Cara Lafaz Niat Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka Puasa Dalam Arab Dan Rumi

Cara Lafaz Niat Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka Puasa Dalam Arab Dan Rumi| Salam semua, setiap kali nak masuk bulan ramadhan, memang sis akan ulangkaji balik cara lafaz niat puasa ramadhan. Niat puasa sebulan ramadhan dan juga niat puasa harian. 

Kadang - kadang lupa, itu yang kena ulangkaji balik. Sebelum itu, sis nak bagi tahu korang buffet ramadhan 2023 nanti nampaknya akan meriah setiap kali bulan ramadhan. 

Berbalik apa yang sis nak bagi tahu tadi, setahun sekali dalam bulan Islam,umat Islam menyambut ramadhan yang penuh suci dan berkat. 

Bila sis baca dan buat carian google, maksud ramadhan adalah panas yang sangat terik. 

Ini disebabkan kerana pada bulan tersebut di tanah Arab kebiasaannya cuaca adalah panas. 


Cara lafaz niat puasa ramadhan dan doa berbuka puasa


Peristiwa penting pada bulan ramadhan di mana bulan ramadhan juga merupakan bulan penurunan Al - Quran. ( Nuzul Al Quran ). 

Bila nak ulangkaji balik cara lafaz niat puasa ini kena ingatkan balik perkara - perkara lain yang boleh buat dan apa yang tak boleh buat di bulan puasa. 

Bukan senang nak kejar pahala. Sebab selalunya kita lupa kan. 


Pengertian Puasa 

Maksud puasa pada bulan ramadhan adalah menahan diri daripada makan dan minum dan juga segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hingga lah terbenam matahari.

Berpuasa pada bulan ramadhan merupakan salah satu rukun islam. Maka, hukum berpuasa pada bulan Ramadhan adalah wajib untuk semua umat islam. 


Dalil Kewajipan Puasa Ramadhan 

Umat islam diwajibkan berpuasa adalah berdasarkan dalil dari Al Quran Surah Al Baqarah ayat 183.

Cara Lafaz Niat Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka Puasa Dalam Arab Dan Rumi


Maksudnya : 

Wahai orang - orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat - umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang - orang yang bertakwa. 

Hadis Rasulullah SAW adalah seperti berikut : 

Diriwayatkan oleh Ahmad, An - Nasa'i dan Al Baihaqi daripada Abu Hurairah, maksudnya 

" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadan bulan yang penuh berkat. Allah telah memfardukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan ramadhan itu, dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu nerakaserta dibelenggu segala syaitan.  

Syarat - Syarat Sah Puasa 

Syarat - syarat sah puasa ada 4 iaitu : 

1. Orang Islam
2. Berakal tidak sah jika gila atau kanak - kanak belum mumaiyiz. 
3. Suci daripada haid dan nifas
4. Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram berpuasa

Perkara - Perkara Yang Boleh Membatalkan Puasa 

Puasa boleh terbatal sekiranya melakukan perbuatan - perbuatan seperti berikut : 

1. Makan dan minum dengan sengaja
2. Muntah dengan sengaja
3. Melakukan persetubuhan di siang hari
4. Keluar air mani dengan sengaja
5. Keluar darah haid atau nifas 
6. Hilang akal 
7. Pitam atau mabuk sepanjang hari
8. Merokok di siang hari termasuk hisap ganja atau dadah
9. Murtad 
10. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka. Contohnya seperti menyembur pewangi atau penyegar mulut. Perbuatan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara ke dalam rongga kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga. 

Cara Lafaz Niat Puasa Sebulan ( Bacaan Rumi Dan Arab ) 

Bacaan niat puasa ramadhan untuk sebulan dalam rumi dan arab.

Baca niat ini sekali saja pada malam pertama ramadhan. 

Cara Lafaz Niat Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka Puasa Dalam Arab Dan Rumi


Nawaitu souma syahri Ramadhana Kul'lihi Lil'lahi Ta'ala

Maksudnya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan ramadhan kerana Allah Taala

Cara Lafaz Niat Puasa Ramadhan  Harian ( Bacaan Rumi Dan Arab ) 

Jika berniat untuk harian, kena berniat setiap malam

Cara Lafaz Niat Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka Puasa Dalam Arab Dan Rumi
Nawaitu Sauma Rghodin An Ada’ie Fardhi Shahri Ramadana Hazihissanati Lillahi Taala

Maksudnya : 

Sahaja aku berpuasa pada esok hari disebabkan menunaikan fardu bulan ramadhan tahun ini kerana Allah Taala

Doa Buka Puasa Lengkap Dalam Rumi Dan Arab 

Ini adalah doa Buka puasa yang dibaca ketika waktu berbuka puasa dah masuk. Doa ini boleh dibaca untuk sendirian dan juga beramai - ramai. 

