meatball 1 jam. Kemudian grill hingga kering air. Lebihan tadi buat kuah. Tumis bawang putih masukkan sos tadi tambah susu fresh milk. Tambah air (ikut kepekatan kita). Masak hingga mendidih ketepikan.
2. Resepi aglio olio. Rebus spageti dengan sedikit minyak zaitun hingga masak. Tumis bawang putih hingga garing, masukkan udang, kiub ayam tambah air. Masukkan serbuk lada, chili flakes, parsley, cendawan tin ,cili benggala yang dipotong halus dan spageti. Kacau hingga masak, jika kurang masin boleh tambah sedikit garam. Siap untuk dihidangkan.
8. Resepi Bakso Mudah Dan Sedap
Cara - Cara
1 kg Tulang Lembu
30 biji Bebola Daging (Pentol)
1/2 cawan Minyak Masak
Garam (sukatan ikut selera)
1 Sup Bunjut
Sedikit Serbuk Perisa
Secubit Gula
Daun Sup (dipotong halus)
Daun Bawang (dipotong halus)
Bawang Goreng
Kicap jenama ABC
Bahan Kisar
2 inci Lengkuas
1 inci Halia
1 inci Kunyit Hidup
4 batang Serai (potong nipis)
10 ulas Bawang Putih
20 biji Bawang Kecil
10 tangkai Cili Api Hijau
10 tangkai Cili Api Merah
2 sudu besar Lada Putih
2 biji Buah Keras
2 ibu jari Belacan
Bahan Sambal (campurkan semua)
10 tangkai Cili Api Hijau (kisar kering)
10 tangkai Cili Api Merah (kisar kering)
1 sudu Cuka
2 sudu Air
Bahan Hidangan (boleh pilih ikut selera)
1 peket Bihun (rendam & celur) atau
2 peket Mee Kuning (dibasuh) atau
Nasi Putih atau
Nasi Himpit/Ketupat Nasi
Cara - Cara
1. Rebus Tulang sehingga isi dagingnya lembut.
2. Sambil itu rendam dahulu ke semua bahan untuk kisar dengan air selama 20-30 minit.
3. Selepas direndam, kisar kesemua bahan-bahan tersebut.
4. Setelah tulang yang direbus telah lembut. Panaskan minyak masak.
5. Tumis bahan-bahan kisar sehingga air bahan kisar kering. Sentiasa kacau.
6. Masukkan kesemua bahan tumis didalam rebusan tulang tadi.
7. Masukkan bebola daging, Garam, serbuk perisa dan gula. Gaul seketika dan tutup api. Siap.
8. Untuk hidangan boleh ikut selera masing-masing nak makan dengan Bihun, Mee, Nasi Putih atau Nasi Himpit atau Ketupat Nasi. Taburkan daun bawang, daun sup, bawang goreng dan Kicap ABC (jika mahu). Kicap ABC lebih rasa lemak. Jika tiada boleh guna kicap manis. Bagi menambah tahap kepedasan boleh tambah dengan cili api hijau dan merah yang dikisar kering.
9. Resepi Mee Ayam Cendawan Rica - Rica ( Rica - Rica Maksudnya Pedas Berempah )
Bahan - Bahan
500 gm Spinach Ramen noodles
500 gm si Ayam dipotong kecil
1 Tin cendawan di buang airnya
Secukupnya sawi jepun atau awi biasa
100 gm tomato merah di cincang
Secukupnya Minyak Ayam Bawang Putih
Secukupnya Bebola Daging/Bakso
Secukupnya Air Kaldu Ayam
1 tangkai daun bawang bagian putih
2 Helai Daun Salam
5-7 Helai Daun Jeruk
15 gm Lengkuas di ketuk
1 batang Serai di titik dan disimpul
3 Sudu besar Kicap Manis ABC
4 Sudu besar Sos Oyster
1 Sudu kecil Garam
1 Sudu kecil Serbuk Pati Ayam
250 ml Air
Bahan Untuk Bumbu Kisar
50 gm Cili Merah
20 gm Cili Padi
50 gm Bawang Merah
20 gm Bawang putih
10 gm Halia
1 Sdk Biji Ketumbar sangrai
10 gm Buah Keras di Sangai
Bahan - Bahan Pelengkap
Hirisan daun bawang
Bawang goreng
Acar timun
Keropok
Bahan Untuk Hiasan
Hirisan cili merah
Cara - Cara
1. Hiris cendawan. Ketepikan.
2. Kisarkan semua Bumbu halus.
3. Panaskan minyak ayam bawang putih, tumiskan batang daun bawang, masukkan bumbu kisar, serai, daun salam,daun limau dan lengkuas. Tumiskan Bumbu hingga terbit minyak.
