Tonton Telefilem 3 Dukun Santet Di Astro Citra | Salam semua, kalau ikutkan sis peminat cerita genre seram. Tak kisah cerita melayu, Korea, Cina ke ikut apa bahasa pun, semua sis tonton. Jangan terkejut, asal jalan cerita best. Cerita seram melayu kita pun tak kurang hebat nya jalan penceritaan kan. Di Astro Citra sejak kebelakangan ni kan macam cerita yang best - best dah keluar. Kali ini, buat yang minat kisah cerita seram, bila dengar tajuk cerita ni kan, sis tertanya - tanya maksud "Santet" itu apa.
Kali pertama dengar mesti perkataan dari Indonesia. Betul ke ? Sis google sekejap jumpa dekat wikipedia bahasa Indonesia. Baru tahu maksud "Santet" itu apa. Ok, ini maksudnya ya.
Santet adalah upaya seseorang untuk mencelakai orang lain dari jarak jauh dengan menggunakan ilmu hitam. Biasanya santet sering dilakukan orang yang mempunyai dendam karena sakit hati kepada orang lain. Santet dapat dilakukan sendiri maupun dengan bantuan seorang dukun
Mahu tak seram dengar maksud "Santet" . Dah la google nak dekat tengah malam. Sebab memang sis tak tahu apa maksud "santet" tu.
Info Telefilem 3 Dukun Santet
- Waktu Siaran : Sabtu, 17 Oktober 2020 pada pukul 9:00 malam
- Siaran TV : Astro Citra & Citra HD
- Pengarah : Azhari Zain
- Produksi : Dear Creative Media
- Pelakon : Umie Aida, Isyariana, Zahiril Adzim, Dayang Areeda, Maria Farida, Zulhusni Zamir, Kween Keela, Silfeny Osman
Sinopsis Penuh Telefilem 3 Dukun Santet
Mengisahkan 3 orang sahabat baik iaitu Saiful / Epul (Zahiril Adzim), Emma (Isyariana) dan Shasha (Dayang Areeda) yang dah lama kenal sejak dari zaman belajar lagi. Mereka bertiga bercadang ingin membuka sebuah kafe serta studio persembahan kebudayaan.
Walaubagaimanapun lokasi cafe itu agak terpencil dan jauh menyebabkan Saiful tidak berminat. Namun setelah dipujuk oleh Emma dan Shasha, Saiful bersetuju untuk pergi melihat kawasan kafe tersebut.
Emma dan Shasha suka tempat tersebut begitu juga dengan Saiful walaupun tempat tersebut agak menyeramkan dan sunyi.
Saiful turut mengalami kejadian aneh dan menakutkan disitu, namun tidak menceritakan hal tersebut pada Emma dan Shasha, malah dia sebaliknya bersetuju untuk membuka cafe disitu.
Mereka bertiga kemudian bertungkus lumus membersihkan dan mencantikkan kawasan cafe itu, malangnya kejadian pelik dan menakutkan mula berlaku.
Mereka mula diganggu dengan teruk sehingga jatuh sakit, Saiful cuba berusaha menghubungi Ustaz dan sebagainya. Manakala Emma dan Shasha pula menghubungi seorang dukun bernama Mek (Umie Aida) untuk membantu mereka memagar tempat tersebut, sekaligus menghalau hantu - hantu disitu.
Saiful merasakan ada yang tidak kena dengan Mek, selepas itu gangguan yang mereka terima semakin teruk.
Rupa - rupanya ada orang yang sakit hati dan ingin mengenakan dan membunuh mereka sehingga menggunakan khidmat 3 dukun untuk mengacau dan membunuh mereka. Apa yang berlaku seterusnya?..
Post a Comment