Gambar Di Majlis Akad Nikah Mira Filzah Dan Wan Emir | Salam semua, akhirnya pelakon dan pengacara popular Mira Filzah sudah bergelar isteri orang. Ada lagi ke yang tak kenal Mira Filzah tu. Nama sebenar Mira Filzah adalah Nur Amirah Filzah Binti Badioezaman. Kalau tak kenal maknanya tak pernah ambil tahu pasal hiburan. Sis pun bukan tak ambil tahu, Mira Filzah ni rasanya dah banyak drama dia berlakon.
Semalam ramai yang pakat kongsi katanya, Majlis Akad Nikah Mira Filzah dan Wan Emir nak buat LIVE kat Youtube.
Sis pun apa lagi, cuba nak tengok tapi rupanya majlis bermula pukul 8 : 30 malam. Tapi pukul 9 lebih baru teringat. Bila buka kat Youtube tu, macam tak boleh entah kenapa. Tengok ke views dah dalam 222K lebih views. Pagi ini buka balik dah cecah 1. 9 juta views. Laju sangat. Lamanya tunggu ingat tak boleh nak tonton, rupanya minit ke 7 baru live streaming.
Tapi kan sis suka tengok baju akad nikah Mira Filzah yang simple tapi elegan. Hanya baju kurung Pahang. Baju tradisi yang tak lapuk dek hujan. Orang sentiasa pakai. Cuma baju Mira lagi wow, nak naik pelamin kan mestilah kena cantik. Ok lah ini ada beberapa gambar Mira Filzah nikah pada Majlis Akad Nikah Mira Filzah dan Wan Emir. Walaupun tak banyak. Pergi lah mengintai sekejap di instagram Mira Filzah.
Dengan sekali lafaz, pelakon Mira Filzah, 27, sah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar Wan Mohamad Khair-il Anuar, 30, anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur, jam 8.58 malam hari ini.
Pasangan itu dinikahkan bapa kandung Mira, Badioezaman Ab Khalik.
Pada majlis berkenaan, pihak lelaki menyerahkan mas kahwin berupa seutas gelang manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.
Pihak lelaki juga menyerahkan sembilan dulang hantaran dan berbalas 11 daripada pihak perempuan.
Antara hantaran istimewa Mira kepada Emir adalah seutas jam tangan yang dihantar khas ke Hong Kong untuk proses pengukiran 'nota pendek' Mira kepada suami tercintanya.
Siapa yang tertinggal nak tonton majlis akad nikah Mira Filzah semalam, boleh tonton di video di atas.
Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 250 tetamu termasuk keluarga dan kenalan rapat bagi mematuhi syarat piawaian Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Selain majlis pernikahan hari ini, Mira bakal mengadakan dua lagi majlis resepsi di Le Meridien, Putrajaya, esok dan A-Park, Puchong, Ahad ini.
"Ketiga-tiga majlis ini saya keluarkan bajet sendiri kerana tidak mahu bergantung dengan tajaan selain memberi kepuasan berbeza. Jujur saya rasa lebih berbaloi keluarkan wang sendiri kerana saya boleh berkongsi idea dan tema yang diimpikan untuk majlis perkahwinan sekali dalam seumur hidup ini," katanya.
Majlis pernikahan pasangan itu turut dipancarkan selama 10 minit menerusi program M Buzz di TV3 jam 9 malam tadi, manakala siaran langsung pernikahan pada jam 8.30 malam boleh disaksikan di saluran YouTube TV3.
Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 17 Julai lalu.
Sumber : My Metro
Ini kat instagram Mira Filzah.
Dulu, orang pakat tertanya siapa bakal suami Mira Filzah. Akhirnya dah terjawab ya. Semoga berbahagia buat Mira Filzah dan pasangannya Wan Emir hingga ke jannah. Kita doakan lah yang terbaik ya.
Semalam ramai yang pakat kongsi katanya, Majlis Akad Nikah Mira Filzah dan Wan Emir nak buat LIVE kat Youtube.
Sis pun apa lagi, cuba nak tengok tapi rupanya majlis bermula pukul 8 : 30 malam. Tapi pukul 9 lebih baru teringat. Bila buka kat Youtube tu, macam tak boleh entah kenapa. Tengok ke views dah dalam 222K lebih views. Pagi ini buka balik dah cecah 1. 9 juta views. Laju sangat. Lamanya tunggu ingat tak boleh nak tonton, rupanya minit ke 7 baru live streaming.
