Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Episod 1 Hingga 40 (Akhir) Slot Megadrama Astro Ria | Salam semua, akhirnya drama yang ditunggu - tunggu oleh ramai peminat, drama Rindu Awak Separuh Nyawa adaptasi dari novel hasil karya Siti Rosmizah. Meletup - letup nama novelis Siti Rosmizah sejak tamatnya drama 7 Hari Mencintaiku 2. Drama Rindu Awak Separuh Nyawa watak hero masih sama Syukri Yahya tapi untuk watak wanita utama dibawakan oleh Uqasha Senrose. Rasanya makin meletup jugak drama ni. Drama ini ditayangkan di slot Megadrama saluran Astro Ria HD ( 104 ) dan Astro Ria ( 124 ). Episod drama kali ini panjang ya hingga 40 episod.
Drama ini terbitan syarikat SR One Sdn Bhd dan di bawah pengarah Along Kamaludin. Untuk info, drama, barisan pelakon dan juga sinopsis drama boleh baca di bawah ya.
Info Drama Rindu Awak Separuh Nyawa
- Bilangan Episod : 40
- Tarikh Tayangan : 23 Mac 2021
- Hari Dan Masa : Isnin hingga Khamis, 10:00 malam
- Siaran TV : Slot MegaDrama Astro Ria & Ria HD
- Penulis Skrip : Rozie Rashid & Amka Ahmad
- Penulis Novel : Siti Rosmizah
- Pengarah : Jamal Khan, Along Kamaludin
- Produksi : SR One Sdn Bhd
- Barisan Pelakon : Shukri Yahaya, Uqasha Senrose, Fizo Omar, Marsha Milan, Khairil Anwar Aman, Aida Khalida, Noorkhiriah, Balkisyh Semundur Khan, Ikhlas Jalil, Norreen Iman, Fiza Thomas, Munira Iwan, Fauzi Nawawi, Aleza Shadan, Farouk Hussain, Farez Ridzwan, Fareez Fauzi, Silfeny Osman, Puteri Rafasya
Barisan Pelakon Drama Rindu Awak Separuh Nyawa
- Syukri Yahaya sebagai Nazril Nazim
- Uqasha Senrose sebagai Kasih Maisara
- Marsha Milan sebagai Nurul Huda
- Norreen Iman sebagai Qistina
- Fizo Omar sebagai Aidil
- Aida Khalida sebagai Puan Norida
- Khairil Anwar Aman sebagai Datuk Raqib
- Rahim Jailani sebagai Dato Halim
- Fiza Thomas sebagai Sally
- Norkhiriah sebagai Kak Munah
- Aleza Shadan sebagai Esah
- Balkisyh Semundur Khan sebagai Jah Kelip
- Ikhlas Jalil sebagai Izudin
- Fiza Thomas sebagai Sally
- Fauzi Nawawi sebagai Kasim
- Aleza Shadan sebagai Esah
Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa
Drama ini menigsahkan Maisara menyimpan dendam terhadap ayahnya, Dato’ Raqib, kerana dia merasakan bahawa Dato’ Raqib merupakan penyebab kematian ibunya. Kerana dendam itu, Maisara telah menggunakan Aidil, anak lelaki kepada sahabat baik bapanya sebagai kambing hitam dalam rancangan memalukan ayahnya.Dalam kejadian lain, Maisara hampir melanggar Nazril Nazim yang sedang menunggang motorsikal. Tercetus perbalahan kecil sewaktu mereka berdua bersemuka buat pertama kali itu.
Pelbagai cara yang Maisara gunakan untuk mendekati Nazril. Tanpa Maisara ketahui, keluarga Nazril telah memilih Nurul Huda, gadis sekampung Nazril sebagai calon isteri buat Nazril dan mereka bakal disatukan setelah keduanya habis belajar.
Panjangnya episod!
ReplyDeletewow panjangnye
ReplyDeletePost a Comment