Perjalanan RichWorks 2021 Bantu 605,000 Usahawan Dengan Program Percuma

Perjalanan RichWorks 2021 Bantu 605,000 Usahawan Dengan Program Percuma | Salam semua, tahun 2021 memang tahun yang banyak cabaran untuk negara kita. Sepanjang tahun 2021, walaupun masih dalam cabaran pandemik dengan wabak Covid yang tak tahu penghujungnya. 

Richworks

Ditambah pula dengan musibah banjir pada akhir Disember tahun lalu menyebabkan ramai orang yang terkesan dengan kehilangan harta benda dan nyawa. 

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kita tengok pun dah rasa perasaan tu lain macam dah. Mereka yang terkesan ini lagi lah berat. 

Sis terfikir juga dengan nasib peniaga yang telah banyak mengalami kerosakan di premis perniagaan mereka. Bukan mudah untuk terima kenyataan bila tengok ke semua barang untuk berniaga rosak habis. 

RichWorks Prihatin Dengan Situasi Yang Berlaku 

Richworks

RichWorks faham keadaan dihadapi orang ramai kesusahan ekoran pandemik dan banjir. Ramai juga golongan usahawan yang terkesan dengan musibah ini. 

RichWorks International Sdn. Bhd, sebut saja nama RichWorks semua orang kenal. Satu nama yang sudah tidak asing lagi dalam dunia keusahawanan yang telah banyak membantu usahawan menjadi jutawan di luar sana. 

Kalau nak tahu, Datuk Wira Dr Azizan Osman pengasas RichWorks sendiri pun pernah dijangkiti Covid - 19. Bukan Dr Azizan seorang, malah 31 ahli keluarganya pun dijangkiti dengan wabak ini. 

Ibu mertua Dr Azizan juga telah meninggal dunia akibat wabak ini. Dr Azizan sendiri pun hampir maut selepas doktor mengatakan sudah tidak ada harapan jika tiada perubahan positif selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan.

Walaupun diuji dengan kesakitan, alhamdulillah keadaan beliau semakin baik. Bagi Dr Azizan, peluang kedua yang diberikan oleh Allah SWT akan digunakan sebaiknya untuk membantu usahawan yang terkesan. 

Tak berapa lama selepas beliau keluar dari hospital dan sedang proses pemulihan, Dr Azizan komited menjalankan program percuma yang dihadiri ribuan orang.

Bukan itu saja ujian yang dialami oleh Dr Azizan, musibah banjir yang berlaku di Selangor tahun lepas menyebabkan pejabat RichWorks international juga dinaiki air. 

RichWorks Menaja 13 Program Keusahawanan Pada Tahun 2021

Richworks

Sokongan RichWorks bukan omong kosong. Buktinya, Richworks telah melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk 13 program percuma, business bootcamp, RichWell etc.

Richworks mahu fokus untuk nak support rakyat dan negara dalam berdepan dengan pandemik melalui kepakaran mereka. 

Sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang Dr Azizan berikan bagi memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan.

Apa yang menarik perhatian, salah satu program Richworks adalah Wanita Bangkit Berniaga ( WBB ) juga mendapat pengiktirafan kerajaan apabila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat. 
 

Richworks Bantu Rakyat Melalui Pertubuhan Kebajikan Richwell ( Richwell ) 

Richworks

Richworks bukan sekadar syarikat untuk membimbing usahawan saja, malah mempunyai Pertubuhan Kebajikan Richwell yang aktif untuk membantu golongan yang memerlukan. Antara sumbangan yang diberikan adalah : 

1. Kempen #RichWellBantu 

Kempen ini digerakkan oleh Dr Azizan bermula Julai tahun lalu. Kempen ini telah berjaya mengumpulkan RM 501,497 untuk membantu lebih 2,000 keluarga. 

2. Sumbangan Kilat Untuk Mangsa Banjir Di Selangor

Percaya atau tidak, sumbangan kilat yang terkumpul untuk mangsa banjir di Selangor berjumlah RM 500,000 dalam tempoh 24 jam. 

Ini semua sumbangan dari usahawan dan Richworks sendiri. 

3. Sumbangan Untuk Ibadah Korban

RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban kali ini.

4. Tajaan Sepenuhnya Untuk 9 Pelajar Ke Tarim Yemen

Sempena Maulidur Rasul, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga telah menaja 9 pelajar ke Tarim yemen dengan sumbangan sebanyak RM 180,000. 

Pencapaian Yang Membanggakan Dari Anak Didik RichWorks 

Richworks

Richworks juga mahu membimbing anak didik mereka untuk mengharungi 2021 hingga capai kejayaan. 

Tidak dinafikan bila bercakap tentang anak didik RichWorks memang dah ramai menjadi usahawan yang berjaya. Mereka semua lahir daripada Richworks academy yang banyak membantu mereka semua. 

Untuk tahun lepas, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 bilion.

Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX).

Untuk program bimbingan Spire, sebanyak 72 usahawan berjaya mencapai jualan RM1 juta pertama setahun. 

Mereka semua memang betul - betul bangkit berniaga walaupun cabaran pandemik ini masih belum berakhir. Dengan keadaan sekarang, usahawan perlu berubah dan manfaatkan teknologi internet dan digitalisasi

Bukan itu saja, kalau korang nak tahu, 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021.

Perjuangan RichWorks Tahun 2021 

Bukan mudah sebenarnya golongan usahawan nak bangkit berniaga. Pelbagai cabaran perlu ditempuhi sebelum digelar usahawan berjaya. Video di bawah ini sedikit sebanyak menceritakan kisah journey RichWorks tahun 2021. 


4 Fakta Ringkas Tentang Richworks 


1. Merupakan syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan & pemasaran serta kepimpinan.

2. Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online).

3. Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6 hingga 24 bulan.

4. Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

Kesimpulan 

Itu lah sedikit sebanyak perjalanan Richworks untuk tahun 2021. Syukur di atas kejayaan dan syukur juga di atas ujian sebab ada masanya kita diuji oleh Allah SWT. 

Richworks mahu terus membantu orang ramai melalui program percuma mereka demi untuk buka jalan dan tingkatkan ilmu rakyat Malaysia supaya berjaya membina masa depan sebagai usahawan. 

Semoga usaha  RichWorks untuk membantu lebih ramai bangsa usahawan dan misinya akan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.





5 Comments

  1. Alhamdulillah, semoga Richworks lebih sukses dalam membantu usahawan untuk berniaga

    ReplyDelete
  2. syabas richworks. bukan calang-calang aktiviti dan pencapaian tahun 2021 mereka. semoga bertambah sukses tahun 2022 ni

    ReplyDelete
  3. Tahniah RichWorks! Moga terus komited bantu usahawan & mereka yang memerlukan bantuan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post