10 Senarai Permainan Zaman Kanak - Kanak Yang Saya Pernah Main Sebelum Wujudnya Game Online | Salam semua, permainan budak zaman dulu dan zaman sekarang dah banyak jauh beza. Budak - budak zaman sekarang pun dah jarang nampak bermain luar rumah kan ,walaupun halaman rumah sendiri. Sekarang ni banyak duduk dalam rumah mengadap gajet telefon. Kalau teringat balik zaman kanak - kanak sis dengan permainan dulu - dulu memang menggamit nostalgia sungguh.
Adik - beradik sis semua lahir dalam era 80 - an hingga awal 90 - an. Kami pun memang banyak bermain luar rumah daripada duduk dalam rumah, biasalah budak kan, kalau mak tak panggil dah senja pun selagi tu lah bermain luar rumah.
Sis dulu banyak bermain dengan anak - anak jiran. Kadang - kadang cuti sekolah memang anak jiran datang rumah ajak main. Kadang - kadang, sis pergi rumah dia nak main. Zaman budak - budak ni memang tak boleh duduk diam asyik nak keluar sebab nak main. Kadang - kadang kena bebel dengan mak abah, sebab asyik tak ada kat rumah. Tengok - tengok dah hilang haa. Dah puas main baru balik.
Ya lah dulu - dulu mana ada gajet macam zaman sekarang. Asyik melekat kat tangan. Patut lah budak zaman dulu tak kisah berpanas hujan asalkan dapat main. Permainan zaman kanak - kanak dulu ni banyak, sis sempat teroka yang sis suka nak main. Korang pun mesti ada permainan apa yang korang suka sangat kan.
Jom lah sis nak cerita sikit senarai permainan zaman kanak - kanak yang sis pernah main dulu - dulu. Biasalah budak perempuan ni, dia ada permainan yang dia suka. Budak - budak sekarang ada yang dah tak kenal pun. Nasib baik lah jumpa gambar di google.
10 Senarai Permainan Zaman Kanak - Kanak Yang Saya Pernah Main
1. Main Lompat Tali
Biasanya ni permainan budak perempuan. Dulu - dulu pandai buat sendiri tali getah ni, Teringat balik macam tak pandai dah nak buat sendiri dah tak ingat cara. Main tali getah ni, dia ada tahap, dari letak getah di buku lali, lutut, pinggang, bawah ketiak pun letak sampai lah atas kepala.
Main tali getah ni bukan setakat kat rumah dengan anak jiran. Siap bawa ke sekolah nak main dengan kawan sekolah pulak. Sis main dulu yang atas kepala tu susah nak lepas sikit mungkin sebab tak berapa nak tinggi. Kalau orang tinggi mudah nak lepas kalau orang yang pegang tu pendek. Memang seronok main tali getah ni asal rehat sikit mesti nak main.
2. Main Guli
Main guli ni bukan terhad untuk budak lelaki, budak perempuan pun main juga ya. Seingat sis, penuh simpan guli ni dalam balang. Siap ada guli kesayangan sebab bawa tuah. Tiba nak main bawa keluar dan main dengan anak jiran. Riuh halaman rumah.
Cara main nya, dia kena pandai membaling guli tu keluar dari bulatan, Habis macam - macam gaya nak boleh ke baling guli tu. Siapa yang berjaya membaling dan bawa keluar guli dari garis bulatan, dia lah paling terrer
3. Tarik Upih
Tarik upih ni sis suka main dekat kampung sebelah mak sis, sebab halaman luas senang nak main tarik upih dan satu lagi sebab kat situ senang nak cari upih yang jatuh. Sepupu sepapat balik riuh satu rumah nenek main tarik upih. Yang kuat boleh lah nak tarik, biasanya sis tukang duduk sebab sis kurus, budak yang lain yang tarik.
4. Permainan Police Entry
Sis tak berapa ingat dah macam mana nak main police entry ni, Kalau ikutkan, cara main police entry ni siap dengan nyanyi. Main police entry ni penat sikit sebab kena kejar -mengejar. Habis keluar peluh. Aktif budak - budak dulu. Cara mainnya, masa nyanyi jari kena tunjuk dekat kawan - kawan termasuk diri sendiri.
Masa tu memang berdebar, takut jari tu tunjuk nak jadi polis ke pencuri. Sis memang suka jadi polis sebab kena kejar orang. Kalau dah jadi pencuri nak buat macam mana, terpaksa lah kena lari dari polis.
5. Teng - Teng
Teng - Teng ni rasa budak sekarang payah nak kenal sebab ada ternampak sekarang dah ada teng - teng yang jenis lipat. Nak main buka jer. Memang berubah sungguh. Sis dulu main depan pintu dapur ada pasir, biasanya sis buat garisan dengan kayu jer.
Anak jiran siap - siap datang on time nak main teng - teng ni.
