Pengasas Richworks International Datuk Dr Azizan Osman Ingin Bantu Usahawan Secara Percuma Melalui Program 'Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0'

Pengasas Richworks International Datuk Dr Azizan Osman Ingin Bantu Usahawan Secara Percuma Melalui Program 'Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0'| "Program usahawan. Nak bantu. Dia akan kaya, jika kita follow course seminar dia. Dia kaya atas keinginan kita ni yang nak berseminar motivasi. Dia pon leni belum berjaya lagi...andai kata kita masuk program dia, start la kaya dia. Kita?? Belum tentu lagi.. Balik seminar lepas tu tak de motivasi dah hahahaha". Setiap kali keluar berita pasal Datuk Wira nak buat satu program mega bagi membantu usahawan terutamanya yang terkesan dengan pandemik ketika ini, itulah di antara komen yang dapat dilihat.

Pengasas Richworks International Datuk Dr Azizan Osman Ingin Bantu Usahawan Secara Percuma

Sis rasa sedih orang yang komen macam ini, bukan apa, mungkin mereka tak pernah ikut program berkenaan. Sekiranya pernah ikut pun, mungkin mereka tak buat secara konsisten untuk nampak hasilnya. Tempoh pandemik sekarang ini, semua orang terkesan termasuklah usahawan. 

Sekarang ini semua usahawan mesti BANGKIT. Cabaran yang besar untuk usahawan harungi dan mencari jalan penyelesaian buat masa sekarang bagi mengekalkan bisnes masing - masing. 2 tahun sudah kita hidup bersama Covid-19. Namun, nampak masih tiada tanda - tanda bila pandemik ini akan tamat. Mungkin makan masa 1 tahun, 2 tahun, 3 tahun. Tiada siapa yang tahu kan. 

Banyak yang sebenarnya nak kena ubah di musim pandemik ini. Terutamanya dari segi transformasi ke arah bisnes secara digital. 

Lebih 800K Usahawan Menyertai Bangkit Kembali Bersama Richworks 

Untuk pengetahuan korang semua, sebenarnya, program - program seperti ini, dah dibuat sejak tahun lalu lagi oleh Datuk Wira bersama RichWorks ketika PKP 1.0 lalu dan RichWorks dah bantu lebih 1 juta peserta dan usahawan sejak 2008 melalui Program Live Event dan Virtual Online. 

Menurut laporan, dalam waktu tempoh pandemik hingga kini saja sudah 800K lebih orang turut sertai dan sedikit sebanyak dapat manfaat daripada program itu. Sebelum itu, sudah lebih 700,000 orang telah mengikuti program RichWorks secara fizikal sejak 2008 - 2019 ( 11 tahun ).

Lagipun, ada saja testimoni yang dikongsikan sendiri oleh para peserta yang tunjukkan perubahan dan peningkatan selepas ikuti program-program percuma ini. Ada yang dalam masa beberapa hari sudah ada perubahan, ada yang cuba buat sesuatu yang dipelajari dan saksikan peningkatan masa ini.

Ini menunjukkan usahawan richworks yang menyertai program ini terus membuat tindakan apa yang telah dipelajari di dalam program tersebut. 


Bagaimana Rickworks Bangkit Usahawan Dengan Program Percuma ?

Bagi sis, ya, program-program FREE ini hanyalah sekadar 3 hari, ada yang 12 malam, ada yang bersiri-siri, memang tak cukup untuk nak tukar seorang usahawan dari kosong hingga berjaya capai jutaan ringgit dalam tempoh sebulan tapi RichWorks berjaya bantu Usahawan capai RM1 juta Pertama dalam tempoh 6 hingga 12 bulan.

Tapi melalui ilmu, strategi dan MenThor yang ada results ini, ia telah membawa kesan dan perubahan dan dibuktikan sendiri oleh peserta-peserta yang belajar. Terus buat tindakan dengan ilmu yang tepat dari bimbingan MenThor secara konsisten mengikut tahap dan fasa bisnes mereka.

Sis pun ada follow media sosial beliau. Lihat saja di Telegram Azizan Osman Official dan FB, korang dapat lihat sendiri setiap hari ada saja aktiviti untuk beri ilmu, panduan, perkongsian daripada usahawan-usahawan dan juga dari Datuk Wira Dr Azizan Osman sendiri.


Richworks Nak Bantu Ramai Orang Dengan Zero Kos Marketing 2021

Pengasas Richworks International Datuk Dr Azizan Osman Ingin Bantu Usahawan Secara Percuma

Di musim pandemik yang tak tahu nak berakhir bila, usahawan perlu berfikir dari luar kotak sekiranya tak nak bisnes gulung tikar. Difahamkan pada tahun lalu saja, daripada lebih 700 usahawan di bawah program Mentoring RichWorks dapat hasilkan jualan kumpulan sekitar RM2.2 bilion. 

Kalau tak faham lagi, perumpamaan mudah saja, seperti pergi di universiti dalam kelas dihadiri 50 orang pelajar. BELAJAR DENGAN CIKGU YANG SAMA, WAKTU YANG SAMA, ADAKAH SEMUA PELAJAR AKAN MENDAPAT KEPUTUSAN YANG SAMA??? 

