Main Game Online Secara Percuma Di Culinary Schools Untuk Kanak - Kanak | Salam semua, sekarang ni permainan game free macam - macam dah kan. Kalau pandai jumpa lubuk mana nak main game online secara percuma, memang sis terus terjah.
Orang dewasa pun nak hilangkan stress sekali sekala nak jugak main game. Kali ini sis jumpa permainan game di laman web khas untuk food games online saja.
Main Game Online Di Website Culinary Schools
Kalau nak tahu, permainan game di laman web ini khas untuk kanak - kanak. Sebab sis perasan semua games kat sana memang fokus untuk kanak - kanak main.
Korang boleh lah ajak anak - anak main sini, sambil kita sendiri pun turut sama main eh. Mak - mak pun boleh join sekaki kan apa salahnya.
Di laman web ini, semua games berkaitan dengan dunia makanan, pertanian, masak - masak, seni kulinari dan juga berkaitan dengan dunia bisnes makanan.
Bagus juga, sebab kita nak biasakan kanak - kanak dengan dunia kulinari. Kiranya untuk permulaan, mereka boleh belajar dekat laman web ni.
Dah la banyak game online kat sini koleksi lebih 100 jenis games yang ada. Banyaknya games, sis scroll sampai bawah. Main lah sampai puas hati kan. Sambil - sambil asah pemikiran anak - anak macam mana.
Sambil main game, sambil belajar benda baru.
Game Tanpa Download Dan Tanpa Iklan
Games sini pun tak payah download jugak, masuk laman web dia, boleh klik pada gambar dan terus main. Lagipun games kat sini mesra mobile, buka di telefon pun ok jugak.
Tak serabut jugak dengan iklan. Jadi, nak main pun senang hati. Percuma ok tanpa bayaran.
Banyak permainan game yang menarik boleh korang cuba ikut kategori di sini. Antaranya :
1. Cooking and kitchen work
2. Food education games
3. Serving eaters
4. Farming
5 Other fun food - themed games
Mesti tertanya - tanya kat mana nak main kan. Dari tadi sis asyik sebut laman web. Korang boleh ke free online kids cooking games.
Bila masuk sana, memang akan nampak berderet - deret senarai food games yang ada. Ada yang senang dan ada juga yang menguji minda.
5 Food Games Yang Best Di Culinary Schools.Org
Senarai games ini semua hanya cadangan sis, kalau korang nak bagi untuk anak - anak main.
1. Sweety Cooking Chocolate Cake
Kalau korang ada anak 4 tahun ke atas, memang sesuai lah nak main games ini. Cara main game pun simple sebab klik - klik apa yang dia suruh tekan jer.
Lagipun, kita nak bagi anak - anak kenal alat - alat apa yang diperlukan bila nak baking sebiji kek. Dalam games ni, nak buat kek coklat.
Bermula dari penyediaan alat - alat nak kena guna, sampai lah ke bahan - bahan yang diperlukan untuk jadikan sebiji kek coklat.
Nak lagi jenis video macam kartun lagi suka.
2. Find Pair
Untuk games ini, kalau kita sendiri yang main, macam senang lah, kalau untuk kanak - kanak memang menguji penglihatan mata sejauh mana nampak gambar dalam tu.
Cara nak main, kita kena cari dan matching gambar - gambar yang ada dalam game ni.
Games ni, dia ada banyak level, tapi makin tinggi level dia makin susah sikit sebab gambar makin banyak. Dah la kedudukan gambar yang ada tu kadang - kadang tak nampak sebab bertindih antara satu sama lain.
Lagi satu, setiap level ada masa, makin naik level, masa makin kurang. Memang kena buat cepat - cepat bila dah mula.
Bagi sis, bagus game ni sebab nak melatih kanak - kanak mengenal gambar yang mana sama.
3. Coffee Shop
Banyak - banyak games dalam Serving Eaters ni, sis cadangkan anak - anak cuba main game Coffee Shop. Game ni kena berfikir sikit sebab nak mengajar macam mana nak menjalankan bisnes.
Kita nak didik anak - anak kumpul pengalaman jadi seorang usahawan walaupun dalam bentuk game. Dalam game Coffee Shop ni, kena pandai bajet nak letak bajet berapa nak beli gula, susu, dan barang - barang lain.
Dalam satu hari tu, sejauh mana kita dapat keuntungan, Ok ke tak bisnes kita. Macam susah jer kan. Tapi cubalah main game ni.
4. Molly of Denali Veggiezilla
Lagi satu permainan menarik adalah game tentang berkebun. Boleh lah ajak anak -anak main untuk kenal dekat dengan aktiviti berkebun macam mana.
Dalam game ini, cara main pun tak susah, sebab klik - klik juga ya. Game ni nak bantu Molly tanam sayur. Yang menariknya ajar aktiviti berkebun sambil main dan bercerita.
Kalau tanah dah mula kering, tanaman tak cukup air apa perlu buat ? Kalau ada musuh seperti arnab datang apa perlu buat. Sekaligus dapat tambah ilmu jugak tu.
Molly pun gembira sebab tanamannya menjadi.
5. Scooby Doo Doo Good Food Frenzy
Game ni macam lebih kurang Pacman yang kita pernah main dulu - dulu, tapi ini versi Scooby Doo . Tapi game masih berkaitan dengan makanan.
Cara nak main game ni mudah saja, Scooby Doo kena kutip sayur yang ada di setiap laluan dan elakkan dari raksasa jahat yang bergerak.
Nak dapat super power kena makan super snek baru boleh tembus segala dinding. Kalau perasan nampak lubang di setiap laluan pun kena elak.
Itulah saja games yang boleh sis rekomen untuk anak - anak korang main. Banyak sangat senarai games. Sampai tak tahu nak klik yang mana satu.
Boleh lah untuk - untuk anak - anak main sambil belajar. Dalam laman web ni, bukan setakat games saja yang ada.
Banyak info - info lain yang korang boleh ambil untuk ajar anak tentang dunia kulinari.
Post a Comment