3. Masukan ayam, kacau sebati dan masak ayam sebentar.
4. Masukan cendawan, Tomato, Sos Oyster, Kicap manis, garam dan serbuk pati ayam. Tuangkan air, gaulkan dan masak hingga ayam lembut.
5. Panaskan air Kaldu Ayam, Masukkan Bebola Daging, Daun Bawang, garam, dan lada sulah atau black pepper,masak sampai mendidih.
6. Rebus mee dalam air mendidih selama 2-3 Minit angkat dan toskan.
7. Cara menghidang : Siapkan mangkuk,masukan 1 Sudu besar minyak Ayam Bawang Putih, sedikit. Masukkan lada sulah atau black pepper,dan sedikit garam(Optional), Masukkan mee, gaulkan.
8. Masukan ayam cendawan rica-rica, sawi yang di rebus sebentar, taburkan dengan bawang goreng, dan hirisan daun bawang. Hidangkan bersama pelengkap lainnya.
9. Mee ayam cendawan rica-rica Siap untuk di hidang. Selamat mencuba.
10. Resepi Mee Ayam Terer Dengan Bebola Daging Mudah
Bahan - Bahan
500 gm Mee Ramen segar/ Wonton noodles
Secukupnya Sawi
500 gm Ayam (Ambil isi sahaja,tulang untuk buat kaldu)
700 ml Air Kaldu
1 Sudu besar Pes Bawang Putih (4 Ulas Bawang Putih haluskan)
Secukup rasa garam
Secukup rasa serbuk pati ayam
1/2 Sudu kecil lada putih
Secukup bebola daging (Optional)
1 Batang Daun bawang
Secukup Minyak Sayur untuk menumis
1 Batang Serai di ketuk
10 gm Lengkuas di ketuk
2 Helai Daun Salam
5 Helai Daun Limau
2 Sudu besar kicap Manis
Secukup rasa Garam
Secukup rasa serbuk Pati Ayam
1/4 Sudu kecil lada putih
Bahan Kisar untuk ayam Kicap
20 gm Bawang Putih
40 gm Bawang Merah kecik
10 gm Buah Keras di Sangai
1 Sudu kecil serbuk Ketumbar
5 gm Kunyit bakar
10 gm Halia
Bahan Pelengkap
Bawang goreng
Hirisan daun bawang
Sos cili
Sambal Cili api
Minyak Ayam Bawang Putih
Keropok
Cara - cara
1. Kisarkan dengan sedikit air, hingga halus.
2. Panaskan Minyak Sayur, Tumiskan bahan Kisar, masukan Serai, lengkuas, daun salam dan Daun Limau.
3. Masukan garam, serbuk pati ayam,lada putih Kicap manis.
4. Gaulkan semua hingga sebati dan masak sampai ayam lembut. Angkat dan ketepikan Ayam Kicap.
5. Panaskan sedikit minyak, tumiskan pes bawang putih, kemudian masukkan Kedalam Air Kaldu (Air rebusan tulang ayam), tambahkan garam, serbuk Pati Ayam.
6. Masukan Bebola daging, dan lada putih.rebus hingga mendidih.
7. Terakhir masukkan potongan daun bawang.
8. Penyediaan, Rebus Wonton Noodles hingga lembut, angkat dan toskan masukan mee ke dalam mangkuk, tambahkan dengan 1 Sudu besar Minyak Ayam Bawang Putih, gaulkan sebati. Rebus sebentar sawi, angkat dan letakan di atas MEE, tuangkan sedikit air Kaldu, tambahkan dengan Ayam Kicap, tambahkan Sos Cili,sambal Cili api, taburkan bawang goreng dan hirisan daun bawang. Hidangkan mee Ayam dengan Kuah dan Bebola Daging dan juga Keropok.
