Drama Rahimah Tanpa Rahim Tonton Episod 1 Hingga 28 ( Akhir ) Slot Akasia TV3 | Salam semua, drama Rahimah Tanpa Rahim kini ditayangkan di TV 3 di Slot Akasia bagi menggantikan drama Bidadari Salju yang telah pun tamat siaran. Drama ini bersiaran sebanyak 28 episod. Drama ini bersiaran pada pukul 7 malam pada hari Isnin hingga Jumaat. Difahamkan drama ini kecoh di sosial media disebabkan tajuk drama yang menimbulkan pelbagai persoalan dari netizen.
Sis rasa bagi yang tak tahu yang rasa nak persendakan drama ini, sindrom MRKH iaitu Sindrom Mayer Rokitansky Kuster Hauser. Golongan wanita yang mempunyai sindrom ini adalah mereka yang dilahirkan tanpa rahim dan faraj.
Banyak lagi info yang kena tahu pasal sindrom MRKH. Sis sendiri pun pernah dengar cerita tentang sindrom MRKH. Masa tu memang tak tahu pun kewujudan sindrom macam ni. Tak mudah rasanya sebab kita ini manusia biasa ada emosi dan perasaan.
Selanjutnya, korang tonton sendiri. Untuk info drama, barisan pelakon dan sinopsis drama adalah seperti di bawah.
Info Drama Rahimah Tanpa Rahim
- Bilangan Episod : 28
- Hari Dan Masa : Isnin hingga Jumaat pukul 7:00 malam
- Siaran TV : Slot Akasia TV3
- Penulis Skrip : Puovin & Tommy Loh
- Pengarah : Eoon Shuhaini
- Produksi : Country & Universal Sdn Bhd
- Barisan Pelakon : Azlee Khairi, Puteri Aishah, Hafidz Roshdi, Ezzaty Abdullah, Liza Abdullah, Amelina, Mustaqim Bahadon, Sera Melissa, Anne Abdullah, Diana Dee, Badrul Muhayat, Farhan Asri, Azri Iskandar, Che Kem, Kween Keela, Lana Nodin, Zalfa Zin
Barisan Pelakon Dalam Drama Rahimah Tanpa Rahim
- Azlee Khairi sebagai Jauhar
- Puteri Aishah sebagai Rahimah
- Hafidz Roshdi sebagai Adli
- Ezzaty Abdullah sebagai Nurul
- Liza Abdullah sebagai Mak Ani
- Amelina sebagai Puan Sakinah
- Mustaqim Bahadon sebagai Ramzi
- Sera Melissa sebagai Rozana
- Anne Abdullah sebagai Puan Faridah
- Diana Dee sebagai Shidah
- Badrul Muhayat sebagai Pak Akob
- Farhan Asri sebagai Idin
- Azri Iskandar sebagai Tuan Rosdi
- Che Kem sebagai Tuan Firdaus
Sinopsis Drama Rahimah Tanpa Rahim
Drama ini mengisahkan tentang Rahimah (Puteri Aishah) yang menghidap sindrom MRKH. Rahimah merupakan seorang yang penyayang dan baik hati kepada semua orang di sekelilingnya.Dalam masa yang sama, bapa Rahimah, Pak Akob (Badrul Muhayat) sering kelihatan mesra dengan rakan karib anaknya, Shida (Diana Dee DFKL). Perbuatan ini mampu dihidu oleh Rahimah, tetapi setiap kali Rahimah cuba untuk memberitahu Mak Aini, Mak Aini akan memarahinya kerana tidak mempercayai kata-kata Rahimah.
Mengeruhkan lagi keadaan adalah Mak Aini yang tidak suka Rahimah berhubungan dengan Jauhar kerana tidak mahu nama keluarganya terpalit dengan tuduhan dan fitnah orang kampung.
Apakah kaitan Rahimah dengan kes Pak Akob itu? Mampukah perempuan tidak sempurna ini bertahan dalam kehidupannya? Dan adakah Mak Aini mampu pertahankan nama baik keluarganya?
Allahu..sha xpernah dgr pla sindrom ni..ada juga kan sindrom mcm ni..huhu
ReplyDeletePost a Comment