Menu Baru Texas Chicken, Cabar Tahap Kepedasan Dengan Fire Dragon Burger & Wrap

Menu Baru Texas Chicken, Cabar Tahap Kepedasan Dengan Fire Dragon Burgers & Wrap | Salam semua, untuk peminat- peminat Texas Chicken, mesti ramai yang tertunggu - tunggu apa menu baru Texas Chicken sekarang. Sis sendiri pun tertanya - tanya. Bila Texas Chicken Malaysia dah keluarkan status dari facebook rasmi Texas Chicken Malaysia. Rupa- rupanya, menu baru yang dilancarkan adalah Fire Dragon. Dengan menu dan perasa yang baru, berita ini memang yang ditunggu - tunggu untuk penggemar setia makanan pedas.

menu baru texas chicken fire dragon

Menu Baru Texas Chicken, Fire Dragon Burgers & Wrap Dengan 8 Jenis Lada Dan Sos Chipotle Ranch

Perisa baru kali ini memang mampu menguji tahap kepedasan anda semua. Walaupun ada rangkaian makanan segera lain yang banyak mengeluarkan menu yang pedas. Texas Chicken juga tidak lepaskan peluang untuk melancarkan menu baru yang sentiasa dinanti - nantikan oleh penggemar pedas di luar sana. 

Perasa Fire Dragon bukan dibuat dengan 1 jenis lada saja. Malah ia adalah gabungan untuk 8 jenis lada. Memang tahap kepedasan yang tinggi tu. Dinikmati juga dengan sos chipotle ranch untuk lebih rasa kepuasan. Macam mana ada yang sudah yang terbayang - bayang ke nak makan Fire Dragon Burgers Dan juga wrap. 

Oh sebelum lupa, menu baru untuk perasa baru Fire Dragon boleh dinikmati dengan burgers dan juga wrap. Boleh pilih,  kalau suka burgers layan burgers dan kalau peminat wrap boleh rasa juga dengan wrap. Kedua - duanya perisa yang sama. 

menu baru texas chicken fire dragon

Apa Gabungan Sampai 8 Jenis Lada ? 

Sebut nama lada mesti dah tahu rasa nya kena pedas. Tahu tak yang dalam Fire Dragon Burger dan wrap ini ada 8 jenis lada yang digunakan. Lada tersebut adalah : 

1. Cili padi hijau 
2. Lada chipotle 
3. Cili merah 
4. Lada hitam 
5. Lada Cayenne
6. Lada Sichuan 
7. Lada Jalapeno 
8. Lada Ancho 

Baru tahu, rupanya banyak jenis lada atas dunia ya. Patutlah gabung  ke semua 8 jenis lada, macam tak tahu nak terangkan rasa tahap kepedasan macam mana. 

2 Pilihan Fire Dragon Burger Atau  Fire Dragon Monster Burger

Sebenarnya untuk burger ada 2 pilihan yang boleh dipilih : 

1. Fire Dragon Burger 
2. Fire Dragon Monster Burger 

Kalau nak yang biasa, boleh ambil fire dragon burger. 

Untuk Fire Dragon Monster burger, lagi tebal lagi syiok la makan untuk kepuasan berganda. Rasa makan sebiji tu kenyang tahap melampau dah. Lebih - lebih lagi dengan gabungan ayam dan paha ayam yang lembut, sedap dan berjus . Tak lupa juga dengan sos chipotle ranch yang sudah tentu sedap. 

Dah baca sambil meleleh ke tu. Untuk topping atas burger dan juga wrap ada coleslow, tomato dan juga cheese. 

 Review Menu Baru Texas Chicken Fire Dragon Burger & Wrap Dari Youtuber

Sis perhatikan ramai youtuber yang review menu terbaru dari Texas Chicken. Rata - ratanya mereka memberikan feedback yang menu baru ini sedap. 

Buat kalian yang masih belum mencuba lagi menu baru Texas Chicken ini, jemput tonton video di bawah. Youtber comel review makan fire dragon burger dan juga fire dragon wrap. Mana tahu, mungkin lepas ini, terus pergi cari kan. Sis sendiri bila tonton orang review bab makan - makan ni terus rasa nak pergi beli sekarang juga. 


Penghantaran Makanan Dari FoodPanda 

Sekarang ini, anda tidak perlu risau lagi, nak makan di pejabat ke, ataupun untuk makan di rumah ke. Sekarang dah ada food delivery , pesan makanan secara online dan team Food Panda akan buat peghantaran makanan terus ke depan rumah atau pejabat anda. 

Download aplikasi foodpanda dah boleh buat tempahan atas talian. Kita pun tak payah nak bersesak beratur kan. Lagi cepat dan mudah. Tekan - tekan di phone, makanan akan dihantar terus ke sampai pintu rumah. 

Jangan risau Texas Chicken dijamin Halal ya. 

Cabaran Buat Penggemar Pedas 

Dalam banyak - banyak dari Texas Chicken menu yang ada, jom cabar diri anda dengan Fire Dragon burgers dan juga Fire Dragon wrap. 

Sebabnya, menu terbaru ini ada tempoh masa yang terhad.  Sekiranya lambat memang tak sempat nak merasa. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mencuba menu baru ini. 

Berani cuba dan berani makan. 





2 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post