Himpunan Doa Harian Ringkas Dalam Rumi Dan Maksudnya

Himpunan Doa Harian Ringkas Dalam Rumi Dan Maksudnya | Salam semua, dalam Islam, kuasa doa amat besar, setiap perbuatan atau pekerjaan kita mestilah didahulukan dengan doa. 

Lebih - lebih lagi doa - doa harian yang patut diamalkan dalam kehidupan seharian. Pernah tak bila selalu amalkan baca doa ni, macam ada satu hubungan istimewa dengan Allah. 

Doa

Tapi,  itulah doa harian ni banyak. Dari seawal kita bangun tidur sampai lah kita nak tidur balik. Banyak mana aktiviti kita dah buat. 

Kali ini sis kongsikan doa harian yang patut diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Sis pun ada ketikanya ralat jugak bukan apa sebab tak semua doa harian ni kita boleh ingat. 

Tapi tak apa pelan - pelan. Ok. Ada orang siap tampal di dinding nak suruh ingat. 

Himpunan Doa Harian Ringkas Dalam Rumi Dan Maksudnya 


1. Doa Selepas Solat 

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. حَمْدًا يُوَافِىْ نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ. يَارَبَّنَالَكَ الْحَمْدُ وَلَكَ الشُّكْرُ كَمَا يَنْبَغِىْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ

Bismillaahirrahmaanirrahiim. Alhamdulillaahi rabbil ‘aalamiin. Hamdayyu-waafii ni’amahuuwayukaafi’u maziidah. Yaa rabbanaa lakalhamdu wa lakasy syukruka-maa yambaghiilijalaaliwajhika wa ‘azhiimisul-thaanik.

Maksudnya:

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam. 

Pujian yang sebanding dengan nikmat-nikmatNya dan menjamin tambahannya. Wahai Tuhan kami, bagi-Mu-lah segala puji, dan bagi-Mu-lah segalah syukur, sebagaimana layak bagi keluhuran zat-Mu dan keagungan kekuasaan-Mu.

2. Doa Setelah Solat Hajat 


لَا إِلَهَ إِلاَّ اللهُ الْحَلِيْمُ الْكَرِيْمُ سُبْحَانَ اللهِ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ .اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. اَسْأَلُكَ مُوْجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ وَالْعِصْمَةَ مِنْ كُلِّ ذَنْبٍ وَّالْغَنِيْمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ وَّالسَّلاَمَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ لَاتَدَعْ لِيْ ذَنْبًا إِلاَّ غَفَرْتَهُ وَلاَ هَمًّا إِلاَّ فَرَّجْتَهُ وَلاَ حَاجَةً هِيَ لَكَ رِضًا إِلاَّ قَضَيْتَهَا يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Laa illaaha illallaahul-haliimul-kaarim, subhaanallaahi rabbil’arsyil-‘adzim. Al-hamdu lillaahi rabbil-‘aalamiin. As’aluka muujibaati rahmatika wa ‘azaa’ima magfiratika wal -‘ismata min kulli dzambiw wal-ganiimata min kulli birriw was-salaamata min kulli istmin, laa tada’ lii dzamban illaa gafartahuu wa laa hamman illaa farrajtahuu wa laa haajatan hiya laka ridan illaa qadaitahaa yaa arhamar-raahimiin.

Maksudnya:

“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Penyantun lagi Mahamulia, Mahasuci Allah Tuhan yang memiliki Arsy yang besar. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. 

Aku memohon kepada-Mu hal-hal yang mendatangkan rahmat-Mu dan hal-hal yang memastikan ampunan-Mu, dan terpelihara dari semua dosa yang menjarah setiap kebaikan dan selamat dari semua dosa. 

Janganlah Engkau tinggalkan suatu dosa pun bagiku, melainkan Engkau mengampuninya, dan tidak pula kesusahan melainkan Engkau berikan penawar kepadanya dan tidak pula suatu keperluan yang diridhai oleh-Mu melainkan Engkau memastikan buatku, wahai Yang Maha Penyayang diantara para penyayang.”

