Nak Zakat, Wakaf, Infaq dan Sedekah Online? Guna Aplikasi Tulus

Nak Zakat, Wakaf, Infaq dan Sedekah Online? Guna Aplikasi Tulus | Zaman sekarang serba serbi di hujung jari, sekarang ni bila dah timbul aplikasi yang boleh kita nak sedekah secara online pun dah banyak. Ini termasuklah aplikasi TULUS. Apa yang istimewa sis nak bagi tahu kat korang semua ni yang aplikasi TULUS banyak kelebihan jika korang download. Nak bayar zakat, nak wakaf, infaq dan juga sedekah secara online. Semuanya boleh. 

Nak Zakat, Wakaf, Infaq dan Sedekah Online? Guna Aplikasi Tulus

Aplikasi Tulus : Pembayaran Zakat, Wakaf, Infaq Dan Sedekah Secara Online 

Pelbagai urusan amal jariah merangkumi zakat, wakaf, infaq dan sedekah kini mampu disempurnakan pembayarannya melalui kaedah secara digital dengan begitu mudah, hanya di hujung jari.

Berikutan pandemik yang melanda dunia pada masa kini telah menyebabkan pembayaran zakat melalui kaedah yang diamalkan sebelum ini telah terkesan. Pelbagai kekangan serta SOP yang perlu dipatuhi telah menyebabkan lebih banyak organisasi lebih selesa untuk melaksanakan urusan zakat serta sumbangan secara dalam talian.

Sehubungan dengan itu, aplikasi Tulus sebagai sebuah platform pembayaran beretika yang mematuhi asas syariah dibangunkan oleh Tulus Digital Sdn Bhd (Tulus Digital), memberi peluang kepada masyarakat Islam untuk melaksanakan pembayaran pelbagai urusan berkaitan amal jariah dengan mudah dan telus.

Nak Zakat, Wakaf, Infaq dan Sedekah Online? Guna Aplikasi Tulus

Menurut Pengerusi Eksekutif Tulus Digital, Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, aplikasi mudah alih berkenaan memberikan kemudahan pembayaran secara digital kepada pengguna tanpa mengira masa dan lokasi mereka dengan menggabungkan semua organisasi Islamik yang merangkumi perkhidmatan pembayaran zakat, wakaf, infaq dan sedekah.

“Istimewanya di bulan Ramadan kali ini, aplikasi Tulus turut menyediakan saluran pembayaran zakat fitrah bagi 9 negeri di Malaysia yang merangkumi Wilayah Persekutuan dan WP Labuan, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Johor, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan serta Perlis.” katanya.


Di samping itu, Tulus juga menjalin kerjasama strategik dengan Touch 'n Go eWallet dan Ikhlas.com bagi pembayaran zakat di bulan Ramadan ini. Pihak Tulus Digital juga menyediakan pembayaran bagi imbasan kod QR melalui aplikasi SnapNPay yang boleh digunakan untuk pembayaran zakat fitrah untuk kesemua negeri-negeri yang tersenarai di atas termasuk negeri Perak.

Nak Zakat, Wakaf, Infaq dan Sedekah Online? Guna Aplikasi Tulus


Muat Turun Di Google Play Dan Apple iOS Store 

Aplikasi mudah alih Tulus dan SnapNPay boleh dimuat turun daripada Google Play Store dan Apple iOS Store. Selain itu, bayaran zakat ke setiap negeri juga boleh dibuat secara dalam talian di laman sesawang https://tulus.app

Menurut Dr. Mohd Daud, syarikat juga optimis untuk membantu 800,000 sehingga 1,000,000 pembayar zakat dalam menunaikan kewajipan mereka pada Ramadan tahun ini.

“Bagi perancangan masa hadapan, kami berhasrat untuk meluaskan perkhidmatan yang terdapat di aplikasi melibatkan pembayaran bagi pelbagai urusan amal jariah yang lain termasuk ibadah korban, aqiqah, khairat, takaful dan seumpamanya,” katanya.

Aplikasi Tulus dibangunkan oleh Tulus Digital (dahulu dikenali sebagai SnapNPay Digital Sdn Bhd), iaitu syarikat Islamik fintech berteraskan pembangunan kewangan sosial yang menyediakan fasiliti pembayaran beretika melalui dua aplikasi mudah alih Tulus dan SnapNPay bagi memperkasa ekonomi dan kesejahteraan ummah merangkumi gaya hidup digital kepada rakyat Malaysia.

Nak Zakat, Wakaf, Infaq dan Sedekah Online? Guna Aplikasi Tulus

Bertemakan “Nak Zakat, Wakaf, Infaq dan Sedekah Online? #TulusJerlah!”, Tulus Digital mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya umat Islam bersama-sama menggunakan aplikasi ini sebagai salah satu cara untuk membuat sumbangan dan pembayaran zakat secara digital.

Ok dah baca kan. Banyak kelebihan bila dah ada aplikasi Tulus ni. Jom sama - sama kita download. 






Post a Comment

Previous Post Next Post