Cara Buat Kopi Viral Korea. Ikut Langkah Mudah Dalgona Coffee Hanya 4 Bahan

Cara Buat Kopi Viral Korea. Ikut Langkah Mudah Dalgona Coffee Hanya 4 Bahan | Salam semua, kopi viral yang selalu disebut - sebut semasa tempoh perintah kawalan pergerakan yang lepas. Ramai juga yang tak lepaskan peluang untuk cuba resepi kopi viral. Nama lain "Dalgona Coffee". Dengar cerita Korea yang mula dulu sampai masuk Malaysia sampai jadi kopi viral Malaysia. Tonton video di youtube pun, ramai youtubers tak lepaskan peluang untuk mencuba resepi dalgona coffee.

cara buat kopi viral korea dalgona coffee

Baru - baru ini pun sis tak lepaskan juga nak buat juga kopi viral yang dikatakan rasa macam latte yang disediakan di cafe - cafe. Terfikir pulak macam mana rasanya tu, dah lah bahan tak banyak. Hanya guna 4 bahan saja. Boleh percaya ke ?.

Bila buat sendiri baru tahu, rupanya sedap sangat. Rasa macam ala latte. Patut lah orang lain berlumba - lumba nak buat. 

Apa Sebenarnya "Dalgona" ? 

cara buat kopi viral dalgona coffee

Dalgona adalah makanan jalanan korea yang diperbuat daripada gula dan baking soda. Sis pun ada pernah tonton snek korea ini kat youtube. Rupa - rupanya gula - gula manis. Mesti rasa pahit - pahit sikit.

Warna snek korea Dalgona ini memang sama warna buih dalgona coffee. Sebab itu la diambil jadi dalgona coffee. Teringin nak buat sebab memang mudah juga. 

Kenapa Dalgona Coffee Tak Jadi ? 

Rasanya ramai tertanya - tanya kenapa dalgona coffee tak jadi. Sis sekali buat terus jadi sebab guna mixer. Dah tahu guna garfu, sudu ke nak kacau - kacau tu memang penat la sikit. Kalau tak cukup tahap berbuih lembut tu, jangan harap nak berhenti kacau. 

Jadi, pesan sis gunalah mixer ya. Putar dengan kelajuan tinggi. Pukul sampai kembang. Biar mesin bekerja untuk kita.

Kalau lengan sado tak apa, boleh kacau tanpa henti sampai lah tekstur dalgona coffee tu berbuih lembut dan ringan. Bila letak atas air susu, buih tu ringan dan tak tenggelam di bawah. 

Video Cara Buat Kopi Viral Mudah Guna 4 Bahan 

Nak tengok jelas cara buat kopi Viral ini. Jemput tonton video di bawah ya. 


Cara Buat Kopi Viral Korea. Ikut Langkah Mudah Dalgona Coffee Hanya 4 Bahan 

Bahan - Bahan
2 sudu besar nescafe 
2 sudu besar gula
2 sudu besar air panas
Susu segar secukupnya
Ais secukupnya, kalau suka

Cara - Cara
1. Dalam satu bekas, masukkan gula, nescafe dan air panas. Kalau nak kacau rata dulu pun boleh.
2. Kemudian, putar dengan mixer dengan kelajuan tinggi. 
3. Putar sampai kembang bertukar warna keperangan muda.
4. Sampai nampak berbuih lembut "foamy". 
5. Sediakan gelas, masukkan ais dan tuangkan susu separuh gelas. 
6. Letakkan buih lembut Dalgona tadi di lapisan atas. 
7. Kacau rata dan siap sedia untuk diminum. 

Perhatian : Untuk 1 hidangan ini, boleh dihidangkan untuk 5 orang.


Mudah saja cara nak buat dalgona coffee ini. Ramai yang tunjuk bakat masing - masing. Ada yang pukul guna garfu, dan tak kurang juga ada yang guna mixer atau pun hand whisk.

Guna blender tak tahu ada yang guna ke ? Rasa payah sikit, nanti melekat banyak di blender. Yang penting tekstur dalgona coffee mestilah berbuih lembut atau "foamy". Harap menjadi kalian yang nak cuba buat air kopi viral ini. 

Pesan sis, minum sekali sekala boleh, nak minum hari - hari jangan. 


2 Comments

  1. rabia tak pernah buat lagi kopi viral ni

    ReplyDelete
  2. Saya buat dalgona pakai mixer je kak sebab takde frother. Asal jadi, kita guna je kan..haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post