Resepi Kek Buah Kukus Super Moist Dan Tips Untuk Elak Buah Mendap Bawah

Resepi Kek Buah Kukus Super Moist Dan Tips Untuk Elak Buah Mendap Bawah | Salam semua, kek buah kukus adalah kek buah legend yang sentiasa ada peminat dari dulu hingga lah sekarang. 

Kek orang lama ni. Siapa peminat kek buah kukus sini. Permintaan pun memang selalu ada tak kira di musim perayaan atau bukan musim perayaan. 

Lagipun, sekarang ni dah ramai yang berniaga kek buah kukus. Harga kek buah kukus ni boleh tahan mahal. 

Banyak faktor sebab kenapa kek buah kukus ni mahal. Antaranya bahan - bahan yang digunakan. Lagi satu nak kukus sampai 4 jam untuk sebiji kek. 

kek buah

Kalau yang suka komen mahal, mahal tu, tengok bahan yang digunakan, kalau semua bahan premium memang mahal untuk sebiji kek buah kukus. 

Habis lama nak kukus pun sampai 4 jam. Nak lagi moist tekstur kek buah kukus dan nak bagi kek tahan lama, memang kena kukus lama. 

Orang kata nak buat kek buah kukus pun ada petua - petua jugak. Persoalan kenapa kek buah kukus kering, kenapa buah tenggelam dalam kek. 

Nanti sis bagi tahu ya. Kek buah ni pulak sedap dimakan selepas beberapa hari dibuat, Lagi terasa buahnya. 

Resepi kek buah kukus ni macam - macam cara orang buat. Sis follow yang mudah nak buat. Tak pakai mixer  Ok, ini resepi ya 

kek buah

Resepi Kek Buah Kukus Super Moist 

Bahan - Bahan
250g butter ( disarankan high quality butter)
350g gula pasir
60ml air panas ( saya guna 1 cawan air panas )
500g buah-buahan campuran 
3 biji telur gred A 
350g tepung gandum*
1 sudu kecil cream of tartar*
1/2 sudu kecil soda bicarbonat* 
1 sudu kecil serbuk buah pala/netmug* ( ganti dengan serbuk kulit kayu manis )
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar sunquick ( tambah 2 sudu besar )
1 sudu kecil esen vanila

Cara - Cara
1. Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan.
2. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran dan juga susu pekat dan sunquick. Kacau kemudian sejukkan.
3. Ayak bahan bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit
menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
4. Mangkuk lain, pukul telur dan esen dengan handwhisk hingga sebati tak perlu terlalu kembang sangat dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
5. Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan
adunan kek ke dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil.
6. Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh dikukus 2 jam saja)
7. Sejukkan kemudian potong. (Pastikan kek betul - betul sejuk seeloknya semalaman supaya kek
dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong).


kek buah

Tips Untuk Elak Buah Mendap Bawah

Mesti ramai yang buat kek buah untuk kali pertama, bila nak potong tu, buah mendap ke bawah kan. Ok ini petua kek buah tidak mendap cara sis. 

Ikut yang biasa sis buat, lepas kek buah masak, sis biarkan kek buah dalam pengukus semalaman. Hanya tutup api biarkan dalam pengukus, Jangan bawa angkat keluar terus. 

Lagi satu air kukusan mesti mendidih betul - betul bila nak masukkan kek. Jika air kukusan tak cukup panas, buah akan mendap ke bawah. Steam dari air panas tu menolak buah - buahan. 

Tambah air panas mendidih setiap 1 atau 2 jam. 

Ada tips buah kena gaul dengan tepung atau dijemur supaya ia tak basah, tapi sis buat cara seperti di atas, ok alhamdulillah buah tak mendap ke bawah. 

Tips Untuk Elak Kek Buah Kering 

Mesti ramai yang tertanya - tanya juga kenapa kek buah kering ?. Langkah nak pukul telur tidak boleh dipukul terlalu lama, sekadar pukul manja saja dan jangan terlalu kembang. 

Tips Untuk Potongan Kek Buah Cantik 

Cara sis untuk potong kek buah nampak smooth dan cantik, sis simpan dalam peti terlebih dahulu beberapa jam. Kemudian, keluarkan dan boleh lah potong macam biasa dengan pisau tajam.

Buah banyak dalam kek, jadi nak elak buah terburai, kena simpan dalam peti terlebih dahulu. Lagipun kek buah tahan lama sekiranya dalam 4 jam kena kukus. Kek buah pun bertambah sedap 

InsyaAllah ikut  ke semua tips ini, menjadi lah kek buah kukus yang super moist nanti. Yang penting nak kukus tu, tutup loyang dengan kertas timah nak elak air wap masuk. 

Atau korang ada tips lain yang boleh dikongsi. Boleh komen di ruangan komen

Kalau korang nak tercari - cari resepi kek marble yang lembut dan gebu. Boleh cuba resepi tu. 

Baca Juga : 



2 تعليقات

إرسال تعليق

أحدث أقدم