Nestum ni banyak khasiat sebenarnya. Tapi apa salahnya kita pelbagaikan apa yang boleh dibuat dengan nestum. Sedap - sedap belaka semua resepi istimewa kali ini. Di antara resepi raya dari Nestum kali ini adalah :
1. Nuget Ayam Nestum
2. Popia Nestum Rangup Serunding
3. Truffle Coklat Nestum
4. Rempeyek Nestum
5. Milkshake Nestum
Untuk milkshake nestum tu nampak sedap, Boleh buat untuk minuman berbuka puasa. Rempeyek dan popia nestum rangup boleh buat untuk biskut raya. Popia nestum ni memang juadah yang sentiasa panas kalau nak sambutan raya. Tapi kali ini kelainan sebab ada serunding. Untuk peminat coklat, gabungan nestum dan coklat lagi sedap, boleh cuba truffle.
Makanan kegemaran kanak-kanak yang diubah suai agar lebih berkhasiat
Hidangan: Dapat 5 keping
Bahan - Bahan
350 g filet ayam
½ sudu teh garam
¼ sudu teh serbuk lada putih
1 cawan (60 g) NESTUM All Family Cereal Original
1 biji telur, dipukul
¼ cawan minyak untuk menggoreng
Cara - Cara
1. Potong filet ayam kepada 5 keping dan tambah perisa dengan garam dan lada. Tabur NESTUM atas pinggan atau dulang.
2. Ambil kepingan ayam dan celup di dalam telur, kemudian golek dalam NESTUM. Tepuk dan pastikan ayam bersalut penuh dengan NESTUM.
3. Panaskan minyak dengan api sederhana dan goreng nuget ayam sehingga perang keemasan (anggaran 5 minit setiap belah).
Panduan untuk membuat Popia NESTUM Rangup Serunding
Hidangan: Dapat 200 keping
Bahan Sapuan:
60 g mentega, lembutkan dalam suhu bilik
60 g Sos Cili MAGGI®
2 biji telur kuning
Inti:
60 g serunding daging atau ayam
60 g NESTUM All Family Cereal Original
1 sudu besar daun sup dicincang halus
10 keping kulit popia yang dinyah sejuk-beku
Tambahan 60g NESTUM All Family Cereal Original (untuk menyalut).
Cara - Cara
1. Campurkan mentega, Sos Cili MAGGI® dan telur kuning dalam mangkuk kecil. Kacau sehingga sebati supaya senang disapu atas kulit popia.
2. Untuk buat inti berempah, masukkan serunding di dalam pengisar elektrik sehingga teksturnya seperti serbuk roti. Kemudian campurkan dengan NESTUM dan daun sup cincang.
3. Lapiskan kulit popia dan potong dua (buat bentuk segi empat). Asingkan kulit popia tetapi tutup dengan tuala kecil lembap supaya lembut dan mudah digulung.
4. Sapu kulit popia dengan bahan sapuan menggunakan berus pastri. Kemudian taburkan 2 sudu besar NESTUM/serunding. Ratakan – tetapi biarkan 2cm di bahagian tepi kosong.
5. Gulung dan sapu kulit popia dengan bahan sapuan sebelum digolekkan dalam kepingan NESTUM sehingga bersalut rata.
6. Potong popia secara menyerong sepanjang 1 cm. Susun atas dulang pembakar beralas kertas pembakar. Bakar dalam ketuhar pada suhu (150°C) selama 15 – 20 minit atau sehingga rangup dan perang keemasan. Sejukkan sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Hidangkan Truffel sebagai buah tangan atau sebagai sajian selepas makan malam!
Hidangan: Anggaran 24 Truffel
Adunan Truffel
200 g coklat gelap, cincang kasar
100 g krim putar
2 biji telur kuning
30 g gula pasir halus
1/2 sudu teh ekstrak vanila
50 g biskut yang dipecah kasar (Marie atau Digestive)
40 g NESTUM All Family Cereal Original
30 g kurma kering, cincang halus
Bahan salut
1/4 cawan NESTUM All Family Cereal Original
1/4 cawan pistachio, badam dan walnut cincang halus
1/4 cawan serbuk koko
1/4 cawan walnut sprinkles
Cara - Cara
1. Masukkan coklat dan krim dalam mangkuk, cairkan (sama ada dalam ketuhar gelombang bersuhu ‘rendah’ atau letak mangkuk atas periuk berisi air panas). Kacau, sebaik coklat cair, angkat.
2. Pukul telur kuning dan gula sehingga likat. Masukkan ke dalam coklat cair yang masih panas. Tambah pecahan biskut. Kacau bersama NESTUM dan kurma sehingga sebati. Biarkan sejuk sehingga sedikit keras sebelum dibentuk seperti bebola kecil dengan dua sudu teh.
3. Golekkan bebola dengan bahan pilihan anda (NESTUM, kekacang yang telah dicincang, atau lain-lain) sehingga rata. Sedia dihidang. Truffel tahan beberapa hari jika disimpan dalam bekas berpenutup di tempat sejuk.
Snek ini pasti akan membuat anda ketagih!
Hidangan: Anggaran 20-30 keping
Ramuan:
2 biji buah keras
2 ulas bawang putih
1 sudu teh biji ketumbar
140 g tepung beras
20 g tepung jagung
30 g NESTUM All Family Cereal Original
1 sudu teh garam
50 ml santan pekat
350 ml air
1 sudu besar air kapur*
3 helai daun limau purut, hiris halus
¼ cawan kacang hijau**
atau
½ cawan kacang tanah, hiris
Minyak untuk menggoreng
*Campur air dengan sedikit kapur hingga air berubah warna susu.
** Rendam kacang dalam air selama sejam. Kemudian rebus dengan air bersih 10 minit. Sejat dan sejukkan.
Cara - Cara
1. Tumbuk buah keras, bawang putih, biji ketumbar di dalam lesung. Keluarkan. Campur dengan tepung beras, tepung jagung, NESTUM dan garam di dalam mangkuk. Tuang santan, air dan air kapur. Kacau sehingga adunan sebati dan tidak berbintil. Masukkan daun limau purut dengan kacang hijau atau hirisan kacang tanah.
2. Panaskan minyak dalam kuali sedalam 5 cm. Apabila panas, tuang satu senduk kecil bater di tepi kuali, lebih tinggi daripada paras minyak dan biar bater itu menurun sendiri. Rembes atas bater dengan minyak panas. Apabila keras, terus goreng dalam minyak panas sehingga perang keemasan dan garing.
3. Angkat rempeyek dan biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Rasa rimas sebab cuaca panas terik? Cubalah milkshake yang lembut, berkrim dan menyejukkan.
Hidangan: Setiap versi resipi dapat 2 hidangan
Milkshake Mangga
100 g isi mangga (buang kulit), potong 1cm kiub
1/2 cawan kiub ais
1/4 cawan Susu Penuh Krim Nestlé® JUST MILK
1/2 cawan ais krim vanila Nestlé®
2 sudu besar (12 g) NESTUM All Family Cereal Original
Milkshake Buah Markisa
Jus daripada 2 biji buah markisa
2 sudu besar (30 g) gula pasir halus
1/2 cawan kiub ais
1/4 cawan Susu Penuh Krim Nestlé® JUST MILK
1/2 cawan Ais Krim Vanila Nestlé®
2 sudu besar (12 g) NESTUM All Family Cereal Original
Milkshake Kopi
1 sudu teh Kopi Segera NESCAFE® CLASSIC®
3 sudu besar air panas
2 sudu besar (30 g) gula pasir halus
* Kacau bersama di dalam cawan kecil
1/2 cawan Susu Penuh Krim Nestlé® JUST MILK
1 cawan Ais Krim Vanila Nestlé
2 sudu besar (12 g) NESTUM All Family Cereal Original
Cara membuat milkshake
1. Masukkan semua bahan (kecuali ais krim vanila dan NESTUM) dalam jag pengisar elektrik.
2. Kisar dan sesekali berhenti untuk mengikis lebihan bahan melekat di tepi jag.
3. Kisar sehingga lumat. Tambah ais krim dan NESTUM, kisar lagi sehingga lumat dan berkrim. 4. Hidang di dalam gelas yang disejukkan. Jika suka, tabur sesudu teh NESTUM di atas gelas!
Kalau tanya sis, dalam 5 resepi ni sis berkenan sangat nak buat truffle nampak lain dari yang lain. Meriahkan hari raya kalian semua dengan nestum. Selamat mencuba resepi nestum yang mudah dan sedap.
Kalau tanya sis, dalam 5 resepi ni sis berkenan sangat nak buat truffle nampak lain dari yang lain. Meriahkan hari raya kalian semua dengan nestum. Selamat mencuba resepi nestum yang mudah dan sedap.
bestnya macam2 boleh buat dgn nestum ni, bukan setakat minum saja.
ReplyDeleteapa2 yang ada nestum selalunya sedap. pastu bau dia wangi =)
ReplyDeletewah kreatif menu berasaskan nestum
ReplyDeleteKalau ada nestum..bukan setakat budak2..maknya pun suka dengan nestum ni.
ReplyDeleteakak suka nestum..wangi jer bila buat makan masa anak kecil tp skrg ni mcm2 boleh dibuat dengan nestum ni kan
ReplyDeletePernah buat popiah nestum tu je lah. sedap! memang ringkas nak membuatnya pun
ReplyDeletenak cuba buat... terima kasih share :D
ReplyDeleteDone follow :D
ahadoii semua sedap.. tlg buatkan.. haha
ReplyDeletePost a Comment