Cara Menaikkan Follower Facebook Page Dengan Mudah

Cara Menaikkan Follower Facebook Page Dengan Mudah | Salam semua, zaman sekarang ini, orang dah mula nampak buat duit secara online pun dah mudah dah sekarang. Asalkan ada mana - mana sosial media platform yang boleh menjana duit secara online. Sebab itu, ramai yang berlumba - lumba nak buat blog, nak buat facebook page, nak join youtube sebab dah nampak ke semua platform tersebut antara yang boleh jana duit secara online. Apatah lagi duit yang kita dapat tu dalam nilai USD. Siapa yang tak nak kan.

Cara Menaikkan Follower Facebook Page Dengan Mudah

Jadi, siapa yang dah ada facebook page kat sini ?. Siapa yang rasa facebook page dia masih kurang follower. Tengah usaha nak naikkan follower, meh follow dekat. Sebab sis nak kongsi cara mudah nak naikkan follower facebook page. Walaupun, boleh buat iklan berbayar macam facebook ads. Tapi sis tak buat ya kiranya ini adalah zero marketing.

Tak payah fikir pasal duit nak kena labur. Tapi yang penting kena usaha. Siapa yang nak melabur duit nak buat iklan untuk dapatkan follower facebook pun boleh, itu salah satu usaha juga.

Baca : Cara Dapatkan Subscribers Letak Video Watermark

Facebook Page Dah Ada Sejak Tahun 2013


Sebenarnya ada kisah untuk facebook page sis ni, walaupun dah ada sejak dari 2013, facebook page memang sendu sangat, mungkin tak update sangat sebab tak tahu nak update apa. Kalau update pun sekali sekala semasa rajin.

Tapi bila dapat tahu yang facebook page pun boleh buat duit secara online mula lah rasa, facebook page dah ada kena ada usaha yang berterusan pulak sebab nak cukupkan syarat yang telah ditetapkan.

Facebook page sis memang sendu sampai bulan 3 tahun ini hanya cecah 3K lebih sikit follower saja. Lepas viral video yang sis kongsi pasal resepi kek sarang semut. Mula lah perlahan - lahan follower naik. Alhamdulillah, usaha menjadi juga. Sampa setakat ini sudah ada 7.7K followers.

Perit rasa nak naikkan follower ini, tapi dengan usaha yang konsisten dan jalan yang betul, orang akan kenal facebook page kita dan kita ada audience yang berminat dengan niche facebook page kita.

Syarat - Syarat Nak Buat Duit Dengan Facebook Page 

Facebook page kalau dulu hanya ada kotak like saja, tak perasan bila masa ada butang follower tu. Jadi sebelum itu mestilah kena ada facebook page. Buat sesiapa yang masih belum tahu nak buat duit dengan facebook page, ini ada  syarat yang perlu kalian kena ikut.

  • Kena buat video 
  • Video kena lebih dari 3 minit
  • Kena cukupkan 30K minit views 
  • Kena cukupkan 10K followers 
Itu syarat basic saja dulu, walaupun ada lagi syarat - syarat lain. 

Ya, nak buat duit dengan facebook page ini kena buat video ya awak - awak semua. Kalau perasan yang tengah kita tonton video di facebook ada iklan keluar, ya lah tu. Jangan lah pergi ambil video orang dan main ikut upload.

Nak dapat berkat tak dari duit iklan kita tu, Elok lah buat video sendiri, biar ada usaha sikit. Macam sis, memang lepas upload video di youtube, lepas seminggu, sis memang akan upload di facebook page pulak. 

Dah facebook page pun boleh buat duit online. Tak rugi kalau kita post video yang dah kita buat di facebook page. Lagipun facebook page dan youtube ada audience tersendiri. 

Trafik facebook memang tinggi setiap hari, jadi peluang buat duit di facebook sangat mudah dengan adanya iklan di video anda. 


Cara Naikkan Follower Facebook Page Dengan Mudah 

Kali ini sis nak ceritakan pengalaman sis, cara naikkan follower facebook page. Setakat ini, syukur lah hari - hari ada orang share, like dan komen. Kalau nampak tanda - tanda macam tu, kira ok dah sebab dah ada engagement.

1. Kenal Pasti Niche Untuk Facebook Page

Cara Menaikkan Follower Facebook Page Dengan Mudah

Sebelum nak buka satu akaun untuk facebook page, kalian kena pastikan yang buat facebook page untuk apa. Nak buat duit dengan facebook page kena buat video dan post di facebook page. Setakat nak pos yang gambar ke, buat posting ke itu bukan buat duit namanya. 

Macam sis, dah pilih untuk buat niche masakan. Jadi, sis banyak pos berkenaan video masakan di sana. Dan antara video yang viral sampai sekarang orang masih komen, share dan like adalah video resepi kek sarang semut. Entah kenapa ada aura resepi kek sarang semut ni. Sekarang dah cecah 420K views lebih. Mengalahkan views di youtube channel sis. 