3. Doa Melawat Orang Sakit 


اَللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ مُذْهِبَ الْبَاسِ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِى لاَ شَافِىَ إِلاَّ أَنْتَ ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا

Allahumma rabban naas mudzhibal ba’si isyfi antasy-syaafii laa syafiya illaa anta syifaa’an laa yughaadiru saqoman

Maksudnya:

Ya Allah Wahai Tuhan segala manusia, hilangkanlah penyakitnya, sembukanlah ia. (hanya) Engkaulah yang dapat menyembuhkannya, tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan dariMu, kesembuhan yang tidak kambuh lagi.”

( HR. Bukhari, No. 5742; Muslim, No. 2191).

4. Doa Selepas Hujan 


مُطِرْنَا بِفَضْلِ اللهِ وَ رَحْمَتِهِ

Mutirnaa bifadhlillaahi wa rahmatihi

Maksudnya:

Kami telah diturunkan hujan dengan limpah kurnia dan rahmat Allah.

5. Doa Ketika Hujan 


اللّهُمَّ صَيِّـباً نافِـعاً

Allaahumma sayyiban naafi’an

Maksudnya:

Ya Allah, cucurilah kami dengan hujan yang bermanfaat

6. Doa Minta Hujan 


اللّهُمَّ اَسْقِـنا غَيْـثاً مُغيـثاً مَريئاً مُريـعاً، نافِعـاً غَيْـرَ ضَّارٌ، عاجِـلاً غَـيْرَ آجِلٍ

Allaahumma ‘asqinaa ghaythan mugheethan maree’an maree’an, naafi’an ghayradhaarrin, ‘aajilan ghayra ‘aajilin

Maksudnya:

Ya, Allah siramilah kami dengan hujan yang menyuburkan dan yang baik kesudahannya yang bertapis-tapis yang memberi manfaat dan tidak memberi mudharat yang segera dan tidak lambat.

7. Doa Sebelum Membaca Al Quran 


اَللّٰهُمَّ افْتَحْ عَلَىَّ حِكْمَتَكَ وَانْشُرْ عَلَىَّ رَحْمَتَكَ وَذَكِّرْنِىْ مَانَسِيْتُ يَاذَاالْجَلاَلِ وَاْلاِكْرَامِ

Alloohummaftah ‘alayya hikmataka wansyur ‘alayya rohmataka wa dzakkirnii maanasiitu yaa dzal jalaali wal ikhroomi

Maksudnya:

Ya Allah bukakanlah hikmahMu padaku, bentangkanlah rahmatMu padaku dan ingatkanlah aku terhadap apa yang aku lupa, wahai Dzat yang memiliki keagungan dan kemuliaan.”

8. Doa Selepas Membaca Al Quran 


اَللّٰهُمَّ ارْحَمْنِىْ بِالْقُرْآنِ. وَاجْعَلْهُ لِىْ اِمَامًا وَنُوْرًا وَّهُدًى وَّرَحْمَةً. اَللّٰهُمَّ ذَكِّرْنِىْ مِنْهُ مَانَسِيْتُ وَعَلِّمْنِىْ مِنْهُ مَاجَهِلْتُ. وَارْزُقْنِىْ تِلاَ وَتَهُ آنَآءَ اللَّيْلِ وَاَطْرَافَ النَّهَارٍ. وَاجْعَلْهُ لِىْ حُجَّةً يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ

Allahummarhamnii bil qur’aani. waj’alhu lii imaaman wa nuuran wa hudan wa rohman. Allahumma dzakkirnii minhu maa nasiitu wa’allimnii minhu maa jahiltu. wazuqnii tilaa watahu aanaa-al laili wa athroofan nahaari. waj’alhu lii hujjatan yaa robbal ‘aalamiina.

