Review Medil Skincare Mamadil : Kulit Sentiasa Lembap, Garis Halus Hilang Dan Jerawat Makin Pudar.

Review Medil Skincare Mamadil : Kulit Sentiasa Lembap, Garis Halus Hilang Dan Jerawat Makin Pudar | Salam semua, akhirnya dah sampai jugak kat tangan sis, dah lama sis nak cari skincare yang betul - betul serasi dengan kulit muka sis. 

Lepas baca testimoni semua tu, sis nak cuba sendiri Medil Skincare ni. Apapun sis nak share ya apa yang menariknya Medil Skincare ni dengan korang. 

Bila sis diperkenalkan dengan Medil Skincare dari Mamadil produk ini sis terasa teruja sangat sebab yang dah pakai memang nampak cantik kulit muka. 

Sis nak cari bukan untuk cantik saja tapi untuk kulit muka kita sihat juga. 

Yang penting selamat dipakai dan bebas dari bahan - bahan terlarang. 

Medil Skincare Dari Mamadil

Ini lah dia Medil Skincare dari Mamadil. Mewah sangat packaging dia dengan kotak purple. 

Medil skincare

Dalam kotak purple ni ada 3 item iaitu : 

1. Pencuci muka ( Hydro - Based Soft Cleanser ) 

2. Serum ( Perfect Sleeping Serum ) 

3. Foundation ( Liquid foundation ) 

Ke semua nya warna purple, dan ketiga - tiga item ni semua dalam bentuk tiub. 

Bagi sis, mudah nak simpan dan nak bawak ke mana - mana pun mudah. 

Yang penting Medil Skincare ni lulus KKM dan halal. Korang boleh semak kat link yang sis dah bagi nanti ya. 

Kalau korang nak kan penjagaan rutin untuk kulit muka yang simple, apa kata cuba pakai Medil Skincare. 

Review Medil Skincare Mamadil : Kulit Sentiasa Lembap, Garis Halus Hilang Dan Jerawat Pudar

Dah 3 minggu sis pakai Medil Skincare, dari pertama kali pakai pembersih muka, serum dan foundation tu dah mula rasa lain kulit muka. 

Ya lah bila dah masuk umur 30 ke 40 siri ni, macam - macam dah fikir bila tengok wajah sendiri.

Macam - macam datang masalah kulit, garis halus kat muka, bintik - bintik hitam pun dah mula muncul. 

Sis pun tak risau sangat sebab Medil Skincare dah menjalani proses R& D yang telus sebelum produk dikeluarkan di pasaran. 

Apa yang sis suka dengan Medil Skincare ini ia bebas kandungan terlarang dan berbahaya. 

Sis tahu ramai di luar sana mempunyai masalah kulit muka dan dah cuba macam - macam produk kan. Nak kulit muka sihat balik. 

Sis banyak dengar maklum balas positif dari pengguna yang dah guna set Medil Skincare Mamadil. 

Mananya tak cantik, hanya 3 item pun kulit muka dah halus mulus nampak awet muda lagi. 

Tengok muka pun dah macam budak - budak sekolah. 

Bila korang dah pakai sendiri, nanti baru tahu banyak kelebihan Medil Skincare ni. Ini pengalaman sis pakai Medil Skincare. 

1. Perfect Sleeping Serum 

Medil skincare

Sekiranya korang ada masalah kulit kering, jerawat dan garis halus kat muka macam sis, untuk sleeping serum ni, sis suka sebab serum ni melembutkan kulit muka kita. 

Mula - mula sapu di muka, suka sangat sebab ia tak melekit. 

Serum ni bukan saja dapat mengekalkan kelembapan kulit muka, kalau ada parut jerawat pun tak payah risau dah. 

Selalu jugak jerawat naik seketul dua di muka. Cara berkesan untuk cepatkan proses pudarkan jerawat, sapu saja serum, hilang nanti parut jerawat. 

Tiap - tiap malam kena lah konsisten pakai serum ni ya. 

Biasa kat tepi mulut ni nampak garis - garis halus, makin lama sis pakai, nampak garis halus makin kurang.

2. Hydro - Based Soft Cleanser 

Medil skincare

Kulit muka sis, bila dah separuh hari dengan cuaca panas lagi, mesti muka dah berminyak dan berpeluh. Itu pun tak pakai make up. 

