Cabaran Usahawan Tahun 2022 Berdepan Dengan Kenaikan Harga Barang

Cabaran Usahawan Tahun 2022 Berdepan Dengan Kenaikan Harga Barang | Salam semua, rasanya korang dah tahu apa isu hangat sekarang ni kan. Tak lain tak bukan isu kenaikan harga barang. Sis yang selalu follow berita ni rasa risau pulak dengan kenaikan harga barang ni. Makin naik tahun makin naik harga barang. 

richworks

Tengok duit pun dah macam air mengalir. Sekarang, bukan setakat kita sebagai pembeli ni yang terasa sangat. 

Peniaga - peniaga di luar sana lagi terasa dengan nak beli bahan mentah nya, harga naik mendadak. 

Nak tak nak terpaksa naikkan harga barang jualan. Nak jual macam harga dulu - dulu nanti tak untung.  Nak berbisnes tak makin mudah ya sekarang. Sebabnya pembeli sekarang lebih berhati - hati nak berbelanja. 

Ramai peniaga yang semakin sukar untuk meneruskan perniagaan. Semakin lama semakin mencabar untuk berniaga ditambah lagi dengan suasana pandemik yang dah nak masuk 3 tahun.
 

Kenali RichWorks Dan Datuk Wira Dr Azizan

Nama beliau selalu disebut - sebut oleh para usahawan Malaysia. Tapi tahu tak korang Dr Azizan Osman adalah seorang individu yang memulakan karier hidupnya secara sederhana suatu ketika dulu.

Tetapi kini beliau telah diiktiraf sebagai jurulatih bertaraf dunia oleh International Coach Guild ( ICG ) dalam bidang perniagaan, pemasaran, kepimpinan, dan penguasaan potensi diri. 

RichWorks International adalah sebuah syarikat multinasional yang merupakan penganjur seminar keusahawan terbesar Asia Tenggara. 

Kepakaran RichWorks International adalah dalam industri Latihan Keusahawanan merangkumi pemasaran, jualan, perakaunan, percukaian, pematuhan, operasi perniagaan, pengurusan sumber manusia dan kepimpinan.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2008,  RichWorks telah banyak membantu ramai usahawan menjadi jutawan yang berjaya. 

RichWorks banyak memberi sumbangan kepada masyarakat khususnya usahawan di luar sana. 

Banyak program - program yang ditaja sepenuhnya oleh RichWorks telah membuka ramai mata usahawan di luar sana untuk terus bangkit ketika musim pandemik ini. 

Buktinya, antara rekod terbaik adalah pada tahun 2020, seramai 777 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari dalam dan luar negara berjaya mencipta rekod apabila menjana jualan lebih RM 2 bilion melalui Program Mentoring SPIRE & TITANIUM.

Tahun 2022, Bisnes Bukan Semakin Mudah !

Sekarang, bisnes bukan semakin mudah kan. Sis pun faham, kalau para peniaga tak ikut rentak dengan keadaan semasa sekarang, susah bisnes nak makin berkembang. Mungkin bisnes akan lingkup. 

Ini yang merisaukan Dr Azizan sekarang untuk para peniaga sekarang. Terutamanya isu kenaikan harga barang. 

Sebut pasal kenaikan harga barang seperti yang sis cakap tadi, bukan kita pembeli jer yang terasa, para peniaga pun lagi terasa sangat - sangat. 

Antara yang Dr Azizan kongsikan. 

Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi.
Kenaikan sesetengah harga barang boleh dilihat naik sekitar 30% hingga 100% buat masa sekarang. Kalau tengok dengan isu kenaikan harga barang ni, bagaimana pula dengan nasib para peniaga. 

Dr Azizan ajak semua peniaga di Malaysia supaya sedar dan peka tentang situasi sekarang. Bukan mudah nak jalankan bisnes pada tahun ini. 

Kenaikan Harga Barang Merunsingkan Peniaga 

richworks

Kalau kita tengok harga barang naik, mesti kita nampak nak salahkan peniaga kan. Tapi punca kenaikan harga barang bukan salah peniaga. 

Senang cerita, situasi tersebut berlaku disebabkan kos yang ditanggung di pelbagai peringkat rantaian bekalan sebelum nak sampai kepada peniaga. 

Sebab itu, Dr Azizan ada menyatakan buat yang ada bisnes ketika ini tapi masih kekal lakukan seperti biasa. Mungkin bisnes akan lingkup. 

Ketika ini, selain daripada pasaran bergerak perlahan, orang ramai juga amat berhati - hati dalam berbelanja.

richworks


Jadi sebagai peniaga apa yang perlu nak buat ?. Nak teruskan dengan cara yang sama, mungkin bisnes akan mati. 

Nak mula cari bisnes baru pun bukan mudah juga. Kena hargai apa bisnes yang ada dan tingkatkan usaha untuk buat yang lebih baik lagi. 

Dr Azizan Ajak Titanium Untuk Lebih Agresif 

richworks

Dalam masa yang sama, Dr Azizan juga mengambil berat dengan usahawan di bawah bimbingan beliau supaya lebih agresif dalam mengekalkan momentum yang ada. 

Walaupun di saat isu kenaikan harga barang sekarang, bukan alasan bisnes tak berjalan dengan lancar dan berkembang dengan baik. 

Disebabkan mereka semua dah ada bisnes, mereka perlukan semua "engagement" yang ada walaupun ketika ini, pasaran nampak bergerak perlahan. 

Usahawan perlu pantas menggunakan semua platform yang ada. Kalau tak, memang akan ketinggalan jauh ke belakang.  

Live Session Di Saluran Telegram Azizan Osman Official Ahad Ini, 8 Pagi 

richworks

Jangan lupa, untuk korang di luar sana yang ada bisnes ataupun usahawan yang tak nampak jalan lagi untuk mengembangkan bisnes. 

Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman akan berkongsikan perspektif tentang 10 cabaran bisnes, selepas pandemik dan 2022 ini dalam Live Session di saluran Telegram Azizan Osman Official, pada Ahad ini, pukul 8 pagi.

Jom sama - sama kita meriahkan. Sis pasti banyak lagi yang Dr Azizan nak bagi tahu tentang cabaran bisnes untuk tahun 2022 ini. 

Jemput join terlebih dahulu di Telegram Azizan Osman Official

Kesimpulan 

Ini pendapat peribadi sis, sis akui masuk tahun 2022 ini banyak cabaran yang menanti dan buat masa sekarang isu kenaikan harga barang. 

Isu kenaikan harga barang ini memang menjadi dilema buat para peniaga. Mungkin kita tidak tahu dah berapa ramai peniaga yang menanggung kerugian. 

Mungkin ada bisnes yang dah lingkup, mungkin ada juga yang masih bertahan sehingga sekarang. 

Bila dah masuk dalam dunia bisnes ini, itu lah risiko yang mesti ditanggung. Dalam masa yang sama, para peniaga perlu cuba untuk usahakan supaya bisnes kekal berkembang. 






1 Comments

  1. Perkongsian yg bukan calang-calang dari dr azizan. dah le free saja. rugi kalau x rebut peluang ni kan

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post