5 Tempat Makan Untuk Singgah di Putrajaya : Malaysia | Salam semua, PUTRAJAYA Malaysia merupakan salah satu tempat yang sering dikunjungi baik di kalangan warga Malaysia sendiri mahupun di kalangan pelancong asing. Lokasinya sebagai tempat pemerintahan utama Malaysia di tambah dengan landskap yang dijaga rapi penuh kehijauan, menjadikan Putrajaya ini sebagai salah satu destinasi untuk bersantai yang disukai ramai.
Di sini juga sangat sesuai untuk bergambar dengan berlatarbelakangkan bangunan pentadbiran yang indah, taman botani yang sempurna dan kawasan perumahan yang mewah dan indah.
Tempat makan di sekitar Putrajaya ini juga tidak mengecewakan. Ini menjadikan Putrajaya sebagai salah satu lokasi di Malaysia yang lengkap semuanya. Nak solat juga mudah! Sekiranya anda sudah berada atau dalam hajat nak ke Putrajaya, berikut adalah senarai restoran dan kafe untuk bersantai dan menjamu selera yang boleh anda singgah.
Dengan segalanya di bawah satu bumbung, anda akan dimanjakan dengan pelbagai pilihan makanan di medan selera Presint 9. Ia merupakan tempat makan tengah hari yang popular kerana terdapat pelbagai jenis hidangan tempatan untuk dicuba.
Dari makanan kegemaran Pantai Timur hingga hidangan selatan dan utara, semua yang anda mahukan ada di sini! Antara menu yang sering mendapat perhatian di sini adalah seperti mee bandung, tempoyak ikan patin, claypot noodles, nasi ayam penyet, udang goreng, dan banyak lagi! Harganya juga sangat berpatutan.
Alamat : Precinct 9 Food Court Jalan P9e, Presint 9, Putrajaya
Jika anda sedang mencari makanan Melayu dengan rasa terbaik di Putrajaya, inilah tempatnya. Serabei Cafe mesti dikunjungi jika anda benar-benar menginginkan makanan yang sedap seakan dimasak di rumah. Restoran ini juga dikatakan mempunyai asam pedas terbaik di bandar Putrajaya tersebut.
Selain itu, terdapat juga makanan masakan panas dan lain-lain lagi. Nasi kerabu dan nasi dagang juga ada. Tidak hanya itu, pilihan kuih Melayu seperti goreng pisang, kuih lompat tikam, kuih lapis dan banyak lagi juga ada ditawarkan di sini! Boleh makan sambil santai-santai gitu.
Alamat : Ayer@8, A2-G-3A,, Jalan P8G, Presint 8, Putrajaya
Padi House terletak di Galeria PjH dan mempunyai suasana santai yang sesuai untuk makan ramai-ramai bersama rakan-rakan atau keluarga. Walaupun kafe ini terkenal dengan masakan Barat, ia juga menyajikan pelbagai makanan tempatan.
Antara menu yang paling mendapat sambutan ramai di sini adalah seperti burrito, nachos, pasta dan juga chicken chop. Harganya juga cukup berpatutan. Jangan lupa untuk memesan cheesecake pavlova dan macadamia sebagai pencuci mulut kerana rasanya memang meletup!
Alamat : Padi House Galeria PjH, Presint 4, Putrajaya
Untuk merasai masakan Thai yang asli, kunjungilah Thai Kung Restaurant di Presint 8. Kawasan ini bukan sahaja terkenal dengan pilihan tempat makan yang tidak berkesudahan tetapi juga persekitarannya yang tenang dengan pemandangan bangunan kerajaan yang menakjubkan. Selain tomyam, ada juga makanan yang lain seperti ikan kukus, ayam lemon dan sotong lada hitam.
Alamat : Restoran Thai Kung Jalan P8G, Presint 8, Putrajaya
Hidangan khas mereka adalah nasi lemak yang disertakan dengan ayam goreng dan sambal ikan bilis. Hidangan lain yang mesti dicuba termasuklah lempeng kelapa (pancake kelapa), goreng pisang dan cucur udang.
Alamat : Umai Cafe Jalan P8e2/10, Presint 2, Putrajaya
Opening hours: 9.00am – 11.00pm (Daily)
Itulah dia 5 tempat makan sebagai cadangan untuk singgah di Putrajaya Malaysia. Banyak lagi tempat makan best di Putrajaya ini bergantung pada citarasa dan kehendak selera masing-masing. Seperkara lagi, di Putrajaya ini turut ada servis food delivery dari Foodpanda.
Servis penghantaran food delivery dari Foodpanda ini dengan mudah boleh digunakan. Pesan di handphone masing-masing, kemudian tunggu makanan tiba secara terus ke tangan. Aneka pilihan makanan yang ditawarkan boleh membuatkan jadi rambang mata.
Apapun, tak dinafikan Foodpanda ini benar-benar berguna saat malas untuk keluar beli makanan, tidak sihat, sibuk dengan urusan kerja, tak sempat keluar lunch saat berkerja dan sebagainya.
