5 Rahsia Cara Youtubers Naikkan Views Dengan Headline | Sejak musim PKP yang lepas, ramai yang dah mula berjinak - jinak nak jadi youtuber.
Orang pun dah mula tahu buat duit online dengan youtube pun boleh.
Youtuber yang dah bermula awal - awal sebelum perintah kawalan pergerakan, mungkin ada sedikit pertambahan dari segi views dan juga subscribers.
Kiranya tak rugi dah usaha awal - awal sikit, orang tengok ke tak tengok tu belakang kira.
Sis perasan sejak masuk musim PKP, disebabkan orang duduk rumah, ramai yang dah mula berjinak untuk mencari pendapatan sampingan yang lain.
Jadi, selain daripada tengok sosial media lain seperti instagram dan facebook, youtube juga menjadi pilihan yang paling ramai sebab kat situ lah nak cari info seperti berita, nak belajar video masakan, nak cari pasal hiburan dan macam - macam lah kan.
Musim PKP lepas, antara yang tengah hangat dibualkan oleh rakyat Malaysia ni adalah pasal Sugu Pavithra kan.
Popular dah pasangan suami isteri ni sekarang sampai Perdana Menteri kita pun sentiasa sebut nama Sugu Pavithra.
Nama Sugu Pavithra tak putus - putus tv lain buat liputan. Bernama TV, wartawan dari TV 1 pun datang rumah dia.
Rezeki mereka. Siapa yang tak kenal Sugu Pavithra ya. Rasa ramai kenal kot. Di antara youtuber yang buat konten masak - masak santai dengan suami dan anak - anak.
5 Rahsia Cara Buat Duit Dengan Youtube
Masa sis baru berjinak - jinak jadi youtuber newbie la, sis pun keliru macam mana cara buat duit dengan youtube.
Biasalah tu kan dah nama pun youtuber newbie. Yang pasti kat luar sana yang bergelar youtuber newbie mesti pening- pening kan. Banyak benda dalam kepala tengah fikir.
Nak buat konten apa sebenarnya ni. Memang youtube boleh buat duit semua orang tahu. Tapi buat youtuber newbies, benda pertama yang kalian kena fikir, nak buat konten apa ni ?
Banyak persoalan bermain di fikiran Macam mana nak dapatkan views nak suruh orang tengok. Kenapa view youtube tidak bertambah walaupun dah banyak upload video tapi views sikit.
Mesti sedih kan kalau keadaan macam ni berterusan.
Sis kalau tak ada pengalaman macam ni, memang sis tak tulis dah sebab sis pun dah jadi youtuber dah 3 tahun sejak 2018.
Mula - mula jadi youtuber newbies agak "berjuang" sikit sebab nak usaha naikkan views dan subscribers.
Jadi sebelum daftar untuk google adsense youtube, kuasai dulu cara naikkan views. Walaupun banyak cara untuk naikkan views, tapi ramai yang tak tahu kelemahan utama youtuber adalah "tajuk".
Ya "headline" yang bawa masalah.
Nak tulis panjang takut tak ada point, Tulis pendek sangat nanti point penting tak ada pulak. Sis dulu - dulu dilema macam tu jugak kalau fikir tentang "headline"
Nak tulis panjang takut tak ada point, Tulis pendek sangat nanti point penting tak ada pulak. Sis dulu - dulu dilema macam tu jugak kalau fikir tentang "headline"
Apa 5 rahsia yang youtuber newbie perlu tahu. Rahsia ini bukan untuk youtuber newbies saja ya. Untuk youtuber yang dah lama buat video tapi views memang agak kecewa.
Kita sendiri pun dah rasa nak give up kan.
Tipu lah kalau tak rasa macam down kalau kita upload video tapi views nya tak ada yang nak tonton. 5 rahsia ini ada dalam ebook "Rahsia youtubers naikkan views dengan headline".
Tipu lah kalau tak rasa macam down kalau kita upload video tapi views nya tak ada yang nak tonton. 5 rahsia ini ada dalam ebook "Rahsia youtubers naikkan views dengan headline".
Antara 5 rahsia tersebut adalah seperti di bawah :
1. Teknik tarik viewer dan subscribers
Macam mana nak tarik viewer agar mereka dapat tonton video kita ? Ini lah yang menjadi persoalan. Nak tarik viewer ni, ia bergantung atas niche channel youtube korang.
Korang buat konten apa ? Masakan, Vlog, Mukbang, Kecantikan. Ini semua di antara faktor - faktor untuk korang nak tarik viewer sekaligus ada subscribers yang akan sub channel korang.
Itu yang penting sangat nak buat video ni ikut niche yang korang minat. Baru boleh tarik viewers dan subscribers pun saluran yang betul.
