Baca 3 Doa Ketika Sujud Terakhir Dalam Rumi Dan Maksudnya

Baca 3 Doa Ketika Sujud Terakhir Dalam Rumi Dan Maksudnya | Salam semua, sebut sahaja doa, kalau kita amalkan selalu, insyaAllah akan sentiasa ingat. 

Doa ni kalau ikutkan banyak sangat. Sis ikut yang mana mampu. Ini doa yang selalu amalkan.
 
Sebab salah satunya, doa ini sentiasa dibaca dalam solat ketika sujud terakhir. Kita solat 5 kali sehari.

Jadi automatik lama - lama hafal akan ingat. InsyaAllah cubalah praktis. Lama - lama nak sebut doa ketika sujud terakhir tu dah jadi biasa.

Doa ketika sujud

Hukum Berdoa Ketika Sujud Yang Terakhir 

Mesti ramai tertanya, adakah nak berdoa tu untuk sujud terakhir saja ? 

Ok, ini jawapannya ya

Hukumnya ialah berdoa disunatkan dalam semua sujud dan tidak hanya khusus dalam sujud terakhir. Daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

أقرب ما يكون العبد من ربه وهو ساجد ، فأكثروا الدعاء

Maksudnya: "Keadaan yang paling dekat seseorang hamba dengan Tuhan-nya ialah ketika dia bersujud. Maka perbanyakkanlah berdoa (pada waktu sujud)."

Riwayat Muslim dan al-Nasaie.

Dibolehkan untuk memperbanyakkan doa sama ada secara lisan ataupun dalam hati. 

Terdapat khilaf untuk menggunakan bahasa selain Arab untuk berdoa secara lisan. 

Yang terpilih ialah berdoa menggunakan bahasa Arab secara lisan. 

Adapun menggunakan bahasa Melayu contohnya, maka cukuplah di dalam hati. 

Tetapi yang paling afdal, ikutilah sunnah Rasulullah SAW.

Sumber : https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1658-hukum-berdoa-ketika-sujud-yang-terakhir

3 Doa Ketika Sujud Terakhir 

Ada 3 doa semasa dalam sujud terakhir, di sini sis kongsikan, semoga bermanfaat untuk semua. 

Dalam bahasa Arab ada tapi sis baca dalam bahasa melayu. Asal kita sendiri pun faham doa apa kan. 

Ramai yang kongsikan 3 doa ketika sujud terakhir, jadi jom lah sama - sama kita amalkan ya. 

1. Doa Yang Pertama

Doa ini adalah untuk memohon kepada Allah supaya diri kita dijemput mengadap Ilahi dalam keadaan Husnul Khotimah. Doanya begini:

ٱللّٰهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ حُسْنَ ٱلْخَاتِمَة

“Allahumma Innii As-aluka Husnal Khootimah”.

Maksudnya : 

“Ya Allah! Aku memohon kepada-MU husnul khotimah”.

2. Doa Yang Kedua 

Doa ini adalah untuk memohon kepada Allah supaya diri kita diberi kesempatan bertaubat sebelum dipanggil mengadap-Nya. Doanya begini:

ٱللّٰهُمَّ ارْزُقْنِيْ تَوْبَتًا نَصُوْحَا قَبْلَ ٱلْمَوْت

“Allahummar Zuqnii Taubatan Nasuuha Qoblal Maut”

Maksudnya : 

 “Ya Allah! Berilah aku rezeki taubat nasuha (atau sebenar-benarnya taubat) sebelum mati”

3. Doa Yang Ketiga

Doa ini adalah untuk memohon kepada Allah supaya hati kita sentiasa berada tetap di atas agama-Nya. Doanya begini:

ٱللّٰهُمَّ يَا مُقَلِّبَ ٱلْقُلُوْبِ ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلَى دِيْنِكَ

“Allahumma Yaa Muqollibal Quluub Tsabbit Qolbii ‘Alaa Diinika”.

Maksudnya : 

“Ya Allah! Wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah hatiku pada agama-MU”.

Semoga kita dapat mengamalkan doa ketika sujud, supaya lebih dekat denganNya. 

Baca Juga :

1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post