Resepi Kek Milo Viral Kukus Sukatan Cawan Tanpa Oven Dan Tanpa Mixer | Salam semua, biasanya milo dibuat untuk minuman kan. Kelainan bila ada resepi viral yang menggunakan milo untuk diletak dalam bahan buat kek. Kalau kita sudah biasa dengan serbuk koko untuk buat kek coklat. Apa kata buat kelainan sikit, letak milo pula untuk buat kek. Milo walaupun lebih kepada coklat tapi rasa nya lain sikit. Memang ada beza kalau letak serbuk koko dengan milo.
Yang ini bukan kek milo 3 bahan tu ya. Yang ini resepi kek milo guna tepung. Yang kek milo viral 3 bahan tu sis tak berapa yakin nak buat. Sebab tengok ke gambar tu macam kek jadi bantat jer. Apa pun terpulang atas diri sendiri, kalau kata sedap di tekak kalian tak apa.
Pernah tonton video Buat Orang Lapo buat eksperimen sama ada kek milo 3 bahan tu menjadi ke tak. Rupa - rupanya akhir sekali jadi bantat juga. Dia sendiri pun tertanya apa yang viral sangat kek milo 3 bahan tu. Tapi ramai sungguh yang buat kek milo 3 bahan selepas jadi viral. Besar kuasa viral ni kan. Jadi tak jadi ke, kira ok dah buat.
Kali ini sis nak kongsi resepi kek milo viral yang lagi sedap. Sebenarnya sis ambil resepi ni sebab tertonton di youtube Limau Nipis. Siapa kenal youtuber ni ? Tengok ke bahan semua tu macam yakin nak buat. Lagipun penyediaan kek milo ini sangat mudah iaitu dengan kukus saja. Orang yang nak belajar buat kek, jom cuba buat kek milo yang mudah ini. Cuma bahan untuk buat kek ini banyak sikit, bukan 3 bahan ya.
Baca juga : Resepi Kek Coklat Kukus Azlina Ina Sukatan Cawan
Cara - cara langkah demi langkah untuk kek milo kukus ini, kalian boleh lah tonton video di bawah ya.
Bahan - Bahan

Resepi Kek Milo Viral Kukus Sukatan Cawan Tanpa Oven Dan Tanpa Mixer
Bahan - Bahan
1 cawan milo
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
3/4 cawan gula perang (sis guna gula halus)
2 biji telur (gred B)
3/4 cawan susu full cream/susu sejat
1/4 cawan minyak masak
Cara - Cara
1. Tepung gandum, milo, soda bikarbonat dan baking powder disatukan.
2. Gaul rata dengan handwhisk dan kemudian diayak.
3. Masukkan gula halus. Kemudain gaul rata.
4. Masukkan telur, susu, minyak jagung. Kacau rata dengan handwhisk.
5. Sediakan loyang bulat 8" yang telah dialas dengan baking paper. Tuangkan adunan.
6. Panaskan kukusan terlebih dahulu sampai air mendidih.
7. Tutup permukaan loyang dengan kertas timah.
8. Apabila air telah mendidih, masukkan loyang ke dalam pengukus.
9. Kukus dalam 55 - 60 minit atau sehingga masak dengan api sederhana. Boleh cucuk dengan lidi nak test kek dah masak ke belum.
10. Keluarkan loyang biarkan sekejap dalam 15 minit.
11. Telangkupkan atas redai. Siap untuk dihidangkan
Bagi sesiapa yang minat nak letak topping coklat. Resepi di bawah adalah cara buat topping coklat yang mudah. Kek milo ni sis tak buat dah, sebab sis makan begitu saja. Sesiapa yang berminat nak buat boleh ikut resepi di bawah ya.

Resepi Mudah Untuk Topping Coklat ( Milo Ganache )
Bahan - Bahan
1 cawan susu pekat manis 1
cawan milo
1/3 cawan susu full cream/susu sejat
3 sudu besar mentega
Cara - Cara
1. Satukan ke semua bahan di dalam periuk dan kacau hingga pekat.
2. Biar suhu panas turun sikit, baru tuangkan ke atas kek milo.
Lupa nak bagi tahu, rasa kek ini tak macam kek coklat sebab kek ini bau milo. Warna kek pun agak coklat sederhana dan tak terang macam kek coklat. Yang nak cuba kelainan boleh cuba kek milo viral ini. Penyediaan yang sangat mudah tak payah oven, kukus saja, tak payah mixer guna saja handwhisk nak gaul rata.
Baca juga : Resepi Kek Sarang Semut Mudah Tanpa Perap Sukatan Cawan

pernah buat juga kek milo viral tapi buat versi sendiri campur bahan lain sama..hehe ♕Tiara Sapphire♕
ReplyDeleteNak buat ganache kena double boiling tak?
ReplyDeleteMudanya resepi nie. Nanti boleh la try buat.
ReplyDeleteWah, sedap kek milo tu kak. resepi pun mudah. nice share kak.:)
ReplyDeletePost a Comment