Maksudnya:

Ya Allah, rahmatilah aku dengan Al-Quran yang agung, jadikanlah ia bagiku ikutan cahaya petunjuk rahmat. 

Ya Allah, ingatkanlah apa yang telah aku lupa dan ajarkan kepadaku apa yang tidak aku ketahui darinya, anugerahkanlah padaku kesempatan membacanya pada sebagian malam dan siang, jadikanlah ia hujjah yang kuat bagiku, wahai Tuhan seru sekalian alam.”

9. Doa Ketika Menuju Ke Masjid 


اَللّٰهُمَّ اجْعَلْ فِىْ قَلْبِى نُوْرًا وَفِى لِسَانِىْ نُوْرًا وَفِىْ بَصَرِىْ نُوْرًا وَفِىْ سَمْعِىْ نُوْرًا وَعَنْ يَسَارِىْ نُوْرًا وَعَنْ يَمِيْنِىْ نُوْرًا وَفَوْقِىْ نُوْرًا وَتَحْتِىْ نُوْرًا وَاَمَامِىْ نُوْرًا وَخَلْفِىْ نُوْرًا وَاجْعَلْ لِّىْ نُوْرًا

Alloohummaj-‘al fii qolbhii nuuroon wa fii lisaanii nuuroon wa fii bashorii nuuroon wa fii sam’ii nuuroon wa’an yamiinii nuuroon wa’an yasaarii nuuroon wa fauqii nuuroo wa tahtii nuuroo wa amaamii nuuroon wa khofii nuuroon waj-‘al lii nuuroon

Maksudnya:

Ya Allah, jadikanlah dihatiku cahaya, pada lisanku cahaya dipandanganku cahaya, dalam pendengaranku cahaya, dari kananku cahaya, dari kiriku cahaya, dari atasku cahaya, dari bawahku cahaya, dari depanku cahaya, belakangku cahaya, dan jadikanlah untukku cahaya.”

(H.R. Bukhari dan Muslim)

10. Doa Sampai Ke Tempat Tujuan 


اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى سَلَمَنِى وَالَّذِى اَوَنِى وَالَّذِى جَمَعَ الشَّمْلَ بِ

Alhamdulillahil ladzi sallamani wal ladzi awani wal ladzi jama’asy syamla bi

Maksudnya:

Segala puji bagi Allah, yang telah menyelamatkan aku dan yang telah melindungiku dan yang mengumpulkanku dengan keluargaku.”

11. Doa Naik Kapal 


بِسْمِ اللهِ مَجْرَهَا وَمُرْسَهَآاِنَّ رَبِّىْ لَغَفُوْرٌرَّحِيْمٌ

Bismillaahi majrahaa wa mursaahaa inna robbii laghofuurur rohiim

Maksudnya:

Dengan nama Allah yang menjalankan kendaraan ini berlayar dan berlabuh, sesungguhnya Tuhanku benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”

12. Doa Sebelum Belajar 


يَارَبِّ زِدْنِىْ عِلْمًا وَارْزُقْنِىْ فَهْمًا

Yaa robbi zidnii ‘ilman warzuqnii fahmaa

Maksudnya:

Ya Allah, tambahkanlah aku ilmu dan berikanlah aku rezeki akan kefahaman”

13. Doa Memohon Ilmu Bermanfaat 


اَللّٰهُمَّ اِنِّى اَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

Alloohumma innii as-aluka ‘ilmaan naafi’aan wa rizqoon thoyyibaan wa ‘amalaan mutaqobbalaan

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu ilmu yang berguna, rezeki yang baik dan amal yang baik diterima. (H.R. Ibnu Majah)”

14. Doa Bangun Tidur 


اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ اَحْيَانَا بَعْدَمَآ اَمَاتَنَا وَاِلَيْهِ النُّشُوْرُ

Alhamdu lillahil ladzii ahyaanaa ba’da maa amaa tanaa wa ilahin nusyuuru

Maksudnya:

Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah kami mati (membangunkan dari tidur) dan hanya kepada-Nya kami dikembalikan”

15. Doa Ketika Mendapat Mimpi Baik 


اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ قَطْلَ الْحَاجَتِ

Alhamdulillahil ladzii qodzoo haajaati

Maksudnya:

Segala puji bagi Allah yang telah memberi hajatku”

16. Doa Ketika Mimpi Buruk 


اَللّٰهُمَّ إِنّىِ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ وَسَيِّئاَتِ اْلأَحْلاَمِ

Allaahumma innii a’uudzubika min ‘amalisy syaithaani wa sayyiaatil ahlami

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya aku mohon perlindungan kepada Engkau dari perbuatan setan dan dari mimpi-mimpi yang buruk”

17. Doa Sebelum Tidur 


بِسْمِكَ اللّٰهُمَّ اَحْيَا وَاَمُوْتُ

Bismikallohumma ahya wa amuutu

Maksudnya:

Dengan menyebut nama-Mu ya Allah, aku hidup dan aku mati”.

18. Doa Selepas Minum 


اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ جَعَلَهُ عَذْبًا فُرَاتًا بِرَحْمَتِهِ وَلَمْ يَجْعَلْهُ مِلْحًا اُجَاجًا بِذُنُوْبِنَا

Alhamdu lillaahil ladzi ja’alahuu ‘adzbam furootam birohmatihii wa lamyaj’alhu milhan ujaajam bidzunuubinaa

Maksudnya:

Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan air ini (minuman) segar dan menggiatkan dengan rahmat-Nya dan tidak menjadikan air ini (minuman) masin lagi pahit kerana dosa-dosa kami”

19. Doa Selepas Makan 


اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ اَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مُسْلِمِيْنَ

Alhamdu lillaahil ladzii ath’amanaa wa saqoonaa wa ja’alnaa muslimiin

Maksudnya:

Segala puji bagi Allah yang telah memberi makan kami dan minuman kami, serta menjadikan kami sebagai orang-orang islam”

20. Doa Sebelum Makan


اَللّٰهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْمَا رَزَقْتَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Alloohumma barik lanaa fiimaa razatanaa waqinaa ‘adzaa bannar

Maksudnya:

Ya Allah, berkatilah kami dalam rezeki yang telah Engkau berikan kepada kami dan peliharalah kami dari azab api neraka”

21. Doa Keluar Masjid


اَللّٰهُمَّ اِنِّى اَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ

Allahumma innii asaluka min fadlik

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon keutamaan dari-Mu

(Doa diatas dibaca pada saat keluar ke masjid dengan mendahulukan kaki kanan)

22. Doa Masuk Masjid 


اَللّٰهُمَّ افْتَحْ لِيْ اَبْوَابَ رَحْمَتِكَ

Allahummaf tahlii abwaaba rohmatik

Maksudnya:

Ya Allah, bukalah untukku pintu-pintu rahmat-Mu”

Doa diatas dibaca pada saat masuk ke masjid dengan mendahulukan kaki kanan.

23. Doa Pulang Dari Musafir 


اللهُ أَكْـبَر، اللهُ أَكْـبَر، اللهُ أَكْـبَر،لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحْـدَهُ لا شريكَ لهُ، لهُ الملكُ ولهُ الحَمْد، وهُوَ على كُلّ شَيءٍ قَـدير، آيِبـونَ تائِبـونَ عابِـدونَ لِرَبِّـنا حـامِـدون، صَدَقَ اللهُ وَعْـدَه، وَنَصَـرَ عَبْـدَه، وَهَزَمَ الأَحْـزابَ وَحْـدَه

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Laa ilaaha illallaahu wahdahu laa shareeka lahu, lahul-mulku, wa lahul-hamdu, wa Huwa alaa kulli shay in Qadeer, aaiboona, taaiboona, aabidoona, lirabbinaa haamidoona, sadaqallaahu wadahu, wa nasara abdahu, wa hazamal-ahzaaba wahdahu.