Di sini juga sangat sesuai untuk bergambar dengan berlatarbelakangkan bangunan pentadbiran yang indah, taman botani yang sempurna dan kawasan perumahan yang mewah dan indah.
#1 - Precinct 9 Food Court
Dengan segalanya di bawah satu bumbung, anda akan dimanjakan dengan pelbagai pilihan makanan di medan selera Presint 9. Ia merupakan tempat makan tengah hari yang popular kerana terdapat pelbagai jenis hidangan tempatan untuk dicuba.
Dari makanan kegemaran Pantai Timur hingga hidangan selatan dan utara, semua yang anda mahukan ada di sini! Antara menu yang sering mendapat perhatian di sini adalah seperti mee bandung, tempoyak ikan patin, claypot noodles, nasi ayam penyet, udang goreng, dan banyak lagi! Harganya juga sangat berpatutan.
Alamat : Precinct 9 Food Court Jalan P9e, Presint 9, Putrajaya
#2 - Serabei Cafe
Jika anda sedang mencari makanan Melayu dengan rasa terbaik di Putrajaya, inilah tempatnya. Serabei Cafe mesti dikunjungi jika anda benar-benar menginginkan makanan yang sedap seakan dimasak di rumah. Restoran ini juga dikatakan mempunyai asam pedas terbaik di bandar Putrajaya tersebut.
Selain itu, terdapat juga makanan masakan panas dan lain-lain lagi. Nasi kerabu dan nasi dagang juga ada. Tidak hanya itu, pilihan kuih Melayu seperti goreng pisang, kuih lompat tikam, kuih lapis dan banyak lagi juga ada ditawarkan di sini! Boleh makan sambil santai-santai gitu.
Alamat : Ayer@8, A2-G-3A,, Jalan P8G, Presint 8, Putrajaya
#3 - Padi House
Antara menu yang paling mendapat sambutan ramai di sini adalah seperti burrito, nachos, pasta dan juga chicken chop. Harganya juga cukup berpatutan. Jangan lupa untuk memesan cheesecake pavlova dan macadamia sebagai pencuci mulut kerana rasanya memang meletup!
Alamat : Padi House Galeria PjH, Presint 4, Putrajaya
#4 - Restoran Thai Kung
Makanan Thai popular di kalangan rakyat Malaysia. Antara menu utama yang mendapat perhatian adalah tomyam. Dengan rasa keseimbangan manis, pedas dan masam yang sempurna, tomyam benar-benar mendapat tempat yang tinggi dihati para penggemar makanan.Untuk merasai masakan Thai yang asli, kunjungilah Thai Kung Restaurant di Presint 8. Kawasan ini bukan sahaja terkenal dengan pilihan tempat makan yang tidak berkesudahan tetapi juga persekitarannya yang tenang dengan pemandangan bangunan kerajaan yang menakjubkan. Selain tomyam, ada juga makanan yang lain seperti ikan kukus, ayam lemon dan sotong lada hitam.
Alamat : Restoran Thai Kung Jalan P8G, Presint 8, Putrajaya
#5 - Umai Cafe
Secomel namanya, Umai Cafe memang sudah agak terkenal di kalangan kakitangan kerajaan dan penduduk tempatan di sekitar Putrajaya ini. Lokasinya terletak di pinggir Tasik Putrajaya yang tenang turut menjadikan kafe ini sangat sesuai dan istimewa untuk mereka yang ingin bersantai dan menikmati hidangan tempatan yang lazat.Hidangan khas mereka adalah nasi lemak yang disertakan dengan ayam goreng dan sambal ikan bilis. Hidangan lain yang mesti dicuba termasuklah lempeng kelapa (pancake kelapa), goreng pisang dan cucur udang.
Alamat : Umai Cafe Jalan P8e2/10, Presint 2, Putrajaya
Opening hours: 9.00am – 11.00pm (Daily)
Itulah dia 5 tempat makan sebagai cadangan untuk singgah di Putrajaya Malaysia. Banyak lagi tempat makan best di Putrajaya ini bergantung pada citarasa dan kehendak selera masing-masing. Seperkara lagi, di Putrajaya ini turut ada servis food delivery dari Foodpanda.
Servis penghantaran food delivery dari Foodpanda ini dengan mudah boleh digunakan. Pesan di handphone masing-masing, kemudian tunggu makanan tiba secara terus ke tangan. Aneka pilihan makanan yang ditawarkan boleh membuatkan jadi rambang mata.
Apapun, tak dinafikan Foodpanda ini benar-benar berguna saat malas untuk keluar beli makanan, tidak sihat, sibuk dengan urusan kerja, tak sempat keluar lunch saat berkerja dan sebagainya.
Paling best umai tepi tasik.. presint 9 food court suka pergi sebab ada busking..
ReplyDeleteArea sana senang nak cari makan. Sedap-sedap pula tu.
ReplyDeletePost a Comment