11. Resepi Sup Daging Ala Bakso
Bahan - Bahan
1 kilo daging (direbus)
Selabu bawang putih
Sebiji bawang merah
1 inci halia
Sup bunjut tulang
4 sekawan (pelaga, bunga.lawang, kayu manis, cengkih)
2 ketul kiub daging
Air
Minyak untuk menumis
Bahan bebola daging
500 gm daging kisar
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang merah
1 sk lada sulah
25 gm tepung ubi
Garam & perasa
Cara - Cara
1. Sediakan bahan bahan. Daging dibasuh dan direbus hingga empuk. Sup bunjut dibuka, ambil isi dalam dan kisar bersama bawang dan halia. Panaskan minyak dan tumis 4 sekawan.
2. Masukkan bahan kisaran. Kacau hingga naik bau. Masukkan air rebusan daging dan kiub lembu. Perasakan sup.
3. Sementara itu, mari sediakan bebola daging atau pentol (dalam bahasa indonesia). Sediakan bahan bahan. Bawang ditumbuk halus. Campurkan kesemua sekali dan gaul. Bulat-bulatkan.
4. Rebus air. Bila mendidih, masukkan bebola daging. Apabila ia timbul bermakna bebola daging sudah masak.
5. Daging yang telah direbus awal tadi, dipotong memanjang. Sup daging dah siap. Sup daging ini boleh dimakan besama bihun atau nasi impit.
12. Resepi Laksa Ala Thai Dengan Bebola Daging Berkeju
Baha - Bahan
Bahan - Bahan Untuk Kuah Laksa
1/2 periuk lebihan kuah laksa penang/utara
1 batang serai
2 helai daun limau purut
1 kotak santan
1 cawan air
1/2 sudu serbuk kunyit
Secubit garam
1 sudu kerisik
Bahan - Bahan Untuk Bebola Daging
1/2 paket atau 200 gram daging cincang
2 biji bawang merah dicincang
2 biji bawang putih dicincang
Secubit garam
Secubit gula
Secubit serbuk lada hitam
Secubit serbuk lada putih
Sebiji telur
3 sudu tepung gandum
Segenggam keju cheddar parut
Sepiring keju mozarela parut
Bahan - Bahan Untuk Laksa
1 bungkus laksa kering
1 periuk air
Cara - cara
1. Didihkan lebihan kuah laksa utara. lebihan kuah ini dalam anggaran setengah periuk saiz sederhana. Masukkan serai dan daun limau purut.
2. Masukkan sekotak santan, serbuk kunyit dan secawan air.
3. Masukkan secubit garam dan sesudu kerisik.
4. Didihkan dan kacau hingga kuah masak.
5. Untuk bebola daging, satukan bawang merah,bawang putih, serbuk lada hitam dan lada putih, garam, gula, keju cheddar dan telur.
6. Gaul sebati dan bentukkan menjadi bebola kecil
7. Goreng bebola daging pada tahap api sederhana kecil. Angkat dan toskan.
8. Rebus laksa dengan air yang banyak sehingga laksa lembut. Setelah masak,toskan dan siram dengan air supaya tidak melekat.
9. Laksa sedia dihidang bersama ulam-ulaman seperti timun,daun salad,cili padi,dan daun pudina. Bebola daging terus ditabur keju mozarella ketika masih panas. Selamat mencuba.
13. Resepi Bebola Daging Ala Net
Bahan - Bahan
Untuk Bebola Daging
400 gm daging cincang
1 cawan serbuk roti
1/4 cawan susu
1/4 cawan bawang merah
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu sos worcestershire
1/4 sudu teh lada hitam
1 biji telur
1 sudu besar daun Parsley atau daun sup
Untuk sos atau kuah
4 biji buah tomato (potong dadu)
4 biji bawang besar (potong dadu)
1 cawan cendawan (mayang nipis)
1 1/2 cawan tomato puri
3 ulas bawang putih (cincang halus)
2 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar jintan putih (ditumbuk)
2 sudu teh Garam/ secukup rasa
2 helai daun Bay
Cara - Cara
Bahan-bahan untuk bebola daging
1. Campurkan semua bahan-bahan hingga sebati. Masukkan serbuk Paparika & sedikit hirisan daun Parsley atau daun sup.
2. Bulat - bulat kan adunan, kemudian dibakar selama 18-20 minit.
Sos atau kuah : Tumis bawang besar, masok buat tomato, bawang putih. Kemudian masokkn cendawan.
