Lirik Lagu Sikasih - Abam Bocey Tinggalkan Untuk Peminat

Lirik Lagu Sikasih - Abam Bocey Tinggalkan Untuk Peminat | Salam semua, sejak pemergian pelawak terkenal, Abam atau nama yang sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan. Juga ahli kumpulan Bocey, sampai sekarang tak putus - putus buka mana - mana sosial media, mesti ada cerita pasal arwah yang lalu - lalang. Sis bila tahu Abam dah tak ada, terkejut la jugak, macam tak percaya.

Lirik Lagu Sikasih - Abam Bocey Tinggalkan Untuk Peminat

Bila sis dengar cerita - cerita kebaikan yang Abam pernah buat semasa hayat hidupnya, lagi sis sebak. Ya Allah, patutlah ramai yang solat jenazah arwah Abam. Tak putus juga ramai Ustaz sentiasa sebut nama arwah kat Youtube, Ustaz Ebit Liew, Ustaz Kazim Elias, PU Rahmat. Kalian cubalah tonton kat Youtube. Ramainya orang baik - baik mendoakan Abam, sampaikan ustaz pun petik nama arwah. Orang baik - baik ni Allah sayang.

Dua lagi ahli anggota kumpulan Bocey adalah Fad dan Achey. Mereka adalah sahabat paling rapat. Mereka lagi macam tidak dapat menerima kenyataan yang Abam dah tak ada.

Lagu Sikasih Untuk Peminat Abam Bocey 

Mula - mula sis tak perasan pun pasal lagu Sikasih. Sebab ternampak ada yang kongsi di facebook. Tertanya pula siapa Sikasih. Sis pergi intai instagram arwah, tapi dah privatekan. Sis ingatkan arwah ada channel youtube. Kemudian tengok pula di instagram Achey sendiri. Rupanya Sikasih tu tajuk lagu yang dinyanyikan oleh Abam sendiri. Allahuakbar.

Sedih dan sayu bila lihat anak kecil arwah. Wajah anak kecil yang tak tahu apa - apa. Sis tengok view di klip video tersebut dah lebih 2 juta lebih views dah selepas dipromosikan oleh Achey di instagram. Sis berulangkali dengar pun rasa tak tahan sebak gugur juga air mata ni. Maksud lirik lagu tersebut amat mendalam.


Lirik lagu Sikasih telah ditulis oleh Zimi dan Rongak. Sis ingat lagu ini lagu baru tahun ini, rupanya tak. Video lirik lagu Sikasih telah dimuatnaik di Youtube pada 22 Februari 2019. Dalam bait dalam lirik lagu tersebut ada satu rangkap sis terasa menusuk dalam kalbu sangat.

" Terputus sudah di antara kita, berbeza sudah dua dunia ". Bukan sis saja yang tersentuh ramai netizen lain yang tersentuh mendengar lagu ini setelah pemergian arwah. Setakat sis tengok kat Youtube komen dah lebih 7K. Di antara komen - komen di video lirik lagu Sikasih yang menyentuh perasaan.

Lirik Lagu Sikasih - Abam Bocey Tinggalkan Untuk Peminat

Kami sayang Abam
Abam hanya satu dan tiada ganti

Rehatlah Abam. Kami tahu Abam penat.
Abam dah tak sama dunia dengan kita. Dia dah dunia lain, dunia yang lebih indah. InsyaAllah kita akan bertemu dengan Abam suatu hari nanti. Sentiasa ingat pesan abam. #kitabaikramaisayang
Daripada menangis lebih baik kita memperbanyakkan doa untuk Abam insyaAllah Abam tenang di sana. Al fatihah.

Abam selamanya di hati kami.

Lirik Lagu Sikasih - Abam Bocey Tinggalkan Untuk Peminat

 Malaysian's sweetheart. Abam akan sentiasa dikenang. Semasa hidupnya dia menghiburkan, menyenangkan hati semua orang. Kepergiannya ditangisi ribuan orang. Kata - kata dan kebaikannya akan dijadikan contoh orang - orang insyaAllah semoga abam ditempatkan di antara para solihin, "kita baik ramai sayang".

