Resepi Rendang Ayam Berkuah Mudah Tanpa Tumis

Resepi Rendang Ayam Berkuah Mudah Tanpa Tumis | Salam semua, nak buat rendang ayam adakah nak nanti Hari Raya ? Jawapannya tak, ke ada yang setuju eh. 

Tak musim raya pun buat juga dah teringin sangat kan. Lagipun rendang ayam mudah sahaja penyediaannya. 

Sebab itu sekali harung naik atas dapur. Selain daripada menu kuih raya, rendang ayam juga sinonim dengan Hari Raya mesti sebab penyediaannya yang mudah dan tak renyah sangat. 

Lagipun juadah di hari raya sebenarnya semua menu simple kan.

rendang ayam

Rendang ayam ni sis pasti ke semua negeri ada style masing - masing. Sis pun bukan cuba banyak resepi rendang ayam ni. 

Asyik melekat dengan rendang ayam Kelantan. Macam - macam resepi rendang ayam. Ada yang tumis ada yang tak. 

Sama ada tumis atau tak tu, terpulang atas selera masing - masing kan. Kalau bagi sis, belajar masak rendang dengan bonda la, siapa lagi kan. 

Kalau tanya bonda, daripada siapa dia belajar masak rendang ayam. Dia cakap dengan kawan.

Tapi sebelum itu, pelbagai jenis rendang ayam ni kan. Kalau sis larat sis nak cuba semua. 

Rendang bukan sahaja terhad untuk ayam sahaja malah ada yang menggunakan daging dan juga makanan laut seperti udang dan kerang.

Untuk resepi rendang ayam cara bonda sis buat ni, mungkin ada berbeza sikit lah. Kita tengok mak kita masak macam tu, macam tu lah kita ikut. 

Buat sesiapa nak ikut resepi rendang ayam cara macam ni boleh cuba ya.

Untuk video di bawah ini, sis guna periuk tekanan. Kalau kalian nak guna periuk biasa pun boleh.

Resepi rendang ayam Kelantan mudah sahaja sebab masak sekali harung. Cuma bonda sis ada tips tak nak bagi ayam ni hancur.

Masak atas dapur lama. Kalau mendidih lama lagi hancur ayam.

Kami kalau masak rendang ayam cara kami memang ada kuah, sebab tak suka kering, memang kami satu family nak kuah nak makan dengan nasi impit. 

Kalau kering, kuah nak makan dengan nasi apa. Tapi itu lah ikut style masing - masing ya. Boleh jer kalau kalian nak keringkan.

Rendang ayam simple sebab tak payah tumis. Ada yang tumis juga kan. Tapi yang versi ini tak tumis ya.


Resepi Rendang Ayam Kelantan Yang Mudah 


Bahan - Bahan 
Ayam dalam berat 1.5 kg
5 labu bawang merah besar*
2 inci lengkuas dihiris*
20 tangkai lada kering ( campur yang kerinting dan jenis lada kering yang besar jadi tak adalah pedas sangat )*
5 batang serai dihiris*
4 keping asam keping
1 keping gula melaka
6 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit dihiris ambil daunnya saja
Garam secukupnya  ( dah siap masak boleh suai rasa )
3 1/2  cawan santan ( atau kalau nak santan lebih boleh tambah )

Bahan yang bertanda * dikisar halus

Cara - Cara 
1. Ayam dibersihkan dan dipotong sederhana besar.
2. Untuk bahan kisar kena bahagi 2. Sediakan bekas besar dan masukkan separuh pertama bahan kisar serta masukkan garam. Kacau rata.
3. Masukkan ayam dan gaul rata. Perap sekejap.
4. Sediakan periuk, masukkan santan, separuh lagi bahan kisar dan asam keping.
5. Kacau dan tunggu santan mendidih sekejap, baru masukkan ayam yang telah diperap dengan bahan kisar tadi.
6. Kacau sekali sekala sehingga mendidih dan ayam pun dah mula kecut.
7. Masukkan gula melaka dan juga garam secukup rasa. Sebab garam bahan perapan dah letak.
8. Disebabkan rendang ayam ini nak berkuah, jadi tak keringkan sangat.
9. Masukkan kerisik dan juga daun kunyit.
10. Biarkan mereneh sehingga ke semua kuah mesra dan nampak pekat. Ayam pun dah masak.
11. Dah masak boleh suai rasa mak tambah garam dan gula melaka pun boleh lagi sebab masih panas.

Nota 
1. Kalau suka berkuah jangan keringkan sangat
2. Untuk santan kalau guna pati santan, tambah air sikit.

Tips Rendang Ayam Tak Hancur 

rendang ayam

Mesti kalian tertanya, kenapa ayam kena perap sekejap kan. Ikut petua bonda, ada sebab kenapa buat macam tu. 

Biasa, rendang ayam yang sis buat, buat malam nak makan esok pagi. Jadinya, dalam tengah hari dah siap perap ayam dengan bahan yang telah dikisar bersama dengan garam.

Lagi satu bila ayam diperap, rasa dan bahan perapan dalam ayam lagi terasa.

Kiranya, garam dah sebati dalam ayam. Simpan dalam peti sekejap ayam yang dah diperap dalam peti sebelum nak masak malam tu.

Sis pun tak tahu, mungkin ada orang suka makan ayam  yang sedikit hancur kan. Disebabkan mendidih lama atas dapur nak elak ayam hancur tu lah, bonda sis selalu buat macam ni. 

Pagi esok, panaskan lagi bila nak hidang.

Jadi, kalau kalian tak nak ayam hancur, buat lah macam tips yang sis bagi ni ya. Boleh baca kat resepi di atas.

Korang boleh juga cuba aneka resepi rendang daging atau pun resepi nasi dagang Kelantan untuk juadah hari raya nanti. 

Baca Juga : 

2 Comments

  1. waalaikumussalam. terima kasih atas perkongsian. lepas ni boleh lah cuba tips tu ^_^

    ReplyDelete
  2. tak reti nak masak rendang. bolehlah try resepi ni nanti..hehe ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post