Masukkan serbuk lada hitam, serbuk jintan dan garam secukup nya. Masukkan sos tomato dan akhir sekali Daun Bay. Renehkan dalam 20 minit hingga kuah menjadi sefikit pekat.
14. Resepi Spagheti Bebola Daging Dalam Cawan
Bahan - Bahan
600 gm Sos Marinara Buatan Sendiri atau beli yang dah siap
250 gm Bebola daging
250 gm Spaghetti
2 liter Air (untuk merebus spaghetti)
1 sudu teh Garam
2 sudu besar Minyak
100 gm Keju Parmesan
100 gm Keju Mozarella
2 biji Telur (dipukul)
2 sudu teh Lada hitam ditumbuk kasar
1 sudu teh Stok ayam
1/2 sudu teh Lada Cayenne
Cara- Cara
1. Rebuskan air, garam, dan minyak, sehingga mendidih. Selepas itu masukkan spaghetti, rebus selama 10-15 minit sehingga lembut.
2. Toskan spaghetti dan siram dengan air sejuk. Ketepikan.
3. Masukkan ke dalam sauce pan/kuali, 300 gm sos MARINARA, stok ayam, 1 sudu kecil lada hitam, dan bebola daging.
4. Kacau rata sehingga mendidih (kalau terlalu pekat boleh tambahkan sedikit air). Masukkan 1/2 sudu kecil ladal Cayenne, gaul rata. Ketepikan.
5. Masukkan ke dalam mangkuk adunan, spaghetti, keju Parmesan, telur yang dipukul, 300 gm so Marinara.
6. Masukkan 1 sudu kecil lada hitam, keju Mozzarella, gaul sehingga rata (boleh tambahkan sedikit garam, kalau rasa kurang masin.
7. Sapukan mentega/marjerin pada acuan muffin, kemudian masukkan spaghetti ke dalamnya dan buatkan lubang kecil di tengahnya dan bakar dalam ketuhar selama 15 minit pada suhu 200 darjah Celsius.
8. Keluarkan spaghetti cup, letakkan bebola daging di tengahnya, taburkan sedikit keju parut di atasnya. SPAGHETTI BEBOLA DAGING sedia untuk dihidangkan.
15. Resepi Mee Goreng Kari Meatball
Bahan - Bahan
1 bungkus mee kari Maggi
1/2 periuk air untuk mencelur mee
1 senduk air
1 sudu kecil serbuk lada hitam Maggi
3 ulas bawang putih
1 biji cili hijau Hiasan Hiasan Hiasan
2 tangkai daun sup
Minyak untuk mengoreng dan menumis
Bawang goreng
Cara - Cara
1. Didihkan air dan celur mee lalu toskan. Panaskan minyak dan goreng meatball. Ketepikan meatball.
2. Panaskan minyak untuk menumis bawang putih, cili hijau, serbuk kari Maggi dan serbuk lada hitam Maggi. Tambahkan air dan masukkan mee serta daun sup lalu gaul rata.
3. Masukkan meatball dan gaul rata. Lalu taburkan bawang goreng. Mee Goreng Kari Meatball siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba.
16. Resepi Makaroni Meatball Bites
Bahan Makaroni Bakar
1 cawan Macaroni
5 sudu Sos Pasta Asli / Tradisional
5 sudu Sos Pasta Berkrim Ayam Cendawan
5 biji Cili Padi (cincang halus)
2 biji Telur
Mozarella Cheese
Cheddar Cheese
Bahan Meatball
15 biji Meatball
1 sudu besar Sos BBQ
1 sudu besar Sos Lada Hitam
1 sudu besar Sos Cili
1 sudu besar Sos Cili Thai
Hiasan
Italian Herbs
Parsley
Cara - Cara
1. Macaroni Bakar : Didihkan air & rebus macaroni hingga lembut. Panaskan juga oven dengan suhu 150°.
2. Setelah makaroni lembut, angkat & toskan lebihan air. Letak dalam bekas & gaulkan macaroni dengan semua bahan2 makaroni bakar yang lain.
3. Griskan loyang dengan sedikit mentega. Kemudian letakkan makaroni dalam loyang hingga penuh. Buatkan sedikit lubang di tengah makaroni untuk letak meatball nanti. Kemudian bakar dalam oven yang telah dipanaskan tadi 20 minit atau hingga masak.