6. Main Sorok - Sorok
Main sorok - sorok ni paling seronok, kalau tak main luar rumah, dalam rumah pun jadi mangsa main sorok - sorok. Seingat sis kalau main sorok - sorok dengan adik beradik dalam rumah, kain langsir pun nak jadi tempat menyorok. Kalau tak pun duduk dalam almari. Haa
Yang nak jadi tukang cari kena tutup mata dan kira nombor dari 1 hingga 10. Kita yang kena menyorok ni kena cepat - cepat nak pilih tempat mana nak menyorok. Kadang - kadang yang tukang cari tu tengah mencari pun sempat lagi sis nak keluar dari tempat sorok ke tempat lain asalkan dia tak nampak sudah. Kalau dia nampak habis lah.
7. Main Masak - Masak
Yang ni geng budak perempuan jer biasa main, tapi ada jugak geng budak lelaki selit sekali. Suruh cari kayu api jer haa. Masak - masak tu geng perempuan. Main masak - masak siap cari bekas - bekas yang tak nak guna.
Rumah sis dulu ada bawah rumah, kami biasanya cari la tempat sesuai dalam tu nak main masak - masak. Siap pergi petik daun - daun apa entah tak tahu la nak buat masak. Kadang - kadang anak jiran pun selit sekali nak main.
8. Congkak Atas Tanah
Budak zaman sekarang tak ada dah rasanya nak main congkak atas tanah ni. Sis pernah main dulu. Pergi rumah jiran, bawah rumah korek lubang cukup -cukup macam lubang congkak, lepas tu main dengan biji getah,
9. Batu Seremban
Batu seremban ni kalau tak kat rumah main, sampai kat sekolah pun bawak nak main. Zaman kanak - kanak asyik nak main jer kan.
10. Konsol Permainan Video ( Video Game Klasik )
Dulu,lagi satu permainan yang ini melibatkan kena tengok dekat tv. Main video game tapi bukan video game macam sekarang la. Video game dulu - dulu, zaman animasi tak semegah sehebat sekarang. Sambung dekat tv kena ada macam pita tu. Hilang pita tu memang tak main la. Zaman tu, mana ada online macam sekarang.
Dapat main yang ini pun riuh satu kampung habis mari anak - anak jiran. Habis canggih dah dulu - dulu ni. Sampai abah pun ada siap sorok sebab asyik sangat main dengan video game nanti kerja sekolah tak siap.
Permainan Dah Berubah, Game Pun Dah Banyak Online
Itu lah antara 10 senarai permainan zaman kanak - kanak sis pernah main dulu - dulu. Hiburan kanak - kanak dulu - dulu. Zaman sekarang dah berubah, gajet seperti telefon pintar, tablet, komputer yang canggih dah menguasai dunia permainan sekarang. Tambah lagi, kita sekarang online hanya di hujung cari. Nak cari game pun dah online sekarang kan.
Jangan cakap sis sekarang pun tak main game, sekarang pun sis main game, penat buat kerja ke nak hilang stress ke, hiburan tu nak jugak. Tapi tak lah main game zaman kanak - kanak dulu. Yang itu dah tersemat nostalgia di hati. Kalau dulu sis main video game klasik tak ada online pun, sekarang ni lagi mudah sebab sis dah jumpa game yang best di Plays.org.
Nak main game online di website sini tak payah nak login, download apa dah, main game percuma pulak tu, terus masuk website dan main terus. Sis suka main kat sini sebab jelas sikit kalau guna laptop.
Banyak pilihan jenis game yang ada kat sini. Ada lebih 100 game yang sentiasa dikemas kini. Korang main sampai puas hati. Sis pun dah cuba macam - macam game pun tak habis. Game retro ada dan game yang baru pun ada. Nak main dengan anak - anak pun okay. Sebab banyak juga game yang jenis mencabar minda.
Feveret Game PinBall
Dalam banyak game tu, sis suka cari yang mencabar minda, asah skill sikit dan berdebar - debar sikit nak main. Semua game berdebar - debar nak main kan. Macam game PinBall ni. Yang ni PinBall moden. Masa bola tu nak turun hampir dengan flipper bawah tu, rasa macam nyawa dah hujung tanduk, takut silap tak main angkat flipper tu, jatuh terus bola ke bawah. Main game dalam ni semua kena ada kemahiran nak kena bertindak pantas.
Bukan game Pinball saja yang sis suka, game Pac Man, Neon Invaders, Super Tetris. Korang boleh pilih yang mana satu korang suka.
Game Online Hiburan Terkini Tak Kira Peringkat Umur
Bercakap pasal game online, sekarang ni main game online tak terhad untuk kanak - kanak dah, tak kira peringkat umur berapa asalkan kita bijak menguruskan masa nak main, main jer lah. Macam sis, penat buat kerja - kerja rumah ke, nak siapkan kerja - kerja klien ke, memang sis akan cari ruang untuk menghiburkan diri.
Selain daripada tonton TV, main game online pun best. Sel - sel otak pun berhubung sebab banyak game yang memang perlukan kemahiran berfikir, tindakan yang pantas nak selesaikan misi untuk setiap game.
Ok lah itu lah saja ya perkongsian sis, sekiranya korang nak main game online ni, boleh lah pergi terjah di website plays.org.
Post a Comment