Hospital Sungai Buloh Menerima Tajaan Makanan Daripada McDonald's Malaysia | Salam semua, Sejak McDonald's Malaysia mulakan kempen tajaan makanan tahun lepas, yang telah dicetuskan semasa Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) pertama di negara kita, sudah lebih 70 buah hospital menerima tajaan makanan dari McDonald's di seluruh negara. Tajaan makanan dari McDonald's ini telah diaktifkan semula sejak 24 Mei yang lalu untuk disumbangkan ke hospital - hospital yang terpilih. Ini termasuk Hospital Sungai Buloh.
Buat masa sekarang, negara kita masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP 3.0 ) disebabkan pertambahan kes harian pun sampai dah cecah 6 ribu kes. Kapasiti penggunaan katil hospital pun dah hampir penuh. Makin bertambah beban kerja buat petugas - petugas kesihatan untuk merawat pesakit Covid - 19. Tapi mereka tetap kekal tenang dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab untuk membendung wabak ini.
Penghargaan Dari McDonald's Malaysia Untuk Petugas - Petugas Hospital Sungai Buloh
Hospital Sungai Buloh merupakan hospital utama dalam merawat pesakit Covid - 19. Melalui kempen #KitaBoleh, McDonald's hargai frontliners Hospital Sungai Buloh yang telah bertungkus lumus untuk merawat pesakit Covid - 19. Keberanian dan kecekalan mereka dalam menjalankan tugas patut dijadikan semangat untuk kita rakyat Malaysia sama- sama berjuang bagi memutuskan rantaian Covid - 19.
Walaupun rakyat Malaysia masih dalam tempoh untuk berkurung dalam rumah, para petugas barisan hadapan pula tidak pernah kenal erti penat untuk bekerja dan berusaha bagi menjaga kesejahteraan kita semua dalam melawan pandemik ini.
Dalam usaha menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan, petugas - petugas Hospital Sungai Buloh mendapat tajaan makanan dari McDonald's.
Lebih 10,000 Hidangan McDonald's Telah Dihantar Ke Hospital Sungai Buloh
Sebagai penghargaan, keprihatinan dan sokongan buat para petugas hospital di sini yang sedang merawat pesakit Covid - 19, McDonald's taja makanan Hospital Sungai Buloh. Untuk pengetahuan semua, Hospital Sungai Buloh adalah hospital yang terawal menerima tajaan makanan dari McDonald's Malaysia.
Hospital Sungai Buloh telah menerima lebih 10,000 hidangan makanan dari McDonald's sejak penghantaran makanan dibuat ketika waktu pandemik ini. McDonald's menaja 300 hidangan makanan yang dihantar 3 kali seminggu.
McDonald's Malaysia hantar makanan ke Hospital Sungai Buloh untuk petugas - petugas hospital yang kadang - kadang tak sempat nak membeli makanan di luar disebabkan kekangan masa dan sibuk untuk merawat pesakit Covid - 19. Sekurang - kurangnya, petugas - petugas hospital menarik nafas lega bila nampak kru restoran di hospital tanda makanan dah sampai.
Penghantaran makanan oleh kru restoran ke hospital juga mestilah mematuhi langkah keselamatan yang ketat.
Ucapan Terima Kasih Dari Pengarah Hospital Sungai Buloh
Dr Kuldip Kaur selaku Pengarah Hospital Sungai Buloh amat berterimakasih di atas insiatif McDonald's Malaysia atas tajaan makanan di hospital ini.
"Sebagai pusat penjagaan kesihatan utama untuk rawatan pesakit Covid-19 di negara ini, kakitangan perubatan kami di Hospital Sungai Buloh bekerja tanpa mengira waktu untuk mengurus dan memenuhi keperluan pesakit kami," kata Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr Kuldip Kaur.
Bagi mewakili pihak hospital, Dr Kuldip Kaur juga telah hadir untuk menerima sumbangan makanan dari McDonald's.
"Kami berterima kasih atas keprihatinan yang ditunjukkan McDonald's Malaysia, yang bermula semasa MCO pertama pada bulan Mac 2020. Ini membantu ringankan beban kakitangan perlu kami dan membantu bangkitkan semangat mereka serta menceriakan hari - hari mereka," tambah Dr Kuldip Kaur.
Sokongan Yang Berterusan Dari McDonald's Malaysia Untuk Petugas Kesihatan
Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia memberi sokongan yang berterusan buat petugas - petugas Hospital Sungai Buloh.
"Hospital Sungai Buloh adalah salah satu hospital pertama yang mula disokong oleh McDonald's semasa bermulanya penularan Covid-19 di Malaysia. Selagi negara melalui waktu yang sukar ini, kita terus berterima kasih kepada barisan hadapan atas keberanian mereka dalam menjaga keselamatan kita.
"Kami akan meneruskan sokongan kami melalui inisiatif ini dalam jangka masa yang panjang, sehingga kami dapat menyantuni lebih ramai petugas barisan hadapan, ”kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia.
Terima kasih McDonald's Malaysia kerana sentiasa memberikan sokongan buat petugas - petugas kesihatan Hospital Sungai Buloh. Terima kasih juga buat kru restoran yang tidak jemu bagi memastikan penghantaran makanan berjalan dengan lancar. Semoga dengan tajaan makanan ini dapat menggembirakan hati petugas - petugas kesihatan yang seharian tugasnya merawat dan mengurus pesakit Covid - 19. Anda semua adalah hero kami rakyat Malaysia.
Mengenai Kempen #KitaBoleh
Inisiatif terbaru McDonald's Malaysia ini adalah kesinambungan dari rali organisasi #KitaBoleh yang telah dimulakan oleh syarikat itu semasa Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) yang pertama sejak tahun lalu.Konsep #KitaBoleh yang dimulakan oleh McDonald's Malaysia di platform media sosial mereka bertujuan untuk membangkitkan semangat semua rakyat Malaysia untuk terus bersatu dan bersemangat juang walaupun pada waktu sukar.
Panggilan #KitaBoleh juga merupakan panggilan nasional untuk memberitahu keberanian dalam diam yang ada pada para barisan hadapan yang bekerja tanpa mengenal erti penat lelah dalam memerangi pandemik tersebut.
Untuk maklumat terkini mengenai McDonald's Malaysia, sila layari https://www.facebook.com/My.McDonalds/
Program yg sangat bagus
ReplyDeleteAlhamdulillah. Tahniah buat team McDonald's Malaysia yang berterusan menaja makanan buat barisan hadapan perubatan kita. Semoga McDonald's terus maju hendaknya.
ReplyDeletealhamdulillah
ReplyDeleteUsaha Mcdonalds Malaysia yang sangat bagus
Alhamdulillah, inisiatif yg mcm ni mmg bagus. Good job McDonalds Malaysia.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. moga inisiatif ini berterusan agar lebih ramai frontliners mendapat manfaat darinya..
ReplyDeletePost a Comment