Resepi Teresek Jantung Pisang Kelantan Sedap Sangat

Resepi Teresek Jantung Pisang Kelantan Sedap Sangat | Salam semua, teresek satu menu resepi Kelantan yang menggunakan bahan utama adalah jantung pisang. Jantung pisang kalau yang dah biasa tengok buat ulam kan. Buat kerabu pun boleh jantung pisang ni. Tapi kali ini, jantung pisang kena masak. Menu kampung sudah tentu sedap. Kalau ada menu ini, sis tak pandang dah menu lain, makan dengan nasi panas. Apa yang uniknya jantung pisang ini dimasak dengan campuran bahagian ayam seperti kaki, hati dan hempedal. 


Resepi teresek jantung pisang kelantan


Tak guna isi ayam ya, memang kena guna bahagian tu. Tak semua jantung pisang boleh guna untuk masak. Sebab jantung pisang ada rasa pahit dan ada yang tak. Nak cari jantung pisang yang tak pahit tu susah kalau tak kenal jenis pokok pisang. 


Sis memang tak berapa pandai bab jantung pisang. Tengok pokok pisang, jantung pisang semua sama saja. Yang pandai nya mak sis. Dia boleh kenal jantung pisang apa. 


Senarai nama jantung pisang kalau bahasa luar sis tak berapa pandai nak sebut. Yang senarai ini semua ada dalam bahasa luar dan juga bahasa yang sinonim dipanggil di Kelantan. Antara jantung pisang yang boleh dimakan dan dimasak adalah dari jenis pisang seperti berikut : 


1. Pisang berangan ( Kelantan panggil pisang "jela berange" )

2. Pisang kebatu

3. Pisang kapas

4. Pisang kelat lego

5. Pisang galo

6. Pisang rago


Nak senang pergi pasar beli jantung pisang yang penjual jual, tanya lah jantung pisang apa, asalkan dia tak tipu. 


Resepi teresek jantung pisang kelantan

Nak bersihkan jantung pisang ada petuanya tak nak bagi jantung pisang jadi hitam dan bergetah sangat. Agak renyah sikit nak buat resepi teresek sebab nak cuci nak bersihkan jantung pisang ini bukan mudah juga. Jantung pisang kalau tak cuci dengan betul, ia akan bergetah. 


Dan lagi satu ia boleh jadi hitam. Jadi, petua rebus jantung pisang tidak hitam, kalian boleh baca dalam resepi di bawah ya. Nak tonton video yang sis buat, boleh tonton sini 



Dalam video, sis guna periuk tekanan Noxxa, kalau nak guna periuk biasa pun boleh. Sis guna periuk tekanan sebab nak cepat lembutkan kaki ayam semua tu.

Cubalah ya, resepi menu kampung teresek jantung pisang Kelantan. Buat tambahan baru untuk senarai menu jantung pisang. 

Resepi teresek jantung pisang kelantan

Resepi Teresek Jantung Pisang Kelantan Sedap Sangat


Bahan - Bahan 
1 biji jantung pisang besar 
Campuran kaki ayam, hempedal dan hati ayam anggaran untuk 400 gm - 500 gm
8 ulas bawang merah *
4 ulas bawang putih *
8 tangkai lada kering rebus biar kembang *
4 hiris lengkuas *
1 cawan air asam jawa 
3 cawan santan 
2 1/2 sudu besar serbuk kari daging 
1 biji lada besar hijau dihiris 
Sekeping gula melaka atau secukupnya 
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan Untuk Rebus Jantung Pisang
1. Buat air garam terlebih dahulu.
2. Jantung pisang dibuang beberapa kelopak dan dihiris dalam 2 cm tebal membulat.
3. Terus masukkan ke dalam air garam yang dah sedia ada.
4. Biarkan dalam 1 - 2 jam untuk buang segala getah yang ada.
5. Selepas beberapa jam, air berubah jadi warna putih, tanda getah dah keluar.
6. Basuh dan sejatkan.
7. Masukkan air ke dalam periuk dan masukkan jantung pisang.
8. Rebus hingga jantung pisang jadi lembut.
9. Dah masak, sejatkan dan bila dah sejuk boleh perah bagi air dalam jantung pisang keluar.
10. Ketepikan sekejap.


Cara Penyediaan Untuk Masak Teresek
1. Bahan - bahan yang bertanda * dikisar halus.
2. Masukkan serbuk kari daging dalam bahan yang dikisar halus dan gaul sebati dalam mangkuk lain.
3. Campuran kaki ayam, hempedal dan hati ayam boleh potong ikut suka.
4. Tumiskan bahan yang dikisar bersama serbuk kari daging hingga naik minyak.
5. Kemudian, masukkan campuran bahagian ayam dan gaul sebati. 
6. Masukkan santan, asam jawa, gula melaka dan garam secukup rasa.
7. Biarkan mendidih sampai campuran ayam dah masak, boleh masukkan jantung pisang yang dah diperah tadi. 
8. Gaul sebati dan biarkan mendidih hingga kuah kering sikit. 
9. Perasakan dengan garam jika kurang masin dan tambah hirisan lada gaul lagi sebati.
10. Siap untuk dihidangkan. 

Baca Juga : 



2 Comments

  1. belum pernah rasa lagi resepi ni Wani, betul tu jantung pisang kalau silap pilih ada yang pahit juga .

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post