Sebab itu orang kata nak pos video, buat ikut hobi atau kepakaran kalian yang ada. Buat video dan post dekat facebook page. Sebab itu yang dapat puaskan hati kita, audience tu akan datang kemudian. Sebab apa yang kita minat mesti ada peminat tersendiri jugak kan. Cari apa yang kalian rasa apa kepakaran korang yang ada.  

2. Targetkan Audience

Cara Menaikkan Follower Facebook Page Dengan Mudah

Selepas dah kenal pasti apa niche yang nak fokuskan di facebook page, baru boleh targetkan audience. Macam sis mesti nak cari audience yang berminat dengan konten video kita. Bila fokus untuk target audience ni, akan jadi lebih mudah sikit. 

3. Share Posting Video  Di Group - Group Yang Berkaitan Di Facebook 

Cara Menaikkan Follower Facebook Page Dengan Mudah

Selepas kita buat posting video di facebook page, boleh lah mula untuk share posting video kita ke group - group yang berkaitan dengan video ya. Jangan melencong ke group yang tak berkaitan pulak. Kongsi seberapa banyak yang boleh ke group - group. 

Kadang - kadang sis kongsi dalam 2 kali atau dalam 4 kali ke group masakan. Cuma bab nak post video ni kena hati - hati, setiap group yang kita join tu ada admin. Admin ni kalau post yang tak berkaitan memang tak ada nak approve dah. jadi buat lah ayat cantik - cantik. Macam sis simple tak ada ayat panjang. Sebagai terus taip Resepi Jeli Kelapa Mudah 3 Bahan. 

Sebab di posting video kita tu, buat lah ayat yang meleret panjang ya. Jangan lupa letak segala social media akaun dekat bawah sekali. Mana tahu kebarangkalian orang nak klik link - link itu semua kan.  

4. Dapatkan Likes Seberapa Yang Boleh

Bila dah post di group - group, doa - doalah biar ada yang like post kita, kongsi kan posting video kita ke. Itu lah yang nak sebenarnya, lagi banyak orang kongsi, like, komen semua tu lagi tinggi engagement. 

Target audience yang likes ni tak semestinya dia ada follow facebook page kita, Ada yang likes saja sebab suka dengan video kita. Ada yang komen saja. Ada yang share saja. Tapi semua tu memainkan peranan. Sebab mereka semua target untuk kita dapatkan follower. Ok faham. 

5. Klik Atas Simbol Emoji

Cara Menaikkan Follower Facebook Page Dengan Mudah

Kemudian klik atas simbol emoji. Kat situ kalian akan nampak, nama - nama yang keluar. Sebelah tepi ada kotak yang ada perkataaan Invite. 


6. Klik Invite

Cara Menaikkan Follower Facebook Page Dengan Mudah

Kemudian akhir sekali klik Invite seberapa banyak yang mampu, Di sini cuma kena ada semangat kerajinan saja. Ya lah nak kan sesuatu kena usaha dulu, baru ada hasil. Itu saja lah cara sis nak naikkan follower dengan mudah.

Baca : Cara Block Iklan Yang Tak Sesuai Di Youtube

Bila dah invite, kalau ada yang sudi klik like and follow, insyaAllah ada yang follow nanti tu. Sebab kita dah ada target siapa audience kita. Sis ni sekali sekala buat macam ni, ada rezeki ramai yang like dan follow facebook page.

Cara Menaikkan Follower Facebook Page Dengan Mudah

Jadi, macam mana mudah tak cara macam ni, cara nak naikkan follower di facebook page ni lebih kurang sama dengan cara nak tingkatkan subscribers di youtube. Cara macam ini jugak lah sis buat. Nak suruh orang kenal dengan facebook page kita atau pun channel youtube, mestilah kena share link ke group - group yang berkaitan. Macam itu lah otai - otai ajar ya. 

Lagipun zero marketing. Tak melabur duit hanya kudrat tangan menaip dan kongsi posting video kita. Diharapkan yang mana nak cuba cara macam ini, boleh lah kalian cuba dulu. Buat perlahan - lahan tak apa dulu, sikit - sikit, lama - lama jadi bukit.

Ok macam tu lah cara sis nak dapatkan follower facebook. Walaupun ada banyak lagi tips lain yang boleh dibuat. Semuanya try and error, kalau menjadi cara macam ni, apa salahnya ikut cara macam ni kan. 

3 Comments

  1. saya nak buka facebook pun malas inikan pula nak buat page..haha
    nanti rajin saya follow sis punya fb page. nice sharing :)

    ReplyDelete
  2. wahhhh.. macam ni rupanya .. memg perlu kerajinan yang tinggi la kak wani.. cikma sokmo fail bab rajin tak rajin nihh

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post