Bacaan untuk doa berbuka puasa sendirian adalah seperti di bawah : 

Doa Berbuka Puasa Sendiri

Cara Lafaz Niat Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka Puasa Dalam Arab Dan Rumi

Allahumma Lakasumtu Wabika Aamantu Wa’alaa Rizqika Afthortu Birohmatika Yaa Arhamar Roohimiin

Maksudnya : 

Ya Allah kerana Mu aku berpuasa, Dengan Mu aku beriman, kepada Mu aku berserah dan dengan rezeki Mu aku berbuka puasa dengan rahmat Mu, Ya Allah Tuhan maha pengasih


Doa Berbuka Puasa Ramai 

Bacaan untuk doa berbuka puasa beramai - ramai adalah seperti di bawah : 

Cara Lafaz Niat Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka Puasa Dalam Arab Dan Rumi

Allahumma Lakasumna Wabika Aamanna Wa’alaa Rizqika Afthorna Birohmatika Yaa Arhamar Roohimiin

Maksudnya : 
Ya Allah kerana Mu kami berpuasa, Dengan Mu kami beriman, kepada Mu kami berserah dan dengan rezeki Mu kami berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih

7 Kelebihan Ramadhan Yang Perlu Diketahui 

Bulan ramadhan banyak kelebihan jika betul - betul menghayati bulan yang penuh suci dan barakah. Bulan di mana untuk kita melatih untuk menjadi muslim yang patuh dan taat kepada Allah. 

Ini 7 kelebihan bulan ramadhan yang ratanya ramai tak tahu. 

1. "Orang yang berpuasa pada bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan penuh harapan maka akan diampuni dosa- dosanya yang lepas" Sabda Nabi Muhammad SAW 

Dosa - dosa yang dimaksudkan adalah dosa - dosa kecil. Manakala dosa besar perlu taubat yang khusus. 
Sekiranya dosa tersebut melibatkan manusia, perlu minta maaf terlebih dahulu dengan mangsa, baru lah Allah akan ampunkan dosa tersebut. 

2. Di syurga terdapat sebuah pintu yang bernama al- Rayyan. Orang - orang yang berpuasa akan masuk pintu tersebut. 

Bila dah masuk pintu tersebut, maka pintu itu akan dikunci sehingga orang orang selain mereka tidak dapat masuk ke dalamnya.

3. Orang yang berpuasa satu hari ketika berjuang pada jalan Allah, wajahnya akan dijauhkan Allah dari neraka sejauh 70 kali musim luruh.

4. Malam Lailatul Qadar, yang lebih baik dari seribu bulan Allah anugerahkan kepada manusia.

5. Orang yang membuat amalan kebaikan pada bulan ramadhan Allah akan gandakan pahala. 

6. Doa ketika waktu berbuka adalah waktu yang mustajab. Jangan lepaskan peluang ini untuk berdoa kepada Allah. 

7. Pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan semua syaitan dirantai. Puasa bukan setakat menahan makan dan minum, 

Perkara - Perkara yang Disunatkan Ketika Berpuasa 

1. Segera berbuka puasa dan sunat berbuka dengan kurma atau  makanan manis atau air
2. Makan sahur serta melambatkannya kerana ada berkat
3. Solat Tarawih berjemaah pada malam harinya
4. Memberi makan orang - orang yang berpuasa
5. Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebajikan
6. Pada 10 malam terakhir ramadhan, banyakkan ibadah untuk mendapatkan malam Lalilatulqadar
7. Sentiasa bersedekah pada bulan ramadhan 
8. Jauhi percakapan yang sia - sia

Golongan Yang Diberi Kelonggaran Berbuka Puasa Sebelum Waktunya 

Gologan di bawah adalah golongan yang diberi kelonggaran untuk berbuka puasa. 

1. Orang sakit 
2. Orang bekerja buruh
3. Orang yang dalam perjalanan lebih daripada 2 marhalah ( Musafir ) 
4. Orang tua yang lemah
5. Wanita yang hamil dan menyusukan anak


Baca Juga :



Kredit

1.  https://www.facebook.com/630030347128780/posts/hukum-niat-puasa-sebulan-terlupa-niat-dan-hal-berkaitan-niat-puasa-insyaallah-pe/829471090518037/

2. https://akuislam.com/blog/ibadah/niat-puasa-ramadhan/

3. https://ms.wikipedia.org/wiki/Puasa_(Islam)#Rukun_puasa

4. http://syariah.perak.gov.my/index.php/blog/314-keutamaan-bulan-ramadan

5. https://www.islamituindah.my/doa-berbuka-puasa-dan-selepas-berbuka/

6. https://www.mstar.com.my/xpose/addin/2019/05/05/kelebihan-ramadan

1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post