E-Operasi Memudahkan Pengurusan Data Guru Dan Bukan Guru

E-Operasi Memudahkan Pengurusan Data Guru Dan Bukan Guru | Salam semua, sis masuk laman web portal rasmi banyak info yang kita boleh rujuk di antaranya tentang e-Operasi. Siapa yang belum pernah dengar berkenaan e-Operasi. E-Operasi sebenarnya merupakan salah satu antara 3 modul pengurusan guru yang telah dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. Dengan kata lain e-Operasi ini melibatkan pengurusan data - data yang berkaitan dengan guru dan bukan guru. 


e-operasi kpm pangkalan data guru


Ada dua kategori dalam pengurusan e-Operasi ini, iaitu 

1. Pentadbir portal e-Operasi ( pegawai pengurusan peringkat negeri, daerah, zon dan sekolah ) 

2. Pengguna portal e-Operasi samaada guru atau bukan guru. 


Info Tentang e-Operasi 

e-Operasi memaparkan beberapa maklumat penting seperti pengumuman, log masuk, bantuan dan paparan ralat. 

Update terbaru tentang Eoperasi ini akan sentiasa dikemas kini di ruangan pengumuman. Bagi pengguna portal EOperasi  ia akan  memudahkan guru dan bukan guru yang mengunjungi portal ini. 

Cara Untuk Login e-Operasi KPM 

Untuk login masuk ke Eoperasi KPM ada cara yang betul dan tertib. 

Cara ini khas untuk pengguna utama portal Eoperasi iaitu pentadbir sistem dan pengguna samaada guru atau bukan guru. 

  • Pengguna - ID yang telah didaftar dengan Pentadir Sistem sahaja dibolehkan untuk login modul portal e-Operasi ini. 
  • Pentadbir Sistem - Pentadbir sistem adalah mereka yang dilantik secara rasmi oleh pihak KPM ( Kementerian Pendidikan Malaysia ) 

Untuk yang nak login buat kali pertama, kalian perlu membuat pendaftaran secara online sebagai pengguna baru. Untuk maklumat lanjut, kalian boleh klik di eoperasi

Untuk pengguna baru pertama nak login, ikut langkah demi langkah seperti di bawah : 

e-operasi kpm pangkalan data guru

1. Pengguna pertama kali perlu isi maklumat di atas dengan betul dan tepat terutamanya.

  • Nama
  • Nombor kad pengenalan
  • No. Gaji
  • Emel
2. Kemudian masukkan kata laluan, soalan keselamatan dan jawapan perlu ditulis supaya lebih mudah untuk diingat.

3. Kemudian, tekan butang SIMPAN untuk terus proses pendaftaran.

4. Seterusnya anda boleh terus ke ruangan LOG MASUK sistem e-Operasi menggunakan butiran login anda tadi.

5. Setelah berjaya masuk login portal, semak butiran anda seperti nama, no kp dan lain-lain dan pastikan ianya betul.



Panduan Manual Untuk Pengguna e-Operasi


Panduan manual juga ada disediakan bagi memudahkan pengguna e-operasi untuk pendaftaran. Takut tak faham atau tak jelas, boleh rujuk dekat panduan manual ini. 

e-operasi kpm pangkalan data guru

Sekiranya terdapat maklumat tidak tepat, anda perlulah memaklumkan kepada PK1/PK2/PK3 untuk kemaskini.

Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah boleh terus hubungi Pentadbir Sistem melalui emel helpdesk_smg@moe.gov.my. 

Untuk maklumat lanjut tentang e-Operasi ini, boleh layari di Portal Malaysia 

Jadi, jangan lupa kongsi entri ini mana tahu ramai yang nak cari info ini kan. 











Post a Comment

أحدث أقدم