Resepi Nasi Goreng Mudah Guna Perencah Adabi | Sebut sahaja nasi goreng, kalau negara luar, memang mereka dah cakap rare dah nasi kena goreng, ke di Malaysia jerr yang ada nasi goreng ni .Macam - macam dah yang keluar jenis perencah nasi goreng di pasaran ni kan, Sis ni kurang sikit nak beli perencah nasi goreng, tapi beli ada beli la jugak sekali sekala. Dalam banyak - banyak perencah nasi goreng, perencah nasi goreng Adabi ni memang sedap jugak, ada yang serbuk kan, macam- macam pulak tu.
Dah lama beli, cuma hari tu kebetulan ada bunga kantan, terlintas nak goreng mudah dengan bunga kantan. Adabi produk yang dah lama, kan. Sekarang dah bermacam- macam produk. Adabi sekarang tengah popular di Instagram, ramai yang follow sebab hadiah mingguan selalu ada untuk contest masak - masak, siapa rajin nak join contest, silalah follow di official Instagram Adabi. Confirm memang tergoda tengok hadiah tu semua.
Perencah nasi goreng Adabi ni bukan kali pertama guna, dah banyak kali pun. Bunga kantan tengah musim dan rezeki ada orang nak bagi bunga kantan, banyak pulak tu bagi, kena fikirkan apa nak dimasak sebelum bunga kantan tak segar sebab lama - lama tengah tu memang cepat buruk kan.
Maka terhasillah resepi nasi goreng mudah bunga kantan dengan menggunakan perencah nasi goreng adabi. Kalau pandai nak kreatif dengan perencah nasi goreng ni, macam - macam lagi boleh buat.
Guna perencah nasi goreng dah secukup rasa tak perlu tambah garam dah dengan bau dari bunga kantan lagi lah bertambah nak makan, Kalau ada ulam lain dah jadi nasi goreng ulam dah, tapi ini jerr yang ada bunga kantan hii.
Jemput cuba resepi nasi goreng simple dan cepat. Walaupun macam- macam resepi yang melibatkan bunga kantan nak masak nasi goreng, ada perencah nasi goreng adabi lagi memudahkan kerja. Yang tak pandai masak nasi goreng automatik pandai. Asalkan ada sifat rajin sudah lah ya.
Resepi Nasi Goreng Mudah Guna Perencah Adabi
Bahan - bahan
3 ulas bawang putih
3 tangkai lada burung
1 paket perencah nasi goreng adabi @adabi_consumer
Hirisan isi ayam dan udang
4 cawan nasi putih
1 kuntum bunga kantan dihiris
Cara - cara
1. Bawang putih dan lada burung ditumbuk halus
2. Panaskan minyak sikit dan tumis bahan tumbuk
3. Kemudian masukkan hirisan ayam dan udang, kacau sampai masak
4. Masukkan 1 paket perencah nasi goreng adabi dan gaul rata
5.Masukkan nasi putih dan juga hirisan bunga kantan, gaul sampai kesemua sebati
6.Siap dan boleh hidangkan !
Nota : Garam tak perlu tambah dah secukup rasa tapi kalau terasa tawar letak lah garam ya.
Rajin nak ambil video masak - masak. Buat korang yang suka tonton kat youtube. Jemput subscribe channel sis ya. Terima kasih
Rajin nak ambil video masak - masak. Buat korang yang suka tonton kat youtube. Jemput subscribe channel sis ya. Terima kasih
aihh... sedapnya nasi goreng fav anak2 bunga kantan tu fav mak anak... hehe
ReplyDeleteso easy and looks so good too
ReplyDeleteterbaek.. sedap ni :)
ReplyDeletepeminat nasi goreng datang komen ke sini..heheh saya lah tu suka masak nasi goreng..wauu sedappnyaaa
ReplyDeletePost a Comment