Drama Anak Sena Di Slot Lestary TV3 |Salam semua, drama terbaru di Slot Lestary, drama Anak Sena yang telah ditayangkan pada 26 Ogos lepas. Kelainan sikit drama ni sebab drama ni papar kisah masyarakat orang asli. Pendek pulak drama bersiri kali ini.
Drama arahan Bahri Uma ini menampilkan pelakon yang hebat antaranya Ben Amir, Ruzaidi Abdul Rahman dan ramai lagi.
Drama ini mesti banyak mesej yang nak disampaikan Lain watak Ben Amir kali ini. Apapun, untuk info dan sinopsis lanjut korang boleh baca di bawah.
Info Drama Anak Sena
- Tajuk Drama : Anak Sena
- Bilangan Episod : 8
- Waktu Siaran : Rabu-Sabtu, 9:00 malam
- Siaran TV : Slot Lestary TV3
- Penulis Skrip : MF Kencana, Irdeena Nur Humaira
- Pengarah : Bahri Uma Bajuri
- Produksi : Kembara Sufi Sdn Bhd
- Barisan Pelakon : Ben Amir, Hadi Putra, Ruzaidi Abdul Rahman, Farah Ahmad, Nadia Aqilah, Shasha Abedul, Danish Zamri, Lan Siro, Bazruzainizam, Norshahira Malik, Habeeb Rasely, Syarafi Sudarmaji, Sera Melissa, Akmal Ahmad, Edaman Othman, Zuhairah Zainodin, Azwan Ali, Danish Iskandar
Barisan Pelakon Drama Anak Sena
- Ben Amir sebagai Cikgu Amir
- Ruzaidi Abdul Rahman sebagai Tok Sena
- Hadi Putra sebagai Wadi
- Farah Ahmad sebagai Kiambang
- Nadia Aqilah sebagai Kuntum
- Shasha Abedul sebagai Fatin
- Lan Siro sebagai Jati
- Norshahira Malik sebagai Amira
- Danish Iskandar sebagai Karim
Sinopsis Drama Anak Sena
Drama ini mengisahkan tentang Sena, tok batin keturunan orang asli yang tinggal di pedalaman hutan.Sebagai ketua kampung, selain mempelajari ilmu hutan, Sena mahukan keturunannya bersekolah dan berpendidikan.
Untuk baiki kerosakan iPhone, boleh ke https://chamo.my di Seri Kembangan. Untuk maklumat lanjut, berikut adalah details Chamo:
Impiannya untuk melihat anak orang asli berjaya dan dia cuba membuktikannya melalui anaknya Wadi.
Setiap hari Sena akan memandu bot membawa anaknya dan sejumlah murid-murid dari kampungnya meredah sungai Hulu Tembeling ke sekolah.
Selesai waktu persekolahan, Sena akan membawa Wadi masuk ke hutan untuk memburu binatang dan mencari makanan, tumbuhan, akar kayu, rotan dan belajar ilmu hutan.
Bagi Sena, anak-anaknya dan anak anak orang asli di bawah jagaannya perlu mendapat ‘ilmu hutan’ dan ‘ilmu sekolah’.
Cikgu Amir merupakan guru baharu di sekolah tempat Wadi bersekolah. Cikgu Amir rasa tercabar dengan sikap Wadi yang sambil lewa dan tidak berminat dalam pelajaran.
Cikgu Amir merupakan guru baharu di sekolah tempat Wadi bersekolah. Cikgu Amir rasa tercabar dengan sikap Wadi yang sambil lewa dan tidak berminat dalam pelajaran.
Namun minat dan bakat Wadi terhadap bola sepak berjaya mengubahnya. Namun, selepas berlakunya insiden salah faham dengan Cikgu Amir, Wadi tidak mahu pergi ke sekolah lagi.
Setelah dipaksa oleh Sena, Wadi berpura-pura pergi ke sekolah sehinggalah terjadinya insiden yang mengakibatkan dia bertindak melarikan diri dari rumah.
Kehilangannya merisaukan Sena dan ibunya Kiambang sehinggalah Sena nekad untuk mencarinya.
Chamo
017-282 8089
118-1, Jalan PUJ 3/2, Taman Puncak Jalil, 43300 Seri Kembangan, Selangor
إرسال تعليق