2. Thumbnail Yang Memukau Penonton
Thumbnail adalah cover depan sebelum orang klik tonton video kita. Thumbnail ni amat penting supaya penonton tergerak untuk klik video kita.
Jadi, ciri - ciri penting perlu dititikberatkan sebelum korang hasilkan thumbnail. Dari segi jenis fonts, gambar, tajuk video itu semua ciri - ciri penting dalam menghasilkan thumbnail yang dapat memukau penonton.
Elakkan thumbnail yang cenderung ke arah "clickbaits", nanti tak pasal ada orang yang kecam video kita atau tak pun ada orang buat report channel kita. Nak ke macam tu ?.
3. Hasilkan video yang menarik
Apa ciri - ciri untuk menghasilkan video yang menarik ? Banyak faktor yang perlu dipertimbangkan bagi menghasilkan satu video untuk menarik perhatian penonton.
Selain daripada niche yang dititikberatkan, kualiti video juga memainkan peranan penting supaya penonton tertarik untuk menonton video.
Apa yang korang guna untuk merakam video samaada phone atau kamera pun banyak jenis kan pilihlah yang betul - betul sesuai untuk digunakan dengan niche channel korang.
4. Description yang sesuai untuk video
Description untuk setiap video ni amat penting ya. Korang jangan buat remeh, sebab kat sini lah kita nak cerita keseluruhan tentang apa video kita kepada penonton.
Jangan tinggal kosong, nanti korang rugi, rajinkan diri untuk menulis dalam ruangan kotak description. Panjang pun tak apa, asalkan setiap isi dimanfaatkan dengan keyword yang berkaitan dengan video korang.
Benda percuma takkan tak nak isi kan.
5. Headline yang padu dan dapat menarik penonton
Dalam ebook ini akan ajar cara yang betul buat headline atau tajuk yang disukai youtube. Sama ada dari segi tajuk video, tag, description semua ada di dalam ebook ini.
Berdasarkan pengalaman sis ke semua ke semua tempat kena kosong yang youtube bagi semua kena isi, dan jangan tinggal.
Ramai yang nak tahu cara nak naikkan views tapi ramai yang lupa tajuk atau " headline" adalah penting untuk tarik viewers klik video di channel kita.
Kesimpulan
Buat youtuber newbie yang baru nak up, kena faham yang kita bukannya artis. Kalau artis sekejap nya views naik.
Tak sampai sejam pun dah beribu views. Bayangkan nak fight dengan beribu video yang ada. Channel pulak masih baru dan tak ramai subscriber.
Kalau kalian nak cari tips dan banyak lagi rahsia dengan youtube, kalian kena dapatkan ebook ini dan mula untuk praktis sekarang. Cepat bertindak, cepat lah hasilnya.
Ini untuk kalian sebagai pembakar semangat. Walaupun channel sis dah ada pada tahun 2011, Sis ada youtube dulu bukan nak upload video, hanya nak jadi penonton saja.
Bermula pada awal tahun 2018, sis dah mula tanam azam nak upload video di channel youtube sis. Dan sis konsisten untuk upload yang sama dengan niche.
Kalau sis boleh, kalian pun boleh, yang penting ilmu youtube kena ada.
Alhamdulillah untuk pencapaian setakat ni pun rasa bersyukur sangat. Bila team youtube emel analisis setiap bulan pencapaian youtube kita.
Itu adalah untuk pemangkin semangat untuk kita upload video yang lebih berkualiti. Perjalanan masih jauh.
Jemput subscribe channel sis ya
Selain daripada 5 rahsia di atas, buat youtuber newbie, insyaAllah kalau kalian ikut betul - betul apa yang ada dalam ebook ini syarat nak dapatkan 1000 subscribers dan 4000 watch time tu rasanya tak ada lah lama sangat.
Jadi, sebelum kalian nak fikir soal duit, kalian kena fikir dulu bagaimana nak bangunkan channel korang ya.
Jika korang dah tahu buat duit dengan youtube dengan betul. Dalam masa yang sama ia akan memudahkan kerja korang.
Sekarang tengah ada offer untuk dapatkan ebook ini, Cara nak dapatkan subscriber dengan betul, cara nak dapatkan views dengan betul. Follow rapat - rapat ebook ini.
Ebook ini akan habis bila - bila masa saja lepas habis kuota. Nak jadi macam sis, cepat - cepat dapatkan ebook ini ya. Klik link di bawah ya.
tahniah wani hebat, kak ana baru nak merangkak, views boleh tahan dah subscribers je belum mencukupi. Jemput subs kak ana di www.youtube.com/anajingga hehe :)
ReplyDeletesama2 dah sub yang kak ana punya
ReplyDeletetahniah kak..rabia pun tgh cuba nak buat video baru.maaflah kalau buat live memang rabia pemalu sikit. nak bercakap pun malu.
ReplyDeleteTips yang berguna
ReplyDeletePost a Comment