Panduan Membeli Rumah Semasa Covid - 19 | Salam semua, sejak Covid -19 menular masuk Malaysia dah nak hampir 3 tahun, ramai yang berhati - hati dalam urusan pembelian rumah. Bukan apa, disebabkan Covid - 19, industri hartanah tempatan pun kena tempias.
Sekarang ini kan, bahan - bahan untuk pembinaan pun naik harga. Jadi, tak mustahil harga rumah siap boleh jadi dua kali ganda.
Sis ingatkan semasa tengah Covid - 19, orang tak berapa nak bersedia untuk beli hartanah sebab keadaan ekonomi negara kita kan tak berapa nak baik. Di tambah pula masih ramai lagi yang terjejas akibat kesan pandemik.
Bila dengar harga rumah kembali meningkat walaupun masih lagi di waktu mencabar ini, itu boleh dikatakan satu perubahan yang positif dalam industri hartanah tempatan.
Salah satu sebabnya adalah kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan, individu yang dah lengkap vaksinansi dan juga pembukaan semula sektor ekonomi oleh kerajaan.
Menurut Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia Sheldon Fernandez,
"Peningkatan harga permintaan hartanah ini telah dikesan di empat wilayah utama yang dikaji oleh MPMI, iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, dan Johor, masing-masing mencatatkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 1.56 peratus, 1.5 peratus, 1.38 peratus dan 0.15 peratus.Mengikut Laporan Tinjauan Pasaran Hartanah PropertyGuru Malaysia 2022 mendapati, aktiviti hartanah terus berlaku di Malaysia walaupun dalam persekitaran yang sangat mencabar, namun pada jumlah yang lebih rendah.
"Ini adalah kali pertama keempat-empat pasaran utama menyaksikan kenaikan harga permintaan sejak penularan pandemik COVID-19 bermula pada suku kedua tahun lalu,"
Selain itu, gabungan antara kadar faedah yang rendah, penurunan harga hartanah dan persekitaran insentif menyediakan masa yang sesuai untuk pembeli yang berkemampuan untuk memasuki pasaran hartanah.
Untuk pengetahuan korang, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM2 bilion untuk Skim Jaminan Kredit Perumahan.
Disebabkan memiliki rumah adalah satu keperluan, jadi tak hairan lah ramai yang tengah berusaha untuk memiliki rumah sendiri.
5 Faktor Perlu Dipertimbangkan Semasa Membeli Rumah Ketika Covid -19
Namun begitu, banyak faktor yang perlu dipertimbangkan kalau nak beli rumah semasa Covid - 19. Belakang rumah sis pun tengah ada pembinaan rumah atas tanah sedang dibina.
Masa pembinaan tu bermula bulan Disember tahun lepas. Sekejap sungguh buat dah nampak 70 % nak siap . Bumbung pun dah pasang.
Maknanya tak kira lah sama ada nak memiliki rumah kediaman sendiri, pangsapuri ataupun kondominum yang penting mesti mempunyai kestabilan jaminan kewangan walaupun tengah pandemik Covid - 19.
Kalau korang tertanya - tanya sesuai ke nak beli rumah semasa tengah Covid - 19 ni ? Pendapat sis, masa inilah rebut peluang yang ada.
Kalau korang tengah merancang nak beli rumah, di bawah ini ada beberapa faktor yang perlu diambil kira ya.
1. Mempunyai modal sekurang - kurangnya 30% dari harga permintaan hartanah
Sebelum membeli sebarang hartanah, terlebih dahulu korang sudah menyimpan wang yang cukup untuk menampung kos awal.
2. Tidak boleh belanja lebih daripada 1/3 daripada gaji bulanan
Jangan belanjakan lebih daripada ⅓ daripada gaji bulanan untuk pembayaran gadai janji bulanan. Ini untuk memastikan ansuran bulanan setanding dengan gaji bulanan korang.3. Harga hartanah tidak boleh melebihi dari 5 kali pendapatan tahunan
Hartanah ni pasaran sekarang ada turun naik. Jadi untuk mengelakkan berbelanja lebih dari kemampuan, harga hartanah tidak boleh melebihi dari 5 kali pendapatan tahunan.