Pembersih muka Medil ni, apa yang sis suka sangat sebab pembersih muka ni bau wangi sangat. 

Lagi satu, ia tanpa sabun walaupun nampak kurang berbuih tapi tak menyakitkan kulit kita. 

Sis kulit  kering ni pun ok pakai. Korang yang ada masalah kulit kering pun tak ada masalah boleh pakai. 

Lepas basuh muka, muka pun rasa fresh dan lembap. Kulit muka pun tak kering. 

Sis ni kalau pakai make up, memang tak suka jugak pakai make up removal. Siapa macam sis ?  

Kalau muka tak cuci dengan betul sisa make up ada lagi boleh menyebabkan liang pori tersumbat. 

Sekarang ni sis tak payah risau dah, jimat duit sebab tak payah beli produk tanggalkan make up. 

Kalau korang nak tahu pembersih muka ni bukan setakat nak hilang minyak di muka saja, nak tanggalkan make up pun boleh. 

Pakai pembersih muka ni pun dah tak payah pakai make up removal dah. Bila dah konsisten pakai, kulit muka pun glowing habis. 

3. Liquid Foundation 

Medil skincare


Sis kalau nak keluar, foundation memang kena pakai, kulit muka kita pun nak nampak jugak berseri - seri tak adalah pucat lesu pulak kan. 

Lagipun, foundation Medil Skincare ni, dah ada sekali dengan SPF 30 untuk menghalang sinaran UV untuk melindungi kulit kita. 

Penting pakai foundation ya, jangan buat malas nak pakai. 

Sis suka sebab foundation ni tekstur dia ringan. Lepas pakai, muka tak berminyak dan tak bercapuk jugak bila berpeluh bila dah separuh hari. 

Kalau ada parut jerawat pun, bila dah pakai foundation ni, muka macam flawless. 

Sesuai untuk sis yang tak berapa nak make up berat - berat ni. 

Cara Pakai Medil Skincare, Hanya 3 Langkah Mudah !

Ok lah dah dengar kan review sis pakai Medil Skincare terasa nampak perubahan kulit dalam 3 minggu ni. 

Walaupun hanya ada 3 item saja, nak pakai 1 set Medil Skincare tak adalah cerewet sangat. 

Ikut  langkah penggunaan yang betul untuk setiap item dalam Medil Skincare, pastinya kulit muka cantik tanpa secalit make up pun. Siapa tak nak kan. 

Ini lah rutin harian sis yang sangat mudah dalam 1 set Medil Skincare. 

Sis nak kongsikan cara pakai set lengkap Medil Skincare hanya 3 langkah mudah.

Langkah 1 : Cuci Muka Dengan Pembersih Muka

Pencuci muka sebenarnya tak boleh guna secara berlebihan tak elok juga untuk kulit muka. 

Untuk pencuci muka ini, korang boleh guna 3 kali sehari, sebelah pagi, petang dan malam sebelum tidur basuh muka bersih - bersih.

Basahkan tangan dan muka dan picit sedikit sahaja di tapak tangan. 

Cuci secara lembut dengan guna 3 jari saja. Kemudian, bilas dengan air sehingga bersih.

Yang bestnya pembersih muka ini, ia dah ada bahan aktif untuk membersihkan sekali dengan make up.

Jadi, tak payah guna make up removal. Hasilnya, kulit muka lebih lembap dan kulit pun lebih anjal.

Langkah 2 : Sapu Sleeping Serum 

Pemakaian serum juga amat penting untuk kulit terutamanya sebelum tidur. Masa yang terbaik untuk kulit rehat sepenuhnya. 

Sebab tu lah, waktu malam ni waktu terbaik untuk memberikan vitamin mencukupi untuk kulit menjalankan prosesnya. 

Serum ni, sis pakai 2 kali sehari sebelum tidur dan juga sebelah pagi untuk melembapkan kulit sebelum letak foundation. 

Selepas cuci muka dengan pembersih muka, sapukan sedikit serum di muka dan ratakan keseluruhan muka sehingga ia meresap penuh ke dalam lapisan kulit. 

Tiap kali bangun tidur, asyik nak tengok muka sendiri kat cermin. Suka belai kulit muka sendiri pulak.

