Resepi Asam Pedas Ikan Jenahak Simple | Salam semua, resepi asam pedas, siapa peminat asam pedas ikan tak kisah la ikan apa pun, asalkan asam pedas la ya.
Asam pedas ikan ini menu yang paling simple, dah kan, nak buat lauk, sebab bahan - bahan nak buat pun simple sangat.
Macam - macam style orang masak asam pedas kan. Ingat nak belajar jugak resepi asam pedas melaka macam mana.
Asam pedas ikan ini menu yang paling simple, dah kan, nak buat lauk, sebab bahan - bahan nak buat pun simple sangat.
Cuma nak masukkan bahan sayur macam kacang bendi, bunga kantan, daun kesum, tomato itu yang kadang- kadang time ada masukkan time tak ada tak masukkan.
Begitulah kan ikut apa ada bahan kat dapur.
Yang penting asam jawa wajib ada, tak ada asam jawa, jangan buat, kalau nak ganti dengan asam keping boleh kot.
Kita ni kadang - kadang asam jawa dan asam keping masukkan sekali sebab nak lagi rasa masam.
Tiba -tiba tunjuk gambar ikan. Alhamdulillah rezeki ikan jenahak segar dari laut. Dapat lah orang bagi 5 ekor yang besar - besar.
Penuh besen. Adik ipar yang pergi memancing, Eloknya kapal tu berhenti kat dasar laut tu tempat Ikan jenahak bersarang.
Alhamdulillah begitulah rezeki. Rezeki dikongsi bersama. Semoga murah rezeki yang lain.

Kalau tak bukan adik ipar pergi memancing tak rasa dah oii ikan jenahak segar ni. Selalunya kat pasar dah busuk ikan pun jual mahal lagi.
Lama sungguh buat stok dalam peti dah masak macam- macam, tapi yang jadi video nya asam pedas ikan jenahak jer.

Yang lain tu ,macam - macam jadi lauk, goreng kunyit saja pun ada, buat masam manis pun ada, masak kari ikan pun ada.
Blur jugak nak masak apa, Tapi banyak masak asam pedas, sebab nak kurangkan sikit masak pakai santan.
Ok lah berbalik kepada petua sedap nak masak asam pedas ikan ini, lain orang lain cara kan. Ini ikut yang sesedap di tekak semua orang makan.
Blur jugak nak masak apa, Tapi banyak masak asam pedas, sebab nak kurangkan sikit masak pakai santan.
Asam pedas sini, kalau buat kuah tak boleh sangat pekat dan tak cair sangat, just nice gitu kata orang.
Yang tak nak pekat sangat, tak cair sangat ni kena macam pandai sihir, bukan sihir bunjut ya. Kena agak- agak nak masukkan air dan asam jawa banyak mana.

Yang bahan nak menaikkan rasa sedap asam pedas, kadang - kadang kita masukkan juga hirisan daun kunyit.
Ini adik ipar jugak yang ajar, mula - mula nampak pelik tapi lama - lama tengok dia masak masukkan daun kunyit kita pun dah biasa juga masuk daun kunyit.
Kalau korang tak berapa suka tak payah letak. Oklah jom lah tengok cara kita masak asam pedas ni.

Cara kita masak, asam pedas ni kena pentingkan masam manis secukup rasa gitulah ya. Ramai ni yang dah skill masak asam pedas tahap level chef.
Ini tahap masak chef kat rumah ya. Sis teringin nak masak asam pedas telur ikan mayong. Nanti lain kali.
Bahan - Bahan
1 ekor ikan jenahak
1 inci lengkuas
1inci kunyit hidup
7 tangkai lada kering ( nak pedas guna lada kerinting, kalau nak lagi pedas tambah ya ) *
7 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih *
1 inci belacan
3 biji ubi kentang dibuang kulit dan belah 4
1/2 keret gula melaka
1 genggam daun Kesum
1 helai daun kunyit dihiris
1 mangkuk air asam jawa
Air secukupnya
Gula dan garam secukup rasa
Cara - Cara
1. Lengkuas dan kunyit ditumbuk
2. Bahan - bahan bertanda * dikisar halus
3. Panaskan minyak dan masukkan belacan, goreng sekejap dan tumis bahan tumbuk hingga wangi
4. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi sehingga masak dan pecah minyak
5. Masukkan air secukupnya dan masukkan air asam jawa
6. Kemudian masukkan ubi kentang. Tutup dan biarkan sampai ubi kentang empuk.
7. Dah empuk ubi kentang baru boleh masukkan ikan, gula melaka, daun kunyit dan juga daun kesum.
8. Masukkan garam dan kemudian tutup sekejap.
9. Bila dah mendidih, buka tudung dan balikkan ikan kalau boleh nak masak kedua belah.
10. Biarkan mendidih sekali lagi, perasakan dengan garam dan gula, kemudian boleh lah tutup api.
Nota
1. Kalau nak masukkan serai, daun limau purut pun boleh. Kadang- kadang masukkan juga, sedap la jugak kuahnya tu.
2. Masukkan kacang bendi lagi sedap tapi tak ada stok, biasanya kita masukkan lepas ikan masak, baru masukkan bendi.
3. Bunga kantan masukkan selepas masukkan ikan tapi kat sini tak ada stok juga.
Biasa kalau masak asam pedas ni, kita guna homemade sambal yang dah siap, buat banyak - banyak simpan dalam peti nanti senang nak guna.
Resepi Asam Pedas Ikan Jenahak Simple

Jadi nak masak asam pedas, guna lah dalam 3 - 4 sudu besar macam tu.
Kalau korang nak cuba homemade sambal boleh klik SINI .
Baca Juga :

wahh..sedap asam pedas ikan jenahak ni..terliur nengoknya:) asam pedas feveret saya, tak kisah masak ikan apa punn..thanks kongsi resepi sis..
ReplyDeletengences tgk gambar.. boleh lah cuba nanti
ReplyDeletePost a Comment