Contoh, sekiranya pendapatan bulanan kasar adalah RM 5000. Harga maksimum yang harus dipertimbangkan untuk membeli hartanah adalah RM 300,000. Jangan beli lebih dari nilai tersebut.
(RM5,000 x 12) x 5 = RM300,000
4. Beli rumah ikut kemampuan
Walaupun harga rumah ikut pasaran hartanah semasa, lebih - lebih sekarang ni tengah Covid. Apa yang korang kena ingat, beli rumah ikut kemampuan.
Ya, memang syarat nak beli rumah mestilah kena ada jaminan kewangan yang stabil dan kukuh.
5. Pilih institusi kewangan dengan teliti
Selain itu, perkara pertama yang perlu difikir adalah untuk membuat pinjaman perumahan dengan bank. Bukan mudah nak mohon pinjaman perumahan ni.
Banyak faktor yang diambil kira sebabnya bukan semua pinjaman perumahan sama untuk setiap bank. Faktor - faktor seperti lokasi rumah, jenis rumah, jumpah pendapatan dan umur pemohon.
Rekod pinjaman sebelum ni pun pihak bank akan tengok sebelum nak beri kelulusan pinjaman.
Pastikan korang tahu kadar faedah setiap bank yang tawarkan. Kebiasaan tempoh pinjaman perumahan di Malaysia adalah maksimum selama 35 hingga 40 tahun.
Nak lagi senang untuk tentukan berapa anggaran jumlah yang perlu dibayar setiap bulan, korang boleh guna kalkulator pinjaman perumahan.
Sebab itu penting kena kaji secara menyeluruh, rasa senang hati sikit nak pilih pinjaman perumahan yang terbaik tanpa rasa was - was.
Inisiatif Kerajaan Dalam Industri Hartanah
Dalam belanjawan 2022, banyak sebenarnya inisiatif kerajaan untuk merancakkan kembali sektor hartanah seperti dulu.
Di antaranya adalah Skim Jaminan Kredit Perumahan. Terutamanya buat golongan yang merancang untuk beli rumah pertama. Sejak pandemik Covid melanda, ramai yang terkesan.
Rakyat yang tiada bukti pendapatan tetap pun boleh membeli rumah. Jangan risau ya, pihak Kerajaan amat prihatin dalam mendengar keluhan terutamanya golongan rentan seperti pekerja gig, usahawan kecil dan golongan petani.
Golongan seperti mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap menyebabkan golongan ini sukar mendapatkan pinjaman perumahan.
Insentif yang diberikan oleh kerajaan ini dapat memberikan manfaat kepada bakal pembeli rumah dan pada masa yang sama meningkatkan prestasi pasaran hartanah tempatan.
Kalau nak tahu, BSN MyHome (Program Perumahan Rakyat) 2021 merupakan salah satu skim pinjaman perumahan di Malaysia yang membuka peluang kepada mereka yang bekerja sendiri atau tidak mempunyai pendapatan tetap untuk memiliki rumah sendiri.
Kalau nak tahu, BSN MyHome (Program Perumahan Rakyat) 2021 merupakan salah satu skim pinjaman perumahan di Malaysia yang membuka peluang kepada mereka yang bekerja sendiri atau tidak mempunyai pendapatan tetap untuk memiliki rumah sendiri.
Tunggu apa lagi, jom lah sama - sama memohon ya.
Kesimpulan
Bukan senang nak fikir soal pembelian hartanah ni. Salah satu pelaburan terbesar lah dalam hidup kan nak nak lagi kalau rumah itu adalah rumah pertama yang nak beli. Pentingnya korang kena tahu cara pengiraan loan rumah.
Lebih lagi sekarang ini tengah Covid - 19. Banyak perubahan yang berlaku dan banyak benda nak kena ambil tahu terutamanya dari segi pembiayaan pinjaman perumahan.
Jadi, pilihlah dengan bijak ya.
Post a Comment