Drama Semua Salahku Lakonan Nafiz Muaz Dan Fasha Sandha Di Slot Lestary TV3 |Salam semua, tamat sudah drama Melastik Ke Hatimu. Drama untuk slot Lestary kali ini digantikan dengan drama Semua Salahku. Ulang siar balik ni. Drama ini gandingan pelakon Fasha Sandha dan Nafiz Muaz. Drama yang pernah ditayangkan pada tahun 2019. Sis ada tonton tapi tak ingat jalan cerita dah. Kalau sesiapa yang teringin nak tonton balik, sekarang tengah tayang di TV3. Perasan slot Lestary sekarang ini mula tayang hari Rabu hingga Sabtu. Kalau dulu Rabu hingga Jumaat
Untuk info, barisan pelakon dan sinopsis adalah seperti di bawah.
Info Drama Semua Salahku
- Bilangan Episod : 13 episod
- Masa Tayangan : 9 malam
- Penulis Skrip : Wan Mahani Hassan
- Pengarah : Along Kamaludin
- Produksi : A.Aida Production Sdn Bhd
- Barisan Pelakon : Fasha Sandha, Nafiz Muaz, Intan Najuwa, Neera Azizi, Dayang Areeda, Fauziah Nawi, Adiba Yunus, Fadlan Hazim, Syed Aiman, Nafiez Zaidi, Zaidi omar, Zee Zainal, Idham Maulana, Afzan A Rahman, Aman Suwardi, Farisha Irwayu, Nor Azifah Abidin, Idham Maulana
Barisan Pelakon Dan Watak Dalam Drama Semua Salahku
- Fasha Sandha sebagai Sofea
- Nafiz Muaz sebagai Harris
- Intan Najuwa sebagai Mira
- Neera Azizi sebagai Shila
- Dayang Areeda sebagai Yanti
- Fauziah Nawi sebagai Fatimah
- Adiba Yunus sebagai Murni
- Fadlan Hazim sebagai Iqbal
- Syed Aiman sebagai Rosli
- Nafiez Zaidi sebagai Imran
- Zaidi omar sebagai Pak Ngah Hassan
- Zee Zainal sebagai Amri
- Idham Maulana sebagai Naim
Sinopsis Drama Semua Salahku
Drama ini mengisahkan Sofea, seorang anak yang derhaka pada ibunya dan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada anaknya iaitu, Haris. Ketika Haris masih kecil, bapanya meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta menyebabkan ibunya, Sofea terbeban kerana terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan pendapatan.
Bagi menambah pendapatan, Fatimah, ibu Sofea mencadangkan Sofea untuk memasuki kelas solekan. Sofea mula berkecimpung dalam bidang solekan dan sedikit sebanyak telah membantu menambah pendapatan Sofea.
Malangnya, kasih sayang dan keperluan Haris mula terabai apabila Sofea berkahwin dengan Iqbal. Namun perkahwinan itu tidak bertahan lama apabila Iqbal terlibat dalam kemalangan dan menyebabkan Sofea kehilangan wang simpanannya.
Tertekan dengan kehilangan wang, Sofea mengurangkan wang belanja Haris dan juga perbelanjaan di rumah. Sofea tidak mahu berterusan hidup susah dan menghabiskan wangnya untuk pergi ke Spa demi untuk menjaga penampilannya agar dapat mencari lelaki kaya.
Haris yang dahulunya seorang pelajar cemerlang mula terlibat dengan masalah disiplin dan prestasinya semakin merosot kerana sering diabaikan Sofea. Haris mula bergaul dengan Naim, seorang mat rempit yang terlibat dalam kegiatan merompak kerana dia mahu memenuhi kehendak Mira gadis yang diminatinya.
Adakah Haris, pelajar cemerlang akan terus tersasar jauh daripada landasan kebaikan dek terabai oleh kasih sayang seorang ibu? Adakah Sofea akan tersedar daripada angan-angannya?

Lama tak nampak fasha berlakon sejak² anak kecik ni
ReplyDeletePost a Comment