Projek Jejak Amal Covid - 19 Komuniti : Peruntukan RM 450,000 Oleh Kerajaan Negeri Kelantan Bagi Yang Terjejas Berikutan PKP 3.0

Projek Jejak Amal Covid - 19 Komuniti : Peruntukan RM 450,000 Oleh Kerajaan Negeri Kelantan Bagi Yang Terjejas Berikutan PKP 3.0 | Salam semua, lama tak kongsi dari berita Kelantan, walaupun sis orang Kelantan, sis ambil tahu jugak berita - berita sekeliling. Dengan musim pandemik yang tak tahu nak berakhir bila, semua kerajaan negeri ada target masing - masing untuk membantu rakyat di negeri sendiri. Ini termasuklah negeri Kelantan. Kes harian semakin meningkat hari - hari, siapa yang tak risau. Kita sekarang pun masih lagi sambung PKP. 

Projek jejak amal covid - 19


Ramai yang terjejas punca pencarian disebabkan Covid. Dengan ini, Kerajaan negeri Kelantan sedang berusaha untuk membantu rakyat Kelantan bagi sesiapa yang terjejas punca pendapatan. Jom baca dulu apa yang kerajaan negeri Kelantan nak buat. 


Bantuan Covid Kelantan : Projek Jejak Amal Covid - 19 Komuniti

Kerajaan Negeri Kelantan memperuntukkan RM 450,000 bagi menjayakan projek Jejak Amal Covid-19 Komuniti (JACK) berikutan PKP 3.0.

Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri, YB Dato' Mumtaz Md Nawi berkata, peruntukan ini disalurkan melalui 45 Pusat Khidmat DUN sebanyak RM10,000 setiap DUN dan akan diagihkan bermula Jun hingga Julai tahun ini.

Beliau berkata, kerajaan Kelantan sentiasa berusaha menggunakan segala mekanisme bagi memastikan bantuan kepada rakyat dapat disempurnakan terutamanya setelah bermulanya kerajaan elektronik kini lantaran pandemik Covid19 yang bergerak ke arah norma baru.

"Krisis pandemik telah mengakibatkan ketidakseimbangan ekonomi apabila ada rakyat yang menjadi 'asnaf segera' akibat hilang pendapatan dan pekerjaan, perniagaan merosot dan sebagainya.

"Bagi meringankan beban golongan asnaf seperti ini, inisiatif JACK adalah antara mekanisma dan usaha terbaik agar tiada golongan yang tercicir mendapat bantuan," katanya ketika menyampaikan ucapan aluan sempena Taklimat Jejak Amal Covid19 Komuniti menerusi platform online zoom kepada semua AJK Skuad Kita Cakna.

Meskipun pelbagai bantuan bulanan kepada golongan asnaf sedia ada telah disediakan oleh kerajaan negeri sama ada melalui JKM, MAIK mahupun NGO, namun golongan 'asnaf segera' ini juga turut diberi keutamaan kerana mereka bukanlah golongan asnaf penerima bantuan bulanan.

Sementara itu, Pengarah U-KeKWa, Ilvira Mohd Dasuki dalam taklimatnya berkata, seramai 200 orang penerima akan menerima bantuan berbentuk bakul makanan keperluan asas di setiap DUN.

"Antara kriteria yang melayakkan penerima menerima manfaat ini ialah mereka mestilah bukan penerima bantuan bulanan DUN dan agensi atau jabatan atau pekerja yang bergaji harian "ada kerja ada gaji" namun tidak dapat bekerja disebabkan PKP seperti pemandu lori".

Tambah beliau, antara kriteria lain ialah peniaga yang tidak dapat melaksanakan perniagaan atau terjejas teruk disebabkan PKP serta hilang pekerjaan atau diberhentikan kerja.

4 Syarat Untuk Projek Jejak Amal Covid - 19 Komuniti

Projek jejak amal covid - 19


Sis ringkaskan bagi nampak jelas sikit syarat yang diperlukan untuk Projek Jejak Amal Covid ini. Jadi sesiapa yang nak cuba mohon, boleh lah memohon. 

1. Bukan penerima bantuan bulanan DUN dan agensi / Jabatan. 
2. Jenis pekerjaan yang ada kerja dan ada gaji yang tidak dapat keluar bekerja disebabkan PKP. 
3. Peniaga yang tidak dapat melaksanakan perniagaan atau terjejas teruk disebabkan PKP.
4. Hilang pekerjaan atau diberhentikan kerja. 

Diharapkan dengan bantuan covid kelantan ini dapat membantu rakyat Kelantan yang terjejas mata pencarian akibat Covid. 

Post a Comment

Previous Post Next Post