Maksudnya:

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa tiada sekutu bagiNya, bagiNya kerajaan dan bagiNya kepujian dan Dia berkuasa keatas setiap sesuatu. Kami kembali dengan bertaubat, menghambakan diri kepadaTuhan kami mengucapkan puji-pujian. Allah telah menepati janjiNya dan membela hambanya dan mengalahkan tentera musuh dengan sendirinya.

24. Doa Naik Kenderaan 


سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ

Subhana-alladhi sakh-khara la-na hadha wa ma kunna la-hu muqrinin. Wa inna ila Rabbi-na la munqalibun.

Maksudnya:

Segala puji bagi Allah, Maha suci tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami,sedang kami sebelum ini tidak terdaya menguasainya.

25. Doa Selepas Azan 


اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ، وَالصَّلَاةِ الْقَائِمَةِ، آتِ مُحَمَّداً الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ، وَابْعَثْهُ مَقَاماً مَحْمُوداً الَّذِي وَعَدْتَهُ، إَنَّكَ لَا تُخْلِفُ الْمِيعَادَ

Allaahumma Rabba haathid – da’watit – taammati wassalaatil-qaa’imati, ‘aati Muhammadanil-waseelata walfadheelata, wab ‘ath-hu maqaamam-mahmoodanil-lathee wa’adtahu, ‘innaka laa tukhliful-mee’aad

Maksudnya:

Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan Azan yang sempurna dan solat yang akan didirikan, kurniakanlah kepada Nabi Muhammad keutamaan dan kelebihan, kemuliaan dan darjat yang tinggi serta limpahkanlah kepadanya kedudukan yang terpuji yang telah Engkau janjikan.

26. Doa Keluar Rumah 


بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْـتُ عَلَى اللَّهِ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُـوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ

Bismil-lah, tawakkaltu AAalal-lah, wala hawla wala quwwata illa billah

Maksudnya:

Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan keizinan Allah

27. Doa Masuk Rumah 


بِسْـمِ اللّهِ وَلَجْنـَا، وَبِسْـمِ اللّهِ خَـرَجْنـَا، وَعَلَـى رَبِّنـَا تَوَكّلْـنَا

Bismil-lahi walajna, wabismil-lahi kharajna, waAAala rabbina tawakkalna.

Maksudnya:

Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah kami bertawakal.

28. Doa Keluar Tandas 


غُفْرَانَكَ الْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ اَذْهَبَ عَنّى اْلاَذَى وَعَافَانِىْ

Ghufraanaka. Alhamdulillaahil ladzii adzhaba ‘annjil adzaa wa’aafaanii.

Maksudnya:

Dengan mengharap ampunanMu, segala puji milik Allah yang telah menghilangkan kotoran dari badanku”

29. Doa Sebelum Masuk Tandas 


اللَّهُـمَّ إِنِّي أَعُـوذُ بِـكَ مِـنَ الْخُـبْثِ وَالْخَبَائِث

(Bismil-lah) allahumma innee aAAoozu bika minal-khubsi wal-khoba-ith

Maksudnya:

Dengan nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina

30. Doa Memakai Pakaian 


اَلْحَمْدُ لِلّهِ الَّذِي كَسَانِي هَذَا (الثَّوْبَ) وَرَزَقَنِيهِ مِنْ غَـيـْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلَا قُـوَّة

Alhamdu lillahil-lazi kasani hatha (athwab) warazaqaneehi min ghayri hawlin minnii wala quwwah.

Maksudnya:

Segala puji bagi Allah yang memakaikan aku (pakaian)ini dan memberi rezeki kepadaku tanpa daya da kekuatan dariku

Kredit : https://akuislam.com/blog/ibadah/doa-harian/

Baca Juga : 

Post a Comment

Previous Post Next Post