Drama Love Elsa Episod 1 Hingga 24 Di Slot MegaDrama Astro Ria | Drama Love Elsa, drama terbaru di Slot MegaDrama Astro Ria menggantikan drama Rindu Awak Separuh Nyawa yang telah pun tamat. Sekali baca sinopsis drama Love Elsa, teringat Elsa Frozen, patutlah Uyaina pakai sarung tangan, ingatkan kenapa ?. Drama yang kini sedang ditayangkan di Slot MegaDrama Astro Ria bermula 15 Jun 2021. Drama ini dari adaptasi novel Love, Elsa adalah hasil karya Acik Lana, Mesti laris jualan buku beliau. Untuk sinopsis lanjut tentang drama Love Elsa, korang boleh baca di bawah ok.
Info Drama Love Elsa
Bilangan Episod : 24Waktu Siaran: Isnin hingga Khamis, 10:00 malam
Siaran TV : Slot MegaDrama (Astro Ria)
Penulis Skrip : Nadia Khan, Mamu Vies
Penulis Novel : Acik Lana
Pengarah : Michael Ang
Produksi : Juita Viden Sdn Bhd
Barisan Pelakon : Zul Ariffin, Uyaina Arshad, Azhar Amir, Ramona Zamzam, Nina Juren, Zeera Azizi, Mona Allen, Riz Amin, Nasz Sally, Iman Suhana, Ikhram Juhari, Nik Adam Mika, Ku Fridah, Mustafa Kamal
Barisan Pelakon Drama Love Elsa
- Zul Ariffin sebagai Ridza Kim
- Uyaina Arshad sebagai Ammara
- Nasz Sally sebagai Habsah
- Ramona Zamzam sebagai Ramona
- Iman Suhana sebagai Hamidah
- Mona Allen sebagai Madam Qistina
- Azhar Amir sebagai Tuan Elias
- Ikhram Juhari sebagai Imran
- Zeera Azizi sebagai Sofea
Lagu Tema ( OST )
Lagu : Ika NohPenyanyi : Marsha Milan feat Fanzi Ruji
Komposer : Marsha Milan
Lirik : Fanzi Ruji, Asfarinah Mansor, Carlesie Lubin
Sinopsis Drama Love Elsa
Drama ini mengisahkan Ammara, seorang gadis yang mempunyai penyakit misteri dan dilarang menyentuh sesiapa sahaja di dunia ini. Apabila Ammara menyentuh kulit manusia, dia akan melalui sesuatu yang tidak dapat dikawal. Disebabkan penyakit misterinya itu, ayahnya menempatkan Ammara di satu kawasan.Muncul Ridza Kim yang berpindah bersebelahan rumahnya. Ridza dibelenggu oleh kisah lalu apabila ibunya didapati membunuh diri. Secara tak sengaja, Ammara tersentuh Ridza dan mula melihat masa silam Ridza. Ammara menggunakan ketidaksempurnaannya untuk menolong Ridza menyelesaikan kes pembunuhan keluarganya.
Sinopsis Novel Love Elsa
Katakan apa yang lebih teruk dari alahan terhadap sentuhan manusia?
Entah kenapa, Ammara seperti ‘diharam’ untuk menyentuh sesiapa di dunia ini. Setiap kali berlaku hubungan kulit ke kulit, pasti dirinya akan menempuh satu ‘pengembaraan’ yang sangat menjerihkan. Dan ia tak mampu dikawal mahupun dihalang!
Dan kerana penyakit misteri yang tiada penawar itu, Ammara membesar sebagai gadis yang sentiasa bergelut dalam kemurungan. Apatah lagi dirinya turut disisih oleh bapa dan keluarga. Berdukalah Ammara sebatang kara di dunia ini tanpa sesiapa menemani.
Namun, kemunculan Ridza Kim yang turut mendiami Mini London City perlahan-lahan berjaya mengubah cara hidup Ammara. Lelaki yang terlihat serba sempurna itu membuatkan lidahnya kembali berbicara, malah bibir juga sudah mampu tersenyum semula. Percayalah, ini satu-satunya sahabat yang dia ada.
“I sendiri tak tahu apa sumpahan yang ada pada tangan I. Yang I tahu, ia betul-betul menyusahkan hidup I. I dipanggil gila, sakit mental, kurang siuman disebabkan dua tangan ni. I’m a freak, Kim. I don’t belong here!” ~ Ammara
“You pun manusia biasa, macam I. Macam orang lain. Cuma yang membezakan you, you ada keistimewaan yang orang lain tak pernah ada. And I bet, ramai manusia sanggup melakukan apa saja untuk dapat kelebihan yang you ada.” ~ Ridza Kim
Kekurangan kini menjadi kelebihan tatkala Ammara menggunakan ‘allergic’nya untuk membantu Ridza Kim meyelesaikan kes pembunuhan bapa lelaki itu. Siapa sangka kedua belah tangan yang dianggap pembawa malang mampu memberi manfaat kepada orang lain. Satu persatu misteri berjaya diselesaikan olehnya.
Dan selepas menempuhi waktu sukar dan senang bersama, perasaan Ammara terhadap Ridza Kim mula jelas. Rasa itu bukan lagi biasa-biasa, sebaliknya terlalu istimewa. Kehadiran Ridza Kim begitu kuat sehingga dia lemah memendam cinta yang pertama kali membenih dalam hatinya.
Tapi mampukah Ammara mencipta bahagia apabila ada Ji Hyun di sisi Ridza Kim? Dan sanggupkah lelaki itu menerima dirinya bila mereka ‘dipantang’ untuk saling bersentuhan?
Menarik ke tak jalan ceritanya. Sama - sama tonton drama Love Lesa ya.
looks good
ReplyDeleteSaya follow cerita ni kak, tengok kat youtube je. Sekarang tengah tunggu ep 4, harapnya cepatla habis. Penat tunggu..haha..
ReplyDeletetengok sekejap je drama ni
ReplyDeletePost a Comment