Gambar Majlis Akad Nikah Mira Filzah Dan Wan Emir
Dengan sekali lafaz, pelakon Mira Filzah, 27, sah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar Wan Mohamad Khair-il Anuar, 30, anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur, jam 8.58 malam hari ini.
Pasangan itu dinikahkan bapa kandung Mira, Badioezaman Ab Khalik.
Pada majlis berkenaan, pihak lelaki menyerahkan mas kahwin berupa seutas gelang manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.
Pihak lelaki juga menyerahkan sembilan dulang hantaran dan berbalas 11 daripada pihak perempuan.
Antara hantaran istimewa Mira kepada Emir adalah seutas jam tangan yang dihantar khas ke Hong Kong untuk proses pengukiran 'nota pendek' Mira kepada suami tercintanya.
Siapa yang tertinggal nak tonton majlis akad nikah Mira Filzah semalam, boleh tonton di video di atas.
Tidak hanya itu, lima daripada 11 hantaran daripada Mira dibuat sendiri neneknya yang kini berusia 81 tahun.
Antaranya adalah kek fondant, tepak sirih, halwa dan biskut serta sirih junjung. Selain itu, kek pernikahan Mira juga dibuat oleh air tangan nenek Mira.
Majlis pernikahan itu bertemakan Mihrab Cinta yang berkongsepkan kubah berbentuk Islamik kerana mengikut citarasa Emir memandangkan dia seorang artikek yang minat akan struktur dan ciptaan bangunan.
Memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi, Mira berkata, walaupun sudah bergelar isteri dia akan terus menumpahkan sepenuh kecintaan terhadap kerjaya lakonannya.
"Saya akan terus menyambung kerjaya lakonan seperti biasa dan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat atas segala sokongan yang dibrikan sejak awal kerjaya saya sehingga hari ini. Doakan yang terbaik untuk saya dan Emir," katanya.
Antaranya adalah kek fondant, tepak sirih, halwa dan biskut serta sirih junjung. Selain itu, kek pernikahan Mira juga dibuat oleh air tangan nenek Mira.
Majlis pernikahan itu bertemakan Mihrab Cinta yang berkongsepkan kubah berbentuk Islamik kerana mengikut citarasa Emir memandangkan dia seorang artikek yang minat akan struktur dan ciptaan bangunan.
Memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi, Mira berkata, walaupun sudah bergelar isteri dia akan terus menumpahkan sepenuh kecintaan terhadap kerjaya lakonannya.
"Saya akan terus menyambung kerjaya lakonan seperti biasa dan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat atas segala sokongan yang dibrikan sejak awal kerjaya saya sehingga hari ini. Doakan yang terbaik untuk saya dan Emir," katanya.
Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 250 tetamu termasuk keluarga dan kenalan rapat bagi mematuhi syarat piawaian Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Selain majlis pernikahan hari ini, Mira bakal mengadakan dua lagi majlis resepsi di Le Meridien, Putrajaya, esok dan A-Park, Puchong, Ahad ini.
"Ketiga-tiga majlis ini saya keluarkan bajet sendiri kerana tidak mahu bergantung dengan tajaan selain memberi kepuasan berbeza. Jujur saya rasa lebih berbaloi keluarkan wang sendiri kerana saya boleh berkongsi idea dan tema yang diimpikan untuk majlis perkahwinan sekali dalam seumur hidup ini," katanya.
Majlis pernikahan pasangan itu turut dipancarkan selama 10 minit menerusi program M Buzz di TV3 jam 9 malam tadi, manakala siaran langsung pernikahan pada jam 8.30 malam boleh disaksikan di saluran YouTube TV3.
Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 17 Julai lalu.
Sumber : My Metro
Ini kat instagram Mira Filzah.
Dulu, orang pakat tertanya siapa bakal suami Mira Filzah. Akhirnya dah terjawab ya. Semoga berbahagia buat Mira Filzah dan pasangannya Wan Emir hingga ke jannah. Kita doakan lah yang terbaik ya.
suka ngan MF ni..very decent young girl. Semoga rumahtangga yang dibinanya disemai dengan kasih sayang yang berpanjangan
ReplyDeletetak tengok majlis dia semalam. cantik mira filzah sama padan dengan encik suami :) ♕Tiara Sapphire♕
ReplyDeleteManisnya MF. Bajunya simple tapi nampak elegen!
ReplyDeletePandai betul tukang jahit!
Post a Comment