Kalau tanya sis, jawapan sudah tentu tidak, semua berbalik kepada diri sendiri sama ada teruskan usaha, melakukan perubahan dan tindakan berterusan. Apatah lagi jika kita ikut langkah-langkah daripada usahawan lain yang sudah pun berjaya. 

Untuk bisnes dari rumah 2021 ini, strategi bisnes mungkin dah berbeza dan tak macam dulu. 

Kepakaran 13 Tahun Datuk Wira Dr Azizan Osman Telah Membantu Ramai Usahawan 

Pengasas Richworks International Datuk Dr Azizan Osman Ingin Bantu Usahawan Secara Percuma

Tahu tak siapa di sebalik kisah perjalanan Richworks Academy ?. Ramai yang sebut - sebut nama beliau tapi tak berapa nak kenal dekat kan. Datuk Wira Dr Azizan Osman dan RichWorks sudah mula melatih dan membimbing usahawan sejak 2008. Ini bermakna, sudah 13 tahun Richworks telah membantu ramai usahawan di luar sana. 13 tahun bukan tempoh yang singkat.

Sebelum tertubuhnya RichWorks, beliau mempunyai pengalaman meluas dalam marketing dan sales hingga mengetuai syarikatnya dengan client-client korporat besar, seperti TM-Streamyx, HSBC dan lain-lain. 

Beliau sendiri selalu upgrade diri dan belajar dengan mentor antarabangsa serta melakukan kajian dan research apa yang relevan dengan bisnes sekarang. Difahamkan Datuk Wira Dr Azizan Osman telah pergi ke SILICON VALLEY pada tahun 2017 dan telah  belajar bersama pakar-pakar di sana tentang digitalisasi. 

Sekembalinya di Malaysia, Datuk Wira Dr Azizan Osman terus berkongsikan tentang transformasi digitalisasi dan kepentingannya sebelum ada Covid-19 ini lagi. Beliau punya passion nak lihat anak bangsa usahawan ini berjaya. 

Walaupun banyak orang skeptikal dan fikir negatif tentang beliau, namun beliau tetap lakukan apa yang boleh dilakukan dan menyumbangkan fikiran beliau untuk usahawan di luar sana. 

Kempen Bangkit Dr Azizan Osman Pada 27 Hingga 29 Ogos Ini 

Pengasas Richworks International Datuk Dr Azizan Osman Ingin Bantu Usahawan Secara Percuma

Mungkin ada yang kata, jika nak bantu, bagi semuanya PERCUMA. Suka atau tidak, setiap penganjuran latihan dan program bimbingan melibatkan kos, masa, tenaga dan team yang bantu mempersiapkan dan memastikan ia berjalan dengan lancar. 

Jadi, tak hairanlah harga seminar Dr Azizan 2021 pun ada bayarannya tersendiri. Bagi kempen Bangkit Richworks ini adalah secara percuma untuk usahawan dan bakal usahawan buat masa sekarang. Tiada paksaan untuk sesiapa untuk mengikuti program lain dan ianya adalah pilihan mereka sendiri. Melalui program-program percuma pun boleh buatkan usahawan itu mendapatkan hasilnya jika dia bertindak, cari jalan dan terus konsisten. 

Apatah lagi pada hujung bulan ini 'Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0' - Solusi Bisnes & Pemasaran Digital merupakan program terbaru yang dibuat khusus nak bantu usahawan untuk bangkit disebabkan pandemik Covid-19 masa ini. 

Datuk Wira sebagai MenThor Usahawan tahu dan jelas apa yang usahawan perlu lakukan untuk dapat bukan saja bertahan malah BANGKIT dari krisis ini. Soal penting pemasaran digital bagi bisnes masa ini untuk usahawan dapat bergerak lebih pantas.

Jom Sertai Rickworks Bootcamp Untuk 3 Hari 

Peluang dah ada depan mata, program yang diberikan pun adalah percuma takkan tak nak rebut kan. Untuk usahawan dan juga orang ramai yang masih mencari peluang dalam bisnes, ini untuk anda juga. Lebih - lebih lagi nak berbisnes dengan suasana norma baru ini. Kalau dulu kelas seminar fizikal, sekarang dah bertukar kelas virtual online. 

Bagi sis, cuba beri peluang kepada diri sekali ini. Apakah yang akan buat anda rugi besar jika hadir pada 27-29 Ogos nanti. Tak perlu bayar apa - apa, hanya untuk hadir dan sertai program percuma ini dan nilai lah sendiri.  Jom sama - sama kita ikuti dan nilai sendiri perkongsian dan ilmu PERCUMA yang akan beliau kongsikan pada hujung bulan ini. Masih tak terlambat lagi untuk mendaftar. 

Boleh daftar di SINI

Untuk maklumat lanjut tentang Richworks boleh layari laman web dan telegram seperti di bawah 














Post a Comment

Previous Post Next Post