Cara Buat Kacang Goreng Bawang Putih Rangup Dengan Serbuk Nasi Goreng

Cara Buat Kacang Goreng Bawang Putih Rangup Dengan Serbuk Nasi Goreng | Salam semua, buat sendiri kacang tanah goreng tak pernah terlintas dalam fikiran sebabnya asyik beli. Nak cepat dan mudah kan boleh makan terus. Ini sebab sis suka bereksperimen nak tengok mudah ke , cepat ke lambat ke nak buat sendiri kacang tanah goreng. Rupanya tak semudah yang disangka ya. Padan muka sendiri. Dalam masa yang sama sempat nak ambil video, gambar semua. Penat lelah pun terbayar juga. Uniknya kacang goreng homemade sebab letak serbuk nasi goreng kampung Adabi. Kreatif pemikiran orang Malaysia kan. 


Kacang goreng bawang putih

Yang sis guna serbuk nasi goreng kampung Adabi, Kalau nak guna jenama lain pun ok juga. Bab paling renyah nak menggoreng sebenarnya. Tapi apapun kena sabar lah nak buat kacang goreng bawang putih. Macam - macam resepi orang kongsi kacang goreng ikut citarasa masing - masing. Ada yang perap semalaman kacang sebelum digoreng. Tapi sis tak kuasa nak perap semalaman. Banyak menunggu nak buat kacang goreng ni. Kalau kalian sabar untuk menunggu tak apa. 

Apa yang membuatkan kacang bawang putih wangi sebabnya ada bawang putih dan juga halia yang digoreng bersama. Silap sis letak sikit bawang putih dan halia. Kalau tak, lagi harum sambil mengunyah kacang, gigit sekali bawang putih dan halia goreng. 

Sis guna kacang putih yang besar dan dah dibuang kulit. Beli kat mydin nak dekat 1/2 kilo. 


Kacang goreng bawang putih

Cara Goreng Kacang Bawang Putih Supaya Kekal Rangup 

Ada beberapa tips yang perlu diikut kalau nak kacang goreng kekal rangup dan tak lemau. Ini di antara petua yang perlu diikut : 

1. Semasa menggoreng, jangan masukkan kacang terlalu banyak, nanti tak rangup. 

2. Goreng dengan api yang perlahan, Bila minyak dah panas kecilkan api dan masukkan kacang. Kalau api besar cepat hangus pulak. Memang kena sabar nak goreng sampai kacang tu nampak warna dah bertukar kepada warna keemasan. 

3. Semasa angkat kacang goreng, lapik bekas dengan tisu supaya minyak di kacang dapat diserap. 

4. Simpan dalam bekas kedap udara. 

Kacang goreng bawang putih

Untuk nak dekat 1/2 kilo kacang putih tanpa kulit ini, sis guna sepeket serbuk nasi goreng Adabi. Ingat nak guna 2 paket, tapi takut terlebih rasa garam. Memang sedap bila digaul dengan serbuk nasi goreng kampung Adabi yang rasa pedas - pedas cili.

Kalau kalian nak guna 2 paket, rasa - rasa lah juga di kacang tu. Takut terlebih masin. 


Kacang goreng bawang putih

Di bawah adalah video cara nak buat kacang goreng. Tak boleh simpan lama kacang goreng, sekejap dah habis. Bila dapat goreng sendiri rasa macam puas hati sikit. Bahan pun tak banyak. Cuma kerajinan yang perlu ada. Halia dan bawang putih kalau suka lagi banyak tambah saja. 



Cara Buat Kacang Goreng Bawang Putih Rangup Dengan Serbuk Nasi Goreng 


Bahan - Bahan 
500 gm kacang tanah putih ( tanpa kulit ) 
1 sudu besar garam 
1 ketul kiub ayam 
1 paket serbuk nasi goreng kampung Adabi 
7 ulas bawang putih ( nak tambah lagi banyak lagi sedap ) 
1 - 2 inci halia

Cara - Cara 
1. Masukkan air, garam dan kiub ayam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih. 
2. Dah mendidih, tutup api. Kemudian masukkan kacang tanah, bawang putih dan halia yang telah dihiris. Biarkan sampai sejuk.
3. Toskan air dan goreng hingga garing termasuk sekali dengan halia dan bawang putih. Kuantiti minyak kena banyak sikit macam nak goreng kerepek. 
4. Bila dah garing angkat dan toskan. Tabur serbuk nasi goreng secukupnya. Gaul rata. Untuk serbuk nasi goreng terpulang kalau nak tambah, sila tambah ya. 
5. Simpan dalam bekas kedap udara dan sedia untuk dinikmati.
6. Kalau tak nak guna serbuk nasi goreng boleh guna garam halus biasa. 

1 Comments

  1. sedapnya wani kak ana suka sangat kacang ni , nanti kak ana nak cuba in shaa allah

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post