4. Meatball : Sementara tunggu makaroni masak, panaskan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan meatball. Goreng sekejap.
5. Masukkan semua sos ke dalam meatball dan gaul rata. Biar sos kering sedikit dan menyaluti meatball.
6. Keluarkan makaroni dari loyang, letakkan ke dalam pinggan. Kemudian ambil sebiji meatball dan letakkan di atas makaroni. Tabur sedikit italian herbs dan hiaskan dengan sedikit parsley. Ulang langkah hingga makaroni dan meatball habis.
7. Makaroni Meatball Bites sedia dihidangkan.
17. Resepi Meatball Carbonara Cheese Mudah
Bahan - Bahan
1 peket bebola daging
1 tin sos prego carbonara mushroom
1 botol susu segar pure farm dutchlady
Mozarella cheese atau cheesedale
Serbuk lada hitam
Bawang holland (hiris dadu)
Capsicum (hiris dadu)
Cara - Cara
1. Meatball dan bawang holland di goreng terlebih dahulu (guna minyak jagung atau olive oil). Hiris lada dan susun bahan goreng disetiap bekas.
2. Satukan susu dan carbonara mushroom,masak sehingga mendidih. Tuangkan carbonara dan tabur cheese diatas.
3. Bakar dalam suhu 180°c 10-15 minit.
18. Resepi Meatball Berlado Mudah Dan Sedap
Bahan - Bahan
7 biji Meatball (belah 4)
2 biji Cili Merah *
3 biji Cili Padi *
1/2 biji Bawang Holland * (saiz kecil)
1-2 ulas Bawang Putih *
1 inci Belacan *
1 sudu kecil Sos Tiram
1-2 sudu kecil Gula
1/2 sudu kecil Garam
1 sudu besar Minyak Masak (untuk menumis)
Cara - Cara
1. Kisar kasar bahan bertanda *.
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
3. Masukkan meatball, goreng sebentar kemudian masukkan sos tiram dan perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Siap untuk dihidangkan.
19. Resepi Mee Bebola Daging Bunga Telang
Bahan - Bahan
1 kg Mee Telur Bunga Telang
400 gm Daging Lembu setengah beku dipotong dadu
40 gm Tepung Sagu
60 gm Ais batu
1 biji Telur putih
3 ulas Bawang merah goreng
3 ulas Bawang putih goreng
1/2 sudu teh Lada
1/2 sudu teh Lada hitam
Secukup rasa Garam
Secukup rasa Serbuk ayam
Secukup rasa Air panas untuk merendam Bebola daging
Secukup rasa Ais untuk merendam bebola daging
Secukup rasa Siew mai goreng
Secukup rasa Tauge
Untuk Kuah Bakso
2 1/2 liter Pati lembu
Secukup rasa Garam
Secukup rasa Serbuk ayam
1 sudu teh Lada
Bumbu Dikisar
5 ulas Bawang Merah goreng dikisar
5 ulas Bawang putih goreng dikisar
5 batang Daun Saderi
3 batang Daun bawang
Pelengkap
Bawang goreng
Hirisan
Daun Saderi
Sambal cili padi
Kicap manis
Sos cili
Limau nipis/Cuka
Cara - cara
1. Untuk membuat Bebola Daging: Lumatkan daging dan ais dengan menggunakan food processor sehingga halus, kemudian masukkan telur putih, tepung sagu, bawang putih goreng, bawang merah goreng, garam, lada, lada hitam dan serbuk ayam, kemudian haluskan lagi sehingga bercampur dengan sebati dan halus.
2. Pindahkan adunan bebola daging ke dalam mangkuk, bebola daging dibentuk bulat dengan cara mengambil segenggam adunan kemudian ditekan-tekan dan keluarkan dari celah ibu jari dan jari telunjuk, sehingga keluar bulatan, kemudian dipotong dengan sudu.
3. Masukkan bebola daging ke dalam periuk berisi air panas, bentukkan bebola daging sehingga habis. Jika air periuk sudah mula sejuk, nyalakan api kecil, setelah bebola daging terapung, keluarkan bebola daging dan rendamkan di dalam mangkuk yang berisi ais untuk menghentikan proses masakan, supaya bebola daging menjadi kenyal.
