Resepi Tart Nenas Azlina Ina Sukatan Cawan

Resepi Tart Nenas Azlina Ina Sukatan Cawan | Salam semua, tart nenas antara biskut yang paling digemari bila tibanya musim nak raya nanti. Sis pun dah cuba pelbagai resepi tart nenas. 

Kalau korang nak cuba biskut raya lama - lama pun boleh. Masa nak raya ni lah ingat habis biskut nostalgia kan. 

Salah satunya tart nenas. Tapi tak cuba lagi yang Azlina Ina buat ni. Siapa la yang tak kenal dengan Azlina Ina. Ada yang tak kenal ke. 


resepi tart nenas

Nama Azlina Ina ni sudah tidak asing lagi dalam dunia baking. Azlina Ina banyak berkongsi resepi - resepi yang dibuat untuk berniaga dengan follower di facebooknya . 

Nak murah rezeki jangan kedekut nak berkongsi ilmu.

Cakap bab acuan tart nenas ni. Sekarang dah macam - macam bentuk ada kan. Masa sis budak - budak, mak sis guna yang jenis terap tu. 

Mak sis dulu suka buat ikut resepi tart nenas orang lama. Walaupun leceh jugak la kan. Tapi dah nak makan gigih main terap sampai habis. 

Ada acuan jenis terap, ada acuan jenis roller tu kan. Sekarang ni ada yang pakai mesin. Kalau sis memang rela nak pakai mesin tu rasa senang sikit kerja. 

Tunggu nak letak jem nenas, letak glazing dan bakar. Mencabar jugak buat tart nenas ni. Patut lah orang jual mahal tapi laku keras. 

Sis sebenarnya memang dah lama nak cuba resepi tart nenas Azlina Ina sebab ada kelainan sikit. 

Di bawah ini adalah resepi tart nenas sukatan cawan senang sikit. Selamat mencuba. 

resepi tart nenas

Resepi Tart Nenas Azlina Ina Sukatan Cawan 

Bahan - Bahan 
1 cawan butter *
2 sudu besar minyak sapi *
1 biji kuning telur *
Sedikit esen vanila *
Sedikit pewarna kuning *
3 1/4 cawan tepung gandum 
2 sudu besar tepung jagung 
2 sudu besar tepung kastard

Cara - Cara 
1. Bahan - Bahan yang bertanda * dikacau sebati dengan menggunakan senduk.
2. Kemudian, masukkan 1 cawan tepung gandum ke dalam adunan butter tadi. 
3. Masukkan tepung jagung dan tepung kastard. Kacau rata. 
4. Kemudian, tuang baki tepung selebihnya dan uli 3 minit sehingga menjadi doh yang lembut dan cantik.
5. Terap ikut acuan kesukaan. Isi jem dan gulung. 
6. Glaze dengan kuning telur yang ditambah sedikit pewarna kuning. 
7. Panaskan oven terlebih dahulu dan bakar ikut suhu oven masing - masing lebih kurang 20 - 25 minit.

Selain itu, Azlina Ina juga ada berkongsi resepi biskut semperit. Cuba lah ya. Buat peniaga - peniaga di luar sana, nak bagi cepat dan tak penat nak tekan - tekan acuan, kena ada mesin tart nenas cordless atau boleh tengok sini juga => mesin tart nenas dan semperit

Untuk info - info menarik, korang boleh join channel di Telegram 

Info Ibu Hamil

Info Resepi

Info Motivasi 

Malaysia Blogger Influencer & Content Writer 

Baca Juga : 

Gambar kredit dari facebook Eyfa Junhyung dan facebook page Resepi Untuk Yang Tersayang



Post a Comment

Previous Post Next Post