Tips Penjagaan Muka Dengan Betul Untuk Wanita Dan Lelaki | Muka yang bebas dari segala masalah kulit adalah idaman semua wanita. Bukan saja untuk wanita, lelaki pun perlu menjaga bahagian wajah supaya muka tiada sebarang masalah kulit.
Siapa nak ada masalah kat kulit wajah kan. Lebih lagi, muka adalah salah satu aset penting untuk dijaga juga. Kalau tak hilang keyakinan diri kan.
Nak menghadap muka orang pun rasa malu sebab muka sendiri tak cantik macam orang lain.
Selain daripada aspek memilih jenis pencuci muka yang digunakan, cucian muka yang berkesan juga perlu diambil kira.
Selain daripada aspek memilih jenis pencuci muka yang digunakan, cucian muka yang berkesan juga perlu diambil kira.
Kenapa perlu diambil kira? Salah satunya kulit muka kita tak sama macam muka orang lain. Kena tahu jenis kulit muka kita terlebih dahulu.
Kalau nak tahu,terdapat 5 jenis kulit.
1. Kulit Normal
Orang yang kulit normal adalah bebas cela dan minyak, tidak sensitif terhadap produk yang mengandungi pewarna atau pewangi tiruan.
2. Kulit Berminyak
Muka kelihatan berminyak dan berkilat.
3. Kulit Kering
Kulit sering mengelupas atau terasa kasar.
4. Kulit Kombinasi ( Gabungan )
Orang yang mempunyai kulit jenis ini melibatkan kawasan T-zone yang berminyak. Bahagian muka yang lain lebih kering.
5. Kulit Sensitif
Kulit boleh jadi sensitif akibat pemakaian produk yang tidak sesuai. Tanda - tanda kulit sensitif akan jadi gatal dan kemerahan.
Cara Menjaga Kulit Muka Dengan Betul Untuk Wanita
Jadi, di sini nak kongsikan 5 tips untuk cucian muka berkesan untuk wanita. Cuci muka ni sangat penting ya untuk betul - betul hilangkan kotoran yang terdapat dalam liang pori muka.
1. Tangan perlu dicuci
Sebenarnya, tangan merupakan banyak kotoran yang tersembunyi, Jadi, pastikan tangan bersih dari segala kekotoran. Disebabkan tangan yang kotor juga boleh menyebabkan naik jerawat di muka.2. Buang kesan make - up atau kotoran pada muka
Untuk yang biasa pakai make - up, pertama sekali kena bersihkan terlebih dahulu kesan make - up dengan menggunakan make - up remover.Sebelum cuci muka dengan mana - mana pencuci muka, ini langkah yang wajib, lebih lagi kalau ada yang pakai make - up tebal kan.
Make - up amat susah untuk ditanggalkan jika hanya dengan mencuci muka sahaja.
Ia juga akan menyebabkan liang pori tersumbat dan tidak bersih secara mendalam jika tidak menggunakan make - up remover.
3. Cuci muka menggunakan pencuci muka
Basahkan muka sedikit. Pencuci muka yang digunakan mestilah bersesuaian dengan jenis kulit muka.Samada pencuci muka jenis liquid ataupun bar, pastikan bersesuaian dengan jenis kulit muka.
4. Muka perlu dibilas dengan bersih
Bilas muka dengan air bersih. Kalau boleh dengan air suam, tapi guna air biasa pun boleh. Bilas sehingga betul - betul bersih dan tiada buih yang tertinggal.Keringkan muka dengan tuala muka yang lembut.
Baca Juga :
5. Moisturizer penting untuk melembapkan kulit muka
Selepas cuci muka bersih - bersih, lembapkan kulit muka dengan moisturizer yang bersesuaian.Ini adalah untuk mengembalikan kelembapan kulit muka kerana penggunaan pencuci muka boleh menghilangkan kelembapan pada kulit. Inilah peranan moisturizer
Itu saja. Ada lagi nak tambah tak. Walaupun tips ini macam biasa - biasa sahaja, tapi ia memainkan peranan penting supaya kulit muka kita betul - betul dicuci sehingga bersih tanpa segala kotoran.
Itu saja. Ada lagi nak tambah tak. Walaupun tips ini macam biasa - biasa sahaja, tapi ia memainkan peranan penting supaya kulit muka kita betul - betul dicuci sehingga bersih tanpa segala kotoran.
Untuk kulit wajah yang lebih sihat.
Cara Menjaga Kulit Muka Dengan Betul Untuk Lelaki
Kulit lelaki berbeza dengan wanita. Lebih berminyak, berbulu dan tebal. Masalah jerawat juga tidak lari daripada masalah kulit yang dialami.
Untuk lelaki, kena ada penjagaan asas untuk wajah juga. Nak jaga kulit daripada terjadi datangnya penyakit kulit yang tidak diingini.
Cara menjaga kulit muka untuk lelaki mestilah
1. Cuci muka setiap hari
Pemilihan produk pencuci muka mestilah sesuai dengan jenis kulit. Jangan ikut beli apa yang ada di pasaran.
Pilih pencuci muka yang lembut dan selamat digunakan. Berhati - hati dalam memilih pencuci muka untuk menjaga liang pori dari tersumbat yang boleh menyebabkan jerawat.
2. Pelembap
Kepentingan memakai pelembap adalah untuk membantu mengelakkan pengeluaran minyak yang berlebihan.
Sentiasa pastikan untuk melembapkan kulit wajah dengan pelembap yang sesuai.
Sekiranya kulit muka dah jenis berminyak tetap kena pakai juga. Sebenarnya kulit muka lebih cenderung untuk mengeluarkan minyak dan sebum secara berlebihan.
Sekiranya tidak memakai pelembap muka. Jadi, jangan takut nak pakai.
3. Krim pelindung matahari
Pemakaian krim pelindung matahari amat penting tidak kira berada di luar rumah atau pun di dalam rumah.
Tanpa perlindungan dari krim pelindung matahari, ia boleh merosakkan kulit muka. Pastikan krim pelindung matahari mengandungi sekurang - kurangnya SPF 30.
Nak pakai krim pelindung matahari ini bergantung juga jenis kulit masing - masing.
Kesimpulan
Samaada lelaki atau wanita, sama - sama perlu jaga kulit muka. Yang lelaki nak pakai produk penjagaan muka ni kena cari yang khas untuk lelaki. Wanita pun sama juga.
Waktu sesuai cuci muka pula bergantung kepada keadaan kulit masing - masing. Itu lah saja, sedikit perkongsian untuk tips penjagaan muka.
Tips yang ohsem Wani..
ReplyDeleteAssalamualaikum. Selamat pagi Sabtu. Ibu singgah blog walking. Semoga cuti huung minggu ini membawa keberkatan dalam diri sis wani.
ReplyDeletePagi pagi penting basuh muka bersih bersih kan wani
Post a Comment