Aku akan ingat kata - kata ini sampai mati, terima kasih diatas motivasi ini Abam, sebuah kepergian yang meningglkan luka yang mendalam terhadap kami semua, Abam bukan sahaja seorang pelawak, tapi dia insan yang sangat baik, Allah sayangkan dirinya, sebab itulah dia pergi dulu.

Segala kebaikanmu yang tak pernah ditunjuk terbongkar sedikit demi sedikit. Itulah janji Allah orang - orang solihin. Dia buat baik ramai sayang dia. Dia buat baik tanpa menunjuk - nunjuk tapi bila dia dah tak ada kebaikannya terbongkar.

Orang yang tak berapa kenal dia pun boleh menangis apatah lagi yang kenal dia. Mulia hatinya. Abam, kan ku kenang mu dalam doaku.

Lirik Lagu Sikasih - Abam Bocey Tinggalkan Untuk Peminat

Arwah Abam meninggalkan satu inspirasi buat diri ini, dengan tagline dia "kita baik ramai sayang". Dia mengutamakan ibunya dan keluarganya dan dia sangat rajin bersedekah serta berbuat kebajikan kepada semua orang.

Seperti saya yang baru berusia 20. Ayah saya sakit stroke dan saya merupakan seorang anak yang harus menampung kedua ibu bapaku. Jadinya setiap kata - kata abam akan saya ingat. "Utamakan keluarga dahulu". Itu yang saya harus ingat !

Terima kasih Abam ! Terima kasih buat segala - segalanya!. Semoga arwah Abam ditempatkan di kalangan orang - orang yang beriman hendaknya. Al Fatihah. Miss you Abam #kitabaikramaisayang.

Rata - rata komen ambil tagline Abam "kita baik ramai sayang" . Semua kebaikan yang arwah buat dijadikan inspirasi buat yang masih hidup.

Sis ni jarang nak kongsi lirik lagu dalam blog. Sebab makna lirik lagu Sikasih sangat mendalam. Sis kongsi di sini. Lebih lagi, lagu ini dah makin popular selepas arwah dah tak ada. Lagi sayu dan sebak bila mendengar suara Abam.

Lirik Lagu Sikasih 

Satu persatu telah pergi
Meninggalkan segala di miliki
Yang pasti sudah pun tertulis
Di mana mula kan berakhir

Kerapkali aku memerhati
Tiap kisah hidupmu ohh kekasih

Namun takkan mungkin
Ku Menjadi seperti dirimu
(Menjadi sepertimu)

Terputus sudah diantara kita
Berbeza sudah dua dunia
Tak pernah lupa apa yang kau kata
Kubawa bersama semat dijiwa

Namun takkan mungkin
Ku Menjadi seperti dirimu
(Menjadi sepertimu)

Terputus sudah diantara kita
Berbeza sudah dua dunia
Tak pernah lupa apa yang kau kata
Kubawa bersama semat dijiwa

Terputus sudah diantara kita
Berbeza sudah dua dunia
Tak pernah lupa apa yang kau kata
Kubawa bersama semat dijiwa

Video Klip Lagu Sikasih – Abam Bocey



Semoga arwah Abam ditempatkan ke dalam golongan orang - orang yang beriman dan soleh Salam takziah buat keluarga arwah Abam.

Sumber
1. Ohlirik.com
2. BH online

4 Comments

  1. Orang baik, semua sayang :')

    Macam tak percaya je abam dah tak ada.

    Walau tak pernah bersua muka tapi boleh nampak keikhlasan abam sebagai seorang anak, pencinta seni dll

    ReplyDelete
  2. Kehilangan dia mmg terasa.. semoga rohnya dicucuri rahmat..

    ReplyDelete
  3. #kitabaikramaisayang
    Memang ramai sayangkan arwah
    Lirik lagu pun menyentuh perasaan

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post