7 Masakan Tradisional Pulau Pinang Popular yang Susah Nak Lupa

7 Masakan Tradisional Pulau Pinang Popular yang Susah Nak Lupa | Salam semua, setiap negeri di Malaysia mempunyai identiti tersendiri yang mewakili negeri masing - masing. 

Ini termasuklah dengan jenis makanan yang ada lebih lagi masakan tradisional. Kali ini sis nak ajak kalian semua untuk kenal dengan masakan tradisional yang popular di Pulau Pinang

Pulau Pinang selain terkenal dengan sejarah dan pelbagai tempat menarik untuk dilawati. 

Negeri yang dikenali dengan gelaran "Mutiara Timur" adalah syurga makanan untuk pencinta makanan di luar sana. 


makanan di pulau pinang

Pulau Pinang bukan saja kaya dengan budaya malah ramai yang datang ke Pulau Pinang semata - mata nak mencuba keunikan makanan di sana. 

Mestilah nak mencuba makanan yang melambangkan negeri Pulau Pinang kan. 

Orang kata nak makan yang asli kena lah pergi sana negeri yang terletak di utara Malaysia ini.

7 Masakan Tradisional Pulau Pinang Popular Yang Susah Nak Lupa 

Jadi, apa masakan tradisional di Pulau Pinang yang popular. Di sini sis  senaraikan 7 masakan tradisional yang susah nak lupa. Lagipun makanan ini semua melambangkan negeri Pulau Pinang. 

1. Nasi Kandar

makanan di pulau pinang

Sebut saja nasi kandar, mesti teringat restoran Nasi Kandar yang sangat popular di Pulau Pinang.

Keunikan nasi kandar menarik pelanggan  sampai beratur panjang nak mencuba nasi kandar dengan pelbagai lauk pauk yang meriah. 

Nasi kandar mempunyai sejarah yang tersendiri di mana ia dibawa oleh India Muslim atau dikenali dengan Mamak Malaysia. 

Nasi kandar adalah satu hidangan nasi kukus dan dihidangkan dengan pelbagai jenis kari malah ada juga hidangan sampingan. 

Untuk hidangan lauk, nasi kandar sesuai dimakan dengan ayam goreng, daging lembu, telur ikan, udang atau pun sotong goreng.

Untuk sayur pula ada campuran sayur seperti kacang bendi, terung dan juga peria. 

Yang penting,  bagi melengkapkan hidangan nasi kandar, campuran sos kari dituangkan atas nasi.

Campuran kuah kari ini lah yang menyedapkan lagi rasa nasi atas satu pinggan. 

2. Laksa Penang 

makanan di pulau pinang

Laksa Penang  yang memang cukup popular di Pulau Pinang. Ada yang panggil asam laksa. Kenapa sis cakap macam tu ? 

Sebab kuahnya lebih cair dan rasanya masam manis. Sis pun memang peminat nombor satu laksa Penang. 

Keunikan laksa Penang sebenarnya adalah pada kuah nya. Nenas dan otak udang diletakkan di dalam kuah laksa Penang yang menjadikan kuah laksa lebih sedap dan lain dari yang lain. 

Untuk satu mangkuk Laksa Penang dihidangkan bersama dengan hirisan timun, telur, daun salad. 

Kalau nak tahu laksa Penang adalah di antara yang tersenarai dalam 50 Makanan Terbaik Dunia.


3. Pasembor

makanan di pulau pinang

Pasembor antara satu menu yang wajib dicuba bila berkunjung di Pulau Pinang. Pasembor juga dikenali sebagai salad India Malayisa.

Rugi rasanya kalau ke Pulau Pinang tapi tak rasa sendiri Pasembor.  

Bahan - bahan yang digunakan untuk membuat pasembor kebanyakannya sayur -sayuran. 

Hidangan ini dimakan bersama tauhu, cucur udang, mee kuning. 

Bagi melengkapkan lagi hidangan ini, mestilah ada kuah. Kuah yang serasi dengan pasembor adalah kuah kacang pedas atau kuah merah manis pedas. 

Sepinggan pasembor pun dah rasa kenyang dan boleh jadi menu diet. 

4. Char Keoy Teow

makanan di pulau pinang

Kalau nak merasa  Char Keoy Teow yang sedap, mana lagi kalau tak Pulau Pinang. Char keoy teow adalah mee beras yang leper. 

Satu Malaysia rasanya dah sinonim dengan perkataan Char Keoy Teow sebab ia adalah hidangan yang tak kira dimakan untuk sarapan pagi, tengah hari ataupun untuk makan malam. 

Untuk membangkitkan lagi aroma Char Keoy Teow mestilah dimasak dengan haba yang tinggi. 

Bahan - bahan tambah yang lain seperti udang, kerang, telur, cili menyedapkan lagi rasa char keoy teow. 

Walaupun char keoy teow ini banyak versi, sekarang dah boleh dinikmati oleh ke semua lapisan masyarakat. 


5. Popia Basah 

makanan di pulau pinang

Biasa kita dengar popia goreng. Bagaimana pula dengan popia basah. Popia Basah adalah salah satu hidangan tradisi di Pulau Pinang. 

Bahan - bahan untuk popia basah adalah tepung yang digunakan untuk buat kulit popia.

Untuk inti dalaman popia basah ada ubi sengkuang, telur, bawang goreng dan udang. 

Hidangan popia basah tidak lengkap tanpa kuah. Hidangan yang sihat sebab tak goreng. 


6.  Mee Goreng Mamak

makanan di pulau pinang

Mee goreng Mamak cukup popular di Pulau Pinang dan digemari oleh ke semua lapisan masyarakat.

Mee goreng Mamak juga di antara menu yang dipilih oleh pelancong - pelancong yang berkunjung ke Pulau Pinang. 

Kelainan untuk mee goreng Mamak ini adalah bergantung kepada penyediaan bahan - bahan yang digunakan. Tidak seperti mee goreng biasa. 


7. Mee Rebus Mamak 

makanan di pulau pinang

Mee rebus ada pelbagai variasi dan di antaranya adalah mee rebus Mamak. 

Biasanya boleh didapati di restoran nasi kandar di Pulau Pinang. Mee rebus Mamak berbeza dengan mee rebus biasa. 

Ia bergantung kepada cara masakan, bahan - bahan yang digunakan dan warna kuahnya. 

Mee rebus Mamak dihidangkan bersama dengan cucur udang, taugeh ,tauhu, telur, daun sup, isi sotong yang telah direbus. 

Kesimpulan 

Ok lah itu semua senarai menu makanan tradisional di Penang yang susah nak lupa. 

Jadi, sekiranya kalian teringin nak makan menu - menu seperti di atas, boleh guna  food delivery Penang. Lagi cepat dan mudah. 

makanan tradisional Pulau Pinang 

1 Comments

  1. Ya Allah.. pasemboq n mee goreng mamak.. alahai sodapnya...kt kelantan ni mana nak cari. Mee goreng mamak ada tapi kalah dgn y kt penang. hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post