Langkah 3 : Pakai Foundation

Foundation Medil ni hanya ada satu warna saja tapi sesuai untuk semua warna kulit. 

Caranya, oles sedikit di muka dan ratakan dengan tangan pun dah ok. 

Sekiranya kulit korang kering, sapu serum terlebih dahulu sebelum pakai foundation di waktu pagi.

Serum ni penting juga sebab ia bertindak sebagai pelembap sebelum kita pakai make up. 
                                                

Itu saja 3 langkah mudah, nak kulit cantik, glowing dan sihat, langkah yang simple kan tapi kenalah konsisten untuk pakai set lengkap Mamadil skincare. 

Lambat cepat tu bergantung atas kulit masing - masing. Sebab keadaan kulit kita tak sama. 

Kelebihan medil skincare ni, bila kulit muka dah sihat dan cantik, nak pakai make up tebal - tebal pun rasa macam tak nak dah. 

Harga Medil Skincare Mamadil

Untuk set lengkap Medil Skincare ni harga dalam RM 170.  Kotak pun dah nampak eksklusif setanding dengan harga dan kualiti. 

Sis memang tanya untuk sekotak ni jimat berapa bulan. Rupanya jimat untuk 4 bulan penggunaan bergantung cara kita guna pulak.

Kalau habis salah satu boleh beli asing tak  ? Kerisauan jugak takut tak boleh beli asing, memang boleh beli asing ya. 

Ok dah tu. Nak kulit sihat dan cantik pun kena reward untuk diri sendiri jugak kan.

Beli Medil Skincare dengan Agen, Stokis Yang Sah Dan Farmasi Terpilih  

Kalau korang nak cuba pakai Medil Skincare ni, kena lah dapatkan melalui saluran yang betul. 

Ini disebabkan produk Mamadil tidak dijual di platform Shopee dan Lazada serta e-commerce platform yang lain. 

Nak beli Medil Skincare hanya boleh dibeli melalui agen dan stokis yang sah dan farmasi yang terpilih seluruh Malaysia.

Nak pergi sendiri outlets Mamadil, korang boleh walk in masuk di 16 lokasi outlets di seluruh Malaysia setakat ini.

Sekarang ni, kemungkinan produk fake banyak, Mamadil hq memang menjaga kualiti produk. 

Jadi nak elakkan semua tu, Mamadil tak benarkan ada sebarang penjualan di platform Shopee, Lazada dan platform lain. 

Sekiranya korang terbeli di salah satu platform tersebut, pihak Mamadil tidak akan bertanggungjawab.

Korang boleh rujuk semua untuk agen, stokis dan farmasi di laman web rasmi Mamadil di bawah ya. Sis dah letak link. 

Testimoni Medil Skincare Mamadil 

Medil skincare

Ini antara review pengguna yang dah cuba sendiri Medil Skincare. 

Sis pun, sebelum nak guna, sis memang baca dulu testimoni dari pengguna yang dah cuba. 

Korang yang ada masalah jeragat, cuba guna medil skincare ni.

Sis baca testimoni yang pengguna review dah masuk kotak ketiga, baru nampak kesan jeragat semakin hilang. 

Apa yang sis tahu, jeragat memang paling payah sikit nak hilang, cuma kena konsisten pakai berterusan insyaAllah nampak lah perbezaan kulit muka nanti. 

Ok dah baca tu kan perkongsian dari sis review Medil Skincare Mamadil. 

Nak pilih skincare ni memang kena hati - hati, tersalah pilih takut merana kulit muka nanti. 

Tapi sis yakin dengan Medil Skincare sebab tak ada bahan terlarang dan berbahaya. 

Bila tengok review pun dah banyak pengguna  dah suka sangat dengan produk ni. Termasuk lah sis sendiri. 

Mana lah tahu dah dapat kulit muka idaman selepas terkena penangan Medil Skincare kan. 

Sekiranya korang berminat untuk mencuba sendiri Medil Skincare atau untuk maklumat lanjut, boleh layari di laman media sosial rasmi dan juga di laman web seperti di bawah.

Instagram | Laman Web | Facebook





2 Comments

  1. Packaging pun nampak cute sangat . Tema purple pulak tue . Boleh beli satu item je ke or kena beli satu set

    ReplyDelete
  2. i love the packaging. sebab warna purple hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post