Tonton Drama Ayahanda Slot Lestary Episod 1 Hingga 13 ( Akhir ) TV3 | Salam semua, drama terbaru di Slot Lestary TV 3 yang telah pun ditayangkan pada 10 Julai yang lalu. Bila dengar tajuk drama dah tahu drama ini mesti drama yang mengangkat nilai kekeluargaan dan kasih sayang. Lagipun pelakon legend lah bagi sis ada Jalil Hamid dan Fauziah Ahmad Daud. Drama Ayahanda adalah drama adaptasi daripada novel ayahanda berdasarkan kisah benar nukilan Allahyarham Azizi Haji Abdullah, penerima SEA Write Award 1988, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tanya mak sis dia kenal penulis ni Azizi Haji Abdulllah. Jangan tak tahu, mak sis peminat novel dulu -dulu, Sebab sekarang ni tak buka mana dah TV kat TV 3, asyik layan Youtube jer sebab nak tengok berita. Kalau korang nak tahu info dan sinopsis drama ini, boleh baca di bawah ya.
Info Drama Ayahanda
- Bilangan Episod : 13
- Hari Dan Masa : Rabu hingga Sabtu, 9:00 malam
- Siaran TV : Slot Lestary TV3
- Penulis Novel : Azizi Haji Abdullah
- Penulis Skrip : Maizura Mohd Ederis, Wan Mahani Wan Hassan
- Pengarah : Dato Ahmad Tamimi Siregar
- Produksi : Zeel Production Sdn Bhd
- Barisan Pelakon : Jalil Hamid, Fauziah Ahmad Daud, Fikry Ibrahim, Shahz Jaszle, Noorkhiriah, Hairi Safwan, Sherry Ibrahim, Rita Nadira, Mimi Ernida, Anuar Hamizan, Sobri Anuar, Nurmiziana Rosli
Barisan Pelakon Drama Ayahanda
- Jalil Hamid sebagai Haji Abdullah (Tok Imam)
- Fauziah Ahmad Daud sebagai Hajah Noriah
- Fikry Ibrahim sebagai Aziz
- Noorkhiriah sebagai Halimah
- Shahz Jaszle sebagai Ramli
- Hairi Safwan sebagai Ahmad
- Sherry Ibrahim sebagai Aishah
- Rita Nadira sebagai Mazni
- Mimi Ernida sebagai Rahayu
- Sobri Anuar sebagai Mat Diah
- Nurmiziana Rosli sebagai Piah
- Anuar Hamizan sebagai Usin
Lagu Tema ( OST ) Drama Ayahanda
Lagu : Coretan PiluPenyanyi : Dato’ Awie
Komposer & Penulis Lirik : Ikhwan Fatana, Wan Salleh, Fedtri Yahya
Sinopsis Drama Ayahanda
Drama ini mengisahkan tentang Haji Abdullah (Jalil Hamid), seorang Tok Imam, juru nikah dan mengajarkan kitab di surau yang berusia lebih daripada 100 tahun. Surau itu kemudian dibina semula setelah dilanda ribut yang hampir meragut nyawa Haji dan isterinya, Hajah Noriah (Fauziah Ahmad Daud) ketika itu.Haji Abdullah dilihat sebagai seorang imam tua yang degil dan mahu mempertahankan semua jawatannya di masjid kampungnya. Walaupun Haji Abdullah sudah tidak diterima oleh masyarakat kerana kaedah pengajaran dan kitabnya yang dianggap lapuk tetapi beliau tetap melunaskan tanggungjawabnya.
Hanya Hajah Noriah yang masih setia dan sentiasa memberikan sokongan padu kepada suaminya. Di kampung, seorang imam baharu telah dilantik iaitu Ustaz Hamidi, 20-an dan lulusan Al-Azhar, Mesir. Jemaah pun semakin ramai di masjid. Haji Abdullah tercabar dan tetap mahu menjadi imam.
Haji Abdullah dan Hajah Noriah mempunyai 4 orang anak iaitu Halimah (Noorkhiriah), Ramli (Shahz Jaszle), Ahmad (Hairi Safwan) dan Aziz (Fikry Ibrahim). Halimah, anak sulung yang tinggal di belakang rumah Haji sering diharapkan oleh adik-beradiknya untuk menjaga ibu bapa mereka.

Halimah juga terpaksa bersabar dengan perangai suaminya, Mat Diah (Sobri Anuar) yang terlalu taksub dengan pertandingan suara burung.
Ramli, anak kedua Haji Abdullah pula sibuk berulang-alik menghantar Piah (Nurmiziana Rosli), isterinya ke kampung asalnya kerana emaknya sakit. Manakala, Ahmad, anak ketiga yang mahu menambah pendapatan dengan mengusahakan kebun sayur di kaki bukit.

Isteri Ahmad, Hasnah, telah meninggal dunia bersama anak ketiganya semasa bersalin. Hajah Noriah dan Halimah sentiasa cuba mencarikan jodoh baharu untuk Ahmad tetapi Ahmad belum bersedia.
Aziz, anak bongsu Haji Abdullah bekerja sebagai juru teknik di sebuah kilang dan minat penulisan. Isterinya, Mazni (Rita Nadira) lebih mementingkan kesenangan diri dan mula mengambil kesempatan atas kesibukan suaminya yang mahu menjaga orang tuanya, anak mereka dan juga menyiapkan penulisannya.
Haji Abdullah mahukan sokongan anak-anaknya untuk dia meneruskan tanggung jawabnya sebagai imam, namun semua anak-anaknya tidak berpihak kepadanya membuatkan Haji Abdullah terasa hati.

Aziz yang menjadi harapan Haji Abdullah juga menentang hasrat ayahnya lebih-lebih lagi hubungan mereka pernah terpalit dengan sejarah lampau yang merenggangkan hubungan mereka berdua. Sikap degil dan ego Haji Abdullah menyebabkan dirinya dilanda sepi dan tiada siapa yang peduli.
Terleraikah kesepian hati seorang ayah dan dapatkan anak-anaknya memahaminya? Dapatkah anak-anak Haji Abdullah menebus kelemahan mereka yang sudah mengabaikan hati seorang ayah? Mengertikan mereka tentang pengorbanan seorang ayah?

Suka jalan cerita drama ayahanda, jom sama - sama kita tonton. Mungkin banyak mesej yang nak disampaikan melalui drama Ayahanda.
Tengok sekejap drama ni hari tu sedih sgt
ردحذفإرسال تعليق