Resepi Puding Roti Karamel Tanpa Kukus Hanya 6 Bahan Sukatan Cawan | Salam semua, mesti ramai yang resah gelisah kalau nampak roti yang tak sempat nak habiskan. Banyak resepi yang boleh dibuat dengan roti putih selain dari makan saja dan sapu jem kan. Tapi nak fikirkan idea tu bukan senang. Kalau macam sis, nak buat resepi yang melibatkan roti, tak nak yang renyah sangat. Kalau boleh resepi yang mudah nak buat. Terlintas nak buat resepi puding roti karamel mudah. Biasanya kita dengar nak buat puding roti karamel mesti kena kukus kan. Ok, yang sis buat ini tak payah kukus, hanya bakar dalam oven saja.
Resepi ini boleh untuk hidangan 5 orang makan. Loyang pun guna yang 8".
Cara Nak Kukus Puding Roti Karamel
1. Sediakan periuk kukusan letakkan air dan biarkan air sampai mendidih.
2. Pastikan tutup loyang dengan kertas timah atas permukaan untuk elakkan air menitis. Atau boleh balutkan tudung kukusan dengan kain.
3. Kemudian, letakkan loyang dan kukus hingga masak ikut masa yang ditetapkan.
Apa Itu Kaedah Steam Bath ?
1. Kaedah steam bath ataupun dikenali juga sebagai Bain Marie adalah kaedah memasak secara stim.
2. Bila buat kaedah steam bath, ia bertindak sebagai pelindung aliran terus haba dari oven.
3. Caranya, loyang yang berisi adunan dimasukkan ke dalam loyang lain yang berisi air panas.
4. Dengan kaedah ini, paling utama adalah untuk elakkan adunan dari cepat hangus.
Disebabkan ini resepi puding dan tak nak bagi cepat hangus, kena buat kaedah steam bath. Contoh gambar di atas. Gambar pinjam dari Mr Google.
Untuk karamel, sis suka lagi gelap sebab nampak cantik bila dah telangkupkan macam gambar yang paling atas. Kalau kalian suka karamel yang lagi gelap, kena hanguskan lagi lama.
Gambar di bawah karamel sedang mengeras selepas baru saja angkat dari api.
Untuk video langkah demi langkah, kalian boleh tonton video di bawah.
Resepi Puding Roti Karamel 6 Bahan Sukatan Cawan Tanpa Kukus
Bahan untuk karamel
6 sudu besar gula pasir
Bahan untuk puding
5 keping roti
3/4 cawan susu pekat
1 1/2 cawan susu cair
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
Cara - Cara
1. Guna loyang 8", masukkan gula pasir. Di dalam kuali, panaskan gula pada api yang perlahan sehingga menjadi keperangan.2. Masa tengah cairkan sambil pusingkan loyang biar karamel rata menutupi ke semua bahagian dalam.
3. Kemudian, kisarkan semua bahan-bahan puding ke dalam mesin pengisar.
4. Masukkan ke dalam loyang karamel tadi.
4. Masukkan ke dalam loyang karamel tadi.
5. Sediakan loyang yang besar dari loyang puding.
6. Masukkan loyang puding ke dalam loyang yang besar.
7. Masukkan dalam oven yang telah dipanaskan.
8. Tuangkan air mendidih ke dalam loyang besar dengan hati - hati sampai tenggelam loyang puding.
9. Bakar pada suhu 150 C dalam masa 40 minit atau hingga permukaan atas puding nampak keperangan.
10. Setelah masak, biarkan hingga sejuk sepenuhnya. Kalau nak sejuk, boleh simpan dalam peti sejuk terlebih dahulu.
11. Sisipkan pisau sekeliling loyang, sediakan pinggan baru telangkupkan ke atas pinggan.
12. Potong dan sedia untuk dihidangkan.
Nota :
1. Jika nak kukus,kukus selama 20 minit atau sehingga sudah tidak cair lagi.
Selamat mencuba resepi puding roti karamel yang mudah ini.
Baca Juga :
Post a Comment