44 Senarai Tempat Makan Menarik Di Kelantan Wajib Singgah

44 Senarai Tempat Makan Menarik Di Kelantan Wajib Singgah | Salam semua, buat korang yang suka jalan - jalan cari makan di mana - mana negeri. Sis nak kongsikan tempat makan menarik di Kelantan. Walaupun sis orang Kelantan, sis pun tak tahu banyak sangat tempat makan best di Kota Bharu. Banyak sangat tak sempat nak menjelajah. Negeri Kelantan memang terkenal dengan pelbagai makanan yang sedap dan unik.

Tempat makan menarik di Kelantan

Dan juga ada pengaruh makanan Siam. Kelantan kan bersempadan dengan Thailand.

Pelbagai kuih, nasi, kerabu Kelantan yang sentiasa menjadi perhatian orang dari luar Kelantan. Bukan orang luar sahaja, pelancong asing pun suka menikmati makanan di Kelantan. Buat kalian yang nak bercuti di Kelantan, sis rekomenkan senarai tempat makan menarik di Kelantan seperti di bawah.

Tak sangka banyak rupanya. Sis pergi pun berapa kerat jer. Kadang - kadang tiba - tiba viral pun kedai kat sini tak tahu pun. Orang lain yang tolong bagi tahu. Menyusahkan la siapa kawan dengan sis ni.

Untuk kalian yang nak datang Kelantan dan nak berjalan sekitar Kota Bharu, sis cadangkan 5 kedai makan yang best dan popular kat sini, kalian wajib pergi. Kedai makan tersebut adalah :

1. Nasi Ulam Cikgu
2. Kafe Hostel Pantai
3. Dynasty Grand Renai
4. Nasi Jarah Jangok
5. Acu Tera

Selain itu, yang senarai kedai makan paling best di Kota Bharu adalah seperti di bawah :

Senarai Tempat Makan Menarik Di Kelantan Yang Wajib Singgah 


1. Nasi Kerabu Kak Ma Cherang
2. KST Ikan Bakar Wakaf Che Yeh
3. Nasi Kerabu Pasir Pekan ( Nasi kerabu Azma Buka 5 petang )
4. Milo Tunggeng Pok Loh ( belakang Hotel Perdana )
5. Warung Sup Ikan Pok Mat ( Tea Beng Madu)

6. Gerai Nasi Kukus Dataran Cheng Ho
7. Maggi Telor Sotong Pengkalan Chepa
8. Nasi Gulai Daging Tepi Longkang Sekolah Kota Bharu buka 1.30 pagi sampai pagi
9. Kopitiam White House - malam ( Tepi Masjid Muhammadi)
10. Sotong Gelek Pintu Gerbang Al - Quran

11. Kopitiam Kita - Sarapan ( Roti Titab )
12. Kuey Teow Kerang Payo Purnamo
13. Nasi Kerabu Daging Bakar Sambal Kicap Salor
14. Cendol Pulut Tapai Bawah Pokok Wakaf Mek Zainab ( Pindah dah depan Flat Polis )
15. Mee Celup Tanjung Chat ( Kedai Abah Umi Abe )

16. Nasi Ayam Kampung Telipot Belakang Billion
17. Nasi Ayam Papik Depan Sek. Ahmad Maher
18. Warung Badik Badik (Mango Special) Review Semua Menu Satu Kedai
19. Nasi Kerabu Kambing Bakar Panji Buka Pagi ( Depan Caltex)
20. Suliza Perut Bulat Air Asam ( Depan IPK)

21. Maggi Belut Bukit Marak Bachok Kelantan
22. Nasi Kerabu Kambing Bakar Tepi Kondo Vista Kubang Kerian
23. Nasi Kerabu Kak Na Paya Bemban
24. Ayam Kampung Madu lorong tepi Billion. Kedai ke-2 Jalan Pasir Hor - Wakaf Che Yeh depan sikit Kedai Qiasatina menghala Wakaf Che Yeh.
25. Nasi Ayam Abe Din atas Bazar Buluh Kubu

26. Mee kangkung mat nor
27. Coconut Shake Moksu Pasir Mas
28. Meggi Ketam Cherang Ruku (Alimi Maggi Ketam)
29. Mee Pok Jen Kampung Joh Labok Machang
30. Nasi Ayam Cobek Wakaf bharu

31. Mee Celup Pok Leh Kube Batu.
32. Roti Paye tepi dobi sebelum Masjid Kubang Kerian. Tepi jalan besar depan Perodua Kubang Kerian.
33. Char Kuey Tiaw Taman Bendahara
34. Restoran Pohon Nako
35. Sup Belut Restoran tepi tali air

36.Restoran Syakilla depan Balai Islam Lundang ( lebih 30 jenis juadah )
37. Lido Corner ( nasi sup ayam bakar)
38. Chicken Chop dan masakan panas PK CORNER
39. Nasi Sumatera terbaik ( Restoran Hover )
40. Roti Tempayan Cheese Jalan Pasir Hor

41. Udang dan sotong celup tepung - Kedai Makan Acutera Pantai Sabak
42. Nasi Ulam Cikgu ( Kampung Karangkraf)
43. Nasi Abe Mie - depan Bank Islam Jalan Maju sebelum Billion
44. Nasi Kerabu CHE AWANG Salor

Kalau nak pergi ke semua tempat ni dalam masa 5 hari kalian bercuti memang tak sempat ni. Pilih lah yang paling popular dulu. Kat sini, kalau nak makan untuk sarapan pagi, pergi lah kedai makan mana- mana atau gerai mesti ada nasi kerabu. Orang Kelantan sarapan pagi makan nasi.

Jadi sila simpan dan nak cari tu kalian waze dulu siap - siap ya. Sempena tahun melawat Malaysia 2020 dan juga tahun melawat Kelantan. Boleh lah berjalan - jalan di sini. Banyak sini dalam senarai 44 tempat makan best di Kelantan. sempat ke kalian nak menjelajah. Kalau tak pun pilih yang paling viral. Tahun lepas, kedai makan viral di Kelantan di Cafe Hostel Pantai.

Cafe Hostel Pantai, sis dengar sampai tak cukup kerusi meja sebab ramai sangat yang datang nak cuba makanan di sana. Sis pernah makan kat situ pun tak puas makan. Artis - artis ramai yang turun makan sini. Dato Rizalman, Neelofa, influencer termasuk Syahmi Sazli. Siapa lagi eh tak ingat dah. Popular sungguh Kafe Hostel Pantai. Yang terbaru ini ada pasangan artis datang, siapa kenal ni. Kredit gambar dari pemilik kedai Suwarin Jinda.

Tempat makan menarik di Kelantan

Untuk review di Kafe Hostel Pantai, sis ada review nanti korang boleh klik link di bawah ya. Sekarang ini dah banyak pertambahan menu yang lain. Semua tu sis tengok kat pemilik facebook Kafe Hostel Pantan

Jemput datang melawat Kelantan ya, cuba lah menu sedap - sedap di sini. Semestinya air tangan orang Kelantan memang sedap "sengoti" ( sungguh ). Diharapkan dapat membantu buat yang tengah mencari kedai makan paling best di Kota Bharu.

Baca juga : Cafe Hostel Pantai Kedai Viral Menyediakan Menu Masakan Thai Original
Baca juga : Roti Titab Pilihan Setia Di Kopitiam Kita Kota Bharu



3 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post