Drama Diva Popular Episod 1 Hingga 21 Di Awesome TV | Konflik di antara dua diva tanah air, Fauziah Ahmad Daud dan Erma Fatima pernah mengemparkan industri hiburan pada tahun 90-an sehinggakan kontroversi diangkat menjadi sebuah telefilem bertajuk Pengantin Popular pada 1994. Pengantin Popular seterus menjadi fenomena angkara jalan cerita yang memaparkan kisah sebenar industri seni tempatan di samping lenggok perbualan yang unik sesama mereka turut menjadi ikutan ketika itu.
Tonton Di Slot Dramatix Awesome TV
Telah mula menemui penonton melalui Slot Dramatix, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam hingga 8.00 malam hanya di Awesome TV di Astro, saluran 123 dan MyTV, saluran 112.Sinopsis Drama Diva Popular
Diva Popular mengisahkan pertelingkahan yang tiada kesudahan di antara anak-anak Diva Popular Dato Rona Alfonso (Erma Fatima) dan Lola Kartika (Fauziah Ahmad Daud) yang merupakan musuh sejak azali. Bukan hanya dalam bidang lakonan malah turut bersaing dalam semua perkara termasuk perebutan seorang lelaki yang sama suatu ketika dahulu sehingga tercetusnya perang besar antara mereka.Kini, sejarah 27 tahun itu berulang kembali apabila perkara yang sama berlaku kepada anak mereka iaitu Ika Natalia (Tiz Zaqyah) dan Erma Erika (Nabila Huda). Kedua-duanya merupakan pelakon sedang meningkat naik berebutkan seorang pelakon lelaki bernama Syazwan (Ben Amir).
Erma Erika mempunyai ramai pengikut di sosial media. Dia digambarkan pelakon kayu yang tidak berbakat dan masa sama bergelar Youtuber dengan suara ke laut.
Ika Natalia pula pernah merangkul anugerah berpaksikan popular dan kini bercita-cita untuk menjadi pelakon terbaik. Malangnya, Ika Natalia tidak berdisiplin dan dalam masa sama hanyut bercinta dengan Syazwan.
Pertelingkahan antara Ika Natalia dan Erma Erika telah melibatkan kedua ibu mereka, Dato Rona Alfonso dan Lola Kartika yang menyebabkan perang besar tercetus kembali.
Pertelingkahan antara Ika Natalia dan Erma Erika telah melibatkan kedua ibu mereka, Dato Rona Alfonso dan Lola Kartika yang menyebabkan perang besar tercetus kembali.
Post a Comment