12 Kelebihan Mengamalkan Ayat Kursi Dalam Kehidupan Seharian | Salam semua, ayat Kursi adalah ayat 255 dari surah Al - Baqarah dan digelar juga " Penghulu Segala Ayat Al - Quran .
Sis rasa ramai yang tahu tentang banyak nya fadhilat jika kita sendiri amalkan ayat Kursi dalam kehidupan seharian.
Ayat Kursi diturunkan selepas hijrah Nabi Muhammad SAW, dengan diiringi oleh beribu - ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliannya.
Syaitan dan iblis juga telah menjadi gempar kerana adanya satu alamat yang menjadi halangan dalam perjuangan mereka.
Maka Rasulullah SAW dengan segera memerintahkan Ziad Bin Tsabit ( penulis Al - Quran ) agar menulis serta menyebarkannya.
Maksud Perkataan Kursi
Ayat ini disebut ayat Kursi kerana di dalamnya terdapat perkataan "Kursi" yang bermaksud " Tempat Duduk Yang Megah Lagi Yang Mempunyai Martabat".
Iaitu syiar atas kebesaran tuhan yang meliputi 7 lapis langit dan 7 lapis bumi.
Maksud Ayat Kursi Dari Surah Al Baqarah Ayat 255
Sebut ayat kursi, ada juga yang tanya ayat Kursi dalam surah apa. Ayat Kursi adalah dari surah Al Baqarah ayat 255 dalam Al Quran.
Berikut adalah maksud terjemahan ayat Kursi.
Yang tidak mengantuk usahkan tidur.
Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.
Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.
Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
Bacaan Ayat Kursi Dalam Rumi
Yang ini untuk mudahkan bacaan dalam rumi.
Allahu la ilaha illa Huwa, Al-Haiyul-Qaiyum
La ta’khuzhuhu sinatun wa la nawm,
lahu ma fis-samawati wa ma fil-‘ard
Man zhal-lazhi yashfa’u ‘indahu illa bi-izhnihi
Ya’lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum,
wa la yuhituna bi shai’im-min ‘ilmihi illa bima sha’a
Wasi’a kursiyuhus-samawati wal ard,
wa la ya’uduhu hifdzhuhuma Wa Huwal ‘Aliyul-Azheem
Kelebihan Membaca Ayat Kursi Dalam Kehidupan Seharian
Selalunya kita dengar nak baca ayat Kursi ini baca sebelum nak tidur. Tapi sebenarnya banyak kelebihan lain bila bacaan ayat Kursi diamalkan dalam kehidupan seharian.Berikut beberapa keistimewaan atau kelebihan ayat kursi:
1. Amalkan Baca Selepas Solat Fardu
Kelebihan membaca ayat kursi selepas solat.
Abi Umamah RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap selepas kali solat fardu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati.” (Riwayat al-Thabarani dan al-Nasa’ie – dinilai sahih oleh Imam Ibn Hibban)
2. Dicerdaskan Akal Fikiran Dan Dimudahkan Menerima Ilmu
Syeikh Abul ‘Abas Al-Bunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), lalu ditiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, Insya Allah, dicerdaskan akal fikirannya dan dimudahkannya menerima ilmu pengetahuan.”
3. Hidup Berjiwa Tauhid
Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membaca ayat kursi setiap hari sebanyak 18 kali; Insya Allah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjat dan martabatnya, diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana.
4. Diberikan Pertolongan Dalam Segala Hal
Syeikh Al-Bunni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka Insya Allah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dan melapangkan fikirannya, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
5. Baca ayat Kursi 50 kali Atau Sebanyak 170 kali, Musuh Tidak Akan Melihatnya
Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran dengan isyarat nafas sambil membaca ayat Kursi.
Kemudian ia masuk bersama jamaahnya ke dalam garis lingkaran tersebut menghadap ke arah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebanyak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, Insya Allah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
6. Baca Ayat Kursi 1000 Kali Dalam Sehari Semalam Selama 40 Hari
Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi al-Quran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an).7. Terhindar Dari Kesukaran Duniawi Dan Ukhrawi
Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Sesiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.
8. Baca Ayat Kursi Sebanyak Anggota Sujud ( 7 Kali )
Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulullah SAW.
9. Baca Ketika Hendak Tidur, Menjadi Penjaga Dan Pelindung Syaitan
Sesiapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
10. Baca 7 kali Ayat Kursi Dan 7 Kali Bagi Setiap 3 Qul
Mereka yang mengamalkan membaca 7 kali ayat Kursi dan 7 kali bagi setiap 3 Qul selepas selesai Solat Jumaat, Insya Allah akan mendapat hikmah dan kelebihan yang tidak terduga.
11. Amalkan baca Ayat Kursi 7 kali sebelum Keluar Rumah
Setiap lelaki dan wanita (baik buat isteri-isteri) yang mengamalkan membaca ayat kursi 7 kali sebelum keluar rumah atau semasa perjalanan ke tempat kerja atau kemana sekalipun kecuali bukan niat melakukan maksiat pada Allah SWT maka dia terselamat daripada segala kejahatan yang datang dari syaitan, jin dan manusia antaranya:12. Terselamat Dari Segala Kejahatan Dari Jin, Syaitan Dan Manusia
Terselamat dari terkena sihir; seperti ubat pengasih (mengasih seseorang tanpa kehendak hatinya), penganiayaan (santau ), penipuan dan sebagainya kerana semua ini ada bersangkutan dengan jin dan syaitan.Kesimpulan kat sini, kelebihan membaca ayat Kursi ini banyak. Kalau dah dijadikan amalan dalam kehidupan , InsyaAllah terhindar dari segala masalah. Semoga Kita jadikan ayat- ayat dalam Al Quran ini sebagai satu amalan dan semoga Allah terima amalan kita.
Baca Juga :
3. Jaga 6 Adab Menziarahi Kubur Dan Hikmahnya
Kredit : https://akuislam.com/blog/ayat-kursi/
Kredit : https://akuislam.com/blog/ayat-kursi/
Post a Comment