4. Kuah bebola daging: Kisarkan bumbu halus ketepikan. Rebuskan pati lembu, masukkan bumbu yang dikisar, garam, serbuk ayam, dan lada, check rasa, dan masukkan bebola daging.
5. Penghidangan: Celup untuk seketika ke dalam air mendidih, mee, dan tauge, kemudian tuangkan ke dalam mangkuk hidangan, siramkan kuah bebola daging dan masukkan bebola daging, siew mai goreng, taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun saderi, hidangkan dengan sambal cili padi, sos cili, kicap, dan perahan limau nipis di atasnya.
6. Mee bebola daging bunga telang sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.
20. Resepi Spageti Meatball O Lala
Bahan - Bahan
200 gm spageti Angel hair atau spageti jenis kesukaan anda
1 biji bawang Holland dicincang
5 ulas bawang putih dicincang
100 gm tomato dalam tin
100 ml stok sayuran atau stok daging
1 biji lada benggala kuning dipotong memanjang
5 biji tomato ceri dibelah dua
Mixed herbs secukup rasa
Serbuk lada hitam secukup rasa
Garam secukup rasa
Air untuk merebus spageti
Minyak zaitun untuk menumis
Bahan Bebola Daging:
200 gm daging kisar
1 ulas bawang putih dicincang
1 tangkai daun parsli dicincang kasar
Mixed herb secukupnya (gabungan oregano, parsli, thyme)
Garam secukup rasa
Minyak zaitun untuk menggril
Cara - Cara
1. Kita mulakan dengan membuat bebola daging terlebih dahulu. Satukan kesemua bahan di dalam mangkuk. Bulat-bulatkan bebola daging mengikut saiz kesukaan anda.
2. Perap bebola daging selama 30 minit. Kemudian panaskan sedikit minyak zaitun di dalam pan. Gril bebola daging sehingga masak sempurna. Ketepikan.
3. Didihkan air di dalam periuk. Masukkan secubit garam dan sedikit minyak zaitun. Setelah itu, masukkan spageti. Biarkan ia masak selama lebih kurang 7 - 10 minit atau sehingga Al dente. Angkat dan tos. Ketepikan.
3. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang Holland dan bawang putih sehingga garing.
4. Masukkan tomato dalam tin, stok sayuran, mixed herb, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Gaul sebati.
5. Kemudian, masukkan pula bebola daging tadi. Kacau rata. Setelah itu, masukkan spageti. Kaup balikkan hingga sebati dengan bahan lain.
6. Akhir sekali, masukkan lada benggala dan tomato ceri. Gaul seketika. Sedia untuk dinikmati.
21. Resepi Martabak Telur Mini Bebola Daging Mudah
Bahan - Bahan
3 biji Bebola daging dipotong dadu kecil-kecil
6 tangkai Daun bawang dipotong saiz sederhana
2 tangkai daun sup
3 biji Telur ayam
2 sudu teh Serbuk lada
1 sudu besar Serbuk bawang putih (atau digantikan dengan 2 bawang putih ditumbuk halus)
Secukup rasa Garam
Kulit popiah segera
Cara - Cara
1. Campurkan bebola daging potong (atau boleh digantikan dengan ayam atau daging kisar), daun bawang, daun sup, serbuk lada, serbuk bawang putih, garam dan telur.. kacau hingga sebati.
2. Masukkan isi ke dalam kulit popiah.
3. Goreng sehingga keemasan, hidangkan dengan sambal botol atau cili padi.
Sekiranya kalian nak berkongsi apa - apa resepi dan bertemu rakan - rakan alam maya yang suka masak - masak, kalian boleh ke laman web https://cookpad.com/my . Untuk pelbagai carian resepi bebola daging boleh di Sini.Terima kasih sudi singgah blog sis. Pelbagai resepi menarik di blog boleh search kat carian ya.
Baca sini : Resepi Aneka Masakan Ayam Mudah Dan Sedap
Baca sini : Resepi Aneka Masakan Daging Mudah Dan Sedap

Waalaikumussalam. Wah banyak sangat menu yg boleh dimasak 😍
ReplyDeleteMenarik entry wani.. bnyk idea masakan guna bebola daging